Zikrullah

Buat Insan yang Amat Ku Sayang

Tuesday, November 3, 2015

Ke KENINGAU ke Kita...

Assalamualaikum wbt, lama sudah tidak mengarang di laman kenangan. Terasa kaku jemari menari. Alhamdulillah segalanya menggamit memori indah selama mana masih bernafas di bumi bawah bayu, sabah tercinta. Tatkala mengisi kesibukkan hujung minggu, fikiran melayang teringatkan sahabat sepengajian yang kini sarat hamil cahaya mata pertama. Keterujaan menjemput lahirnya cahaya cinta tersangat berdebar tersulam bahagia. Hati saya melonjak-lonjak ingin terbang ke sana, berbongsi rasa keterujaan bersama. Sebermulanya perjalanan pada dhuha yang tenang merentasi cerun-cerun tinggi bertemankan teman seperjalanan kak Qamarul Munirah, hati terasa girang dapat menikmati alam saujana mata memandang, subhanallah indahnya!.

Setibanya di keningau senyuman terasa lebar. Perjalanan yang memakan tempoh tiga jam musafir tanpa henti, kami berpeluang mengintai kesibukkan pekan keningau yang serba sederhana namun meriah dengan warga yang memenuhi rutin masing-masing. Kedatangan disambut makan tengahari bersama wajah kesanyangan saya Dja di tengah pekan keningau yang nyata mengetatkan perut musafir hina ini. Saya diberi penginapan yang cukup selesa, merebahkan badan melayan lelah musafir semahunya, keesokkan harinya kami bergerak ke Tenom bagi menziarahi teman seperjuangan di sana. sebelum berpisah inilah buah tangan untuk mujahid yang bakal menjenguk ke dunia... insyaAllah ada rezki acik Asiah datang pelok cium kamu ya sayang.

Menjelang dhuda kami memulakan perjalanan ke Tenom. selang empat puluh minit kemudian, kami singgah di rumah sahabat karib mastura, mizni... bersarapan disana serta menyantuni budi bicara sepanjang pengalaman memulakan musafir pertama. Hajat di hati ingin menebus rindu pada si pengarang jantung Mayra, namun kecewa dengan kepulangannya bersama ibu ke semenanjung tanahair. Belum rezki ketemukan si kecil itu di sini. perjalanan diteruskan mengelilingi pekan kecil Tenom. Ternyata kami berpeluang menjelajah beberapa tempat menarik disekitar Tenom. Apa yang menarik kopi di sini terasa segar dan unik sememangnya terkenal di daerah ini.
sekitar lawatan ke taman pertanian, Tenom. menikmati kesegaran Flora dan fauna di sini. Subhanallah cukup indah!





jutaan kuntuman bunga dalam hamparan yang berbeza. Membentangkan pelbagai kuntuman dengan warna-warni alam. Umpama di syurga layaknya....MasyaAllah sungguh indah!



pohonan 'Cannon Ball' menarik perhatian saya..rimbunan buahnya yang melebat nyata mendatangkan tanda tanya, apakah ini?

di jejari saya tu ada sebiji buah 'AJAIB'. buah ini sangat menjadi rebutan kerana keajaibannya sungguh luar biasa. Bayangkan tahap keasidan limau kasturi dapat dilenyapkan dengan sekali gigitan buah ajaib ini. kami diberi sebiji buah limau kasturi yang tersangat masam dan kemudian menggigit buah ajaib ini. Sebaik sahaja merasai buah ajaib kami diminta untuk memakan semula limau yang masam tadi. Ternyata rasa berubah semerta. Masam bertukar manis dan memikat hati...ouch! manisnya limau nih....hehe. Pak cik yang dibawah tu la yang menceritakan serba sedikit tentang buah 'ajaib' tadi.

menjelajah hamparan alam semulajadi, konon-konon dalam hati ada taman gitu...haha



inilaa tren yang menjadi transpot utama kami menjelajah taman...cumel kan


gambar di bawah ni, semasa singgah sejenak di puncak laluan banjaran crocker. Pemandangannya di situ sangat memikat hati. Dalam kedinginan kami diusik kekabus kecil walaupun hari menjelang petang. Terasa berat mahu berangkat pulang. Hati telah jatuh cinta di sini..





bersama en.ungu tersayang. Mengembara melihat alam buana. tenkiu en.ungu sudi berlari bersama saya merangkak di bukit kimanis menuju ke keningau. Pengalaman yang nyata indah.

Singgah di lapangan KImanis menghamparkan bentangan sawah yang menghijau...oh indahnya...terimbau kampung halamanku di sana.
kami menuju pulang dengan saratnya kenangan di keningau. Alhamdulillah selamat tiba di kota kinabalu dengan jayanya. mengharapkan daa lagi rezeki untuk ke sana beberapa ketika lagi, insyaAllah. jumpa lagi. Tata.

PERKHEMAHAN INTERGRASI PASUKAN KADET BERSATU LAUT

Alkisahnya menjadi bidan terjun yang tak berapa sanggup nak terjun. Sebenarnya saya sememangnya tiada kaitan langsung dalam unit beruniform ni...tapi mengenangkan kak munirah keseorangan dan kesengsaraan nak mengendalikan 30 orang kadet terpaksalah saya diheret sama ke sandakan. Apapun aktiviti sepanjang perkhemahan tetap happening  ada berkayak, berkubang, kawad formasi, malam akrab dan ikhtiar hidup....pendek kata memang best walaupun sempat kena gossip dengan Tuan AM semasa berkayak di kolam. haha... sory i'm taken.



























Hindarilah kami dari dosa besar ini Ya Allah,bantulah diri kami untuk menguatkan iman kami,sesungguhnya...."lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"....ku harap kita sentiasa dlm redha-Nya..Ameen..