Zikrullah

Buat Insan yang Amat Ku Sayang

Monday, August 25, 2014

Kahwin Muda?

Kahwin muda boleh dikategorikan untuk pasangan yang berkahwin pada umur 18-23 atau yang berkahwin ketika masih belajar.Boleh dikatakan majoriti semuanya mahu kawin muda.Siapa yang tak mahu kan?Namun ada juga sebahagian yang tidak suka kahwin di usia muda.Ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan sebelum berfikir untuk mendirikan rumah tangga khususnya di usia muda.Antaranya:
1.Hubungan dengan ibu bapa
Sebelum kita memikirkan untuk memenangi hati pasangan,terlebih dahulu perlu difikirkan untuk memenangi hati kedua ibu bapa.Bagi yang sedang belajar contohnya (terutama yang belajar jauh dari ibu bapa),adakah kita hanya call ibu bapa ketika mahu minta wang belanja sahaja?atau sebulan hanya sekali sahaja?pernahkah kita ucapkan kata-kata istimewa ketika hari lahir kedua ibu bapa kita? pernahkan di rumah tolong ibu basuh pinggan,baju dan sebagainya? pernahkah bantu ayah dalam kerjanya? jika semua itu kita masih belum lakukan maka bersegeralah untuk itu dahulu sebelum kita minta kepada ibu bapa untuk berkahwin.Jika semua yang disebut diatas sudah selesai inshaAllah jalan seterusnya akan lebih mudah.
2.Bersediakah kita?
Andainya kita masih belajar adakah kita sudah bersedia dari pelbagai aspek antaranya kewangan,pelajaran,ilmu dan sebagainya?Jika kita sudah yakin bahawa kita bersedia dengan semua itu maka teruskan usaha untuk pikat hati ibu bapa pula.Tidak lupa juga yang paling utama berdoa kepada Allah s.w.t.
3.Yakinkan ibu bapa
Andainya kita memang sudah ada calon dan dah rasa bersedia untuk kahwin,maka percepatkan cerita kepada ibu bapa.Memang pada mulanya mungkin majoriti ibu bapa tidak mengizinkannya,namun tidak menjadi masalah,teruskan memujuk dari masa ke semasa sambil perlahan-lahan ubah diri kita kepada lebih baik.Andai kata sebelum ni selalu bangun lewat maka usaha untuk bangun awal.Andaikata sebelum ni apabila sudah makan tak pernah basuh pinggan sendiri,maka usaha untuk basuh pinggan sendiri dan lain- lain.
4.Istikharah dan berdoa
Dalam kita sibuk memikirkan soal kahwin,jangan lupa pohon kepada Yang Maha Esa.Titipkan doa setiap kali selepas solat semoga dipermudahkan.Tapi jangan doa minta nak kawin ja,doa untuk kecemerlangan dunia akhirat dan saudara-saudara se islam kita juga.Minta petunjuk dalam solat istikharah.Minta Allah tunjukkan kepada kita jika kahwin itu baik untuk kita,maka permudahkanlah.Solat ini bukan hanya sekali sekali,tetapi perlu istiqamah sehingga kita yakin.
5.Pelajaran
Bagi yang masih belajar,pelajaran juga perlu diutamakan.Ada sesetengah yang berpendapat apabila berkahwin semasa belajar akan mengganggu pelajaran.Pendapat ini tidaklah benar seratus peratus.Jika kita menjadikan kahwin itu sebagai benteng untuk menghalang diri dari melakukan maksiat mata dan sebagainya,maka inshaAllah ia tidak menjadi penghalang untuk berjaya.Malah menjadi pelonjak utama untuk berjaya.Boleh share share ilmu sesama suami isteri
6.Kewangan
Bagi orang melayu,kalau tak dak duit tak boleh kawin.Berbeza dengan apa yang islam bawa iaitu kalau nk kaya maka kahwin lah.Banyak dah contoh kita lihat sahabat-sahabat kita yang kahwin di usia muda dan dilimpahkan rezeki berlipat kali ganda oleh Allah SWT bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.” surah an nur ayat 32
7.Cobaan/Ujian
Setiap orang yang bernama manusia itu pasti akan diuji oleh Allah s.w.t bertepatan dengan firman Allah Ta'ala yang bermaksud : "apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ,"kami telah beriman",dan mereka tidak diuji? (surah al ankabut ayat 2) .Tambah-tambah yang berkahwin di usia muda pasti akan dijui oleh Allah SWT samaada ujian dalam bentuk kewangan,pelajaran,perasaan dan sebagainya.Namun tidak menjadi masalah,setiap masalah perlu diselesaikan dan dibincang sesama suami isteri agar selesai.Tidak lupa juga berdoa kepada Allah setiap kali usai solat lima waktu.
Bagi yang sentiasa berfikiran positif dan sentiasa mengharapkan keredhaan Allah,inshaAllah kahwin muda akan memberikan impak positif dalam hidupnya dunia dan akhirat.Perkara yang baik inshaAllah akan dipermudahkan.Segala kata kata diatas nasihat untuk diri saya sendiri dan isteri juga.Barakallahufiikum
c&p frm: Muhammad Najmi Rohaizad bin Mohd Nazri
04 Ogos 2014
22:17 PM


0 comments:

Post a Comment

Hindarilah kami dari dosa besar ini Ya Allah,bantulah diri kami untuk menguatkan iman kami,sesungguhnya...."lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"....ku harap kita sentiasa dlm redha-Nya..Ameen..