Zikrullah

Buat Insan yang Amat Ku Sayang

Friday, April 30, 2010

Chewing Gum????

Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie.
Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam. Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat raja siam lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang? Raja Siam jawab: "kami tak buat apa.kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?"
Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore Tanya lagi " Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?" Raja Siam jawab "kami tak buat apa,kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand"
Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun Tanya "Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?" Raja Siam jawab "Kami tak buat apa, kami! buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand"
Raja Siam plak Tanya: "apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?" PM Singapore jawab:" kami tak buat apa, kami buang aje." Raja Siam: "ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore" Erk! muka PM Singapore jadik merah padam" dan sebaik saja PM Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang!
Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore?

believe it or not?

Tuesday, April 27, 2010

Elakkan diri anda daripada dibelenggu DOSA



Sunday, April 18, 2010

Salam ImtihaN..=)






sekiranya kamu berazaM maka betawakkallah kepada Allah..salam Imtihan untuk semua, all da bezz guys!!! ~~~=)

Tuesday, April 13, 2010

Tentang Seseorang...


Seseorang,dahulunya sepasang matanya yang bersinar sentiasa dijaga,sentiasa menjaga pandangan. Pabila si teruna memandang,dia tertunduk. Ketika berjalan,matanya selalu memandang ke lantai dan hatinya menggerakkan kakinya ke destinasi. Melihat pabila perlu dan baik dipandang.
Dahulu telinganya sentiasa juga dijaga. Mendengar segala-galanya, samada yang baik atau yang buruk. Tetapi, yang buruk hanya di dengar dengan fahaman kosong, tidak mengiyakan, tidak mengikut atau menokok. Segala baik yang didengar dilekatkan didalam hati dengan teguh dan dijadikan pedoman buat melalui hidup yang penuh dugaan demi mendapat redhaNYA.
Dahulu, bibirnya sentiasa diukir senyuman. Berkata bila sahaja yang perlu. Pabila si teruna menegur, dia hanya tersenyum. Bukan menggoda, tetapi satu isyarat bahawa dia tidak perlu disapa tanpa tujuan. Bila si teruna bertanya tentang ilmu, pasti dijawab penuh dengan keikhlasan tanpa niat yang berlainan. Cukup sekadar jawapan. Waktu kosongnya pasti diisi dengan puji-pujian kepada maha pencipta dan rasulNYA.
Dahulu, hatinya sentiasa dijaga walaupun terkadang sedikit tercalar. Tetapi hati itu pasti dipulihkan kembali dengan satu solat pembersihan dengan penuh khusyuk dan tawadduk. Hatinya walaupun dilukai, pasti terlihat jua senyuman dibibir. Hanya mengadu kepadaNya bagi mengubati luka dihati. Hatinya sentiasa diisi dengan kecintaannya kepada Ilahi. Ketenangan hatinya sentiasa tergambar diwajahnya.
Kini, sinaran matanya kian pudar. Ekor matanya terkadang meliar. Kerap juga matanya melimpahi air tanda ketenangan hatinya terganggu. Pabila si teruna idaman hati memandang, hatinya berdebar.
Solat pembersih diri semakin kurang kesannya dengan kesibukan rutin harian menjadi alasan.
Kini, telinganya dihidangi dengan lagu-lagu rancak yang melalaikan, mendengar umpatan, hinaan dengan mulutnya pasti mengiyakan dan menokok terkadang. Sedikit-sedikit perkara baik yang didengari kian luntur dari hati dan pegangan.
Kini, bibirnya sentiasa berkata-kata walaupun dengan si teruna. Senda gurau dan gelak tawa sentiasa tersaji walaupun di hadapan teruna.
Kini, hatinya sentiasa tercalar. Ketenangannya sentiasa diragut. pelbagai perasaan bercampur baur..antara rasa dilukai,dikhianati,dipermainkan dan dipinggirkan.
TETAPI....Hari ini, kata-kata seseorang telah menyedarkan dirinya dari lena yang panjang. Suatu ketika, fikirannya seakan terhenti Suatu ketika, fikirannya ligat berputar memikirkan perkara-perkara ’dahulu’,
suatu ketika, fikirannya mengingati perkara-perkara ’kini’, dan suatu ketika, fikirannya pantas melakukan kira-kira perkara ’dahulu’ dan ’kini’, melakukan perbandingan dan mencongak keburukan dan kekurangan diri.
“DisakitkanNya kita sekejap tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya, disusahkan sedikit agar insaf, namun segera disenangkan semula, itulah belaianNya. Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang, namun tidak lama kerana kasihNya. Dipanggil-panggil kepadaNya untuk meminta itu dan ini. Tuhan amat melayani hambaNya tetapi hamba langsung tidak peduli.”

Hari ini, matanya sekali lagi dilimpahi air.
Hari ini, telinga dan mulutnya seakan terkunci. Kesal dan terguris dek hari-hari ’kini’ yang tersasar jauh dari landasan keimanan insan dan menyedihkan .
Hari ini, hatinya diruntun sayu, terharu atas nikmat hidayah dan peluang yang telah diberikan oleh yang Maha Pencipta kepada dirinya.
Hari ini, dia cuba menyatukan mata, telinga, mulut dan juga hati dengan kukuh. Cuba mencari kekuatan, cuba membulatkan tekad, cuba menyimpul semula keimanan demi mendapatkan redha yang Maha Esa.
Supaya ’hari ini dan selamanya’ harinya sentiasa mendapat cahaya dari pencipta.
Supaya ’hari ini dan selamanya’ harinya, matanya akan kembali bersinar. Supaya ’hari ini dan selamanya’ harinya, telinganya sentiasa terjaga. Supaya ’hari ini dan selamanya’ harinya, bibirnya sentiasa terukir senyuman ikhlas dan mengucapkan yang keperluan dan mengisyaratkan batasan.
Supaya ’hari ini dan selamanya’ harinya, hatinya kembali tenang dan kembali terisi dengan kecintaan kepada Ilahi...
Hari ini dan selamanya, perjalanannya seperti roda, harapannya hanya satu, agar mendapat keredhaan Ilahi tanpa tersasar dari landasan iman. Satu harapan bagi setiap insan beriman yang sentiasa hanya mengharap cinta Ilahi.
Dari cintaNya kita berasal,
Dan atas nama cinta Dia menciptakan kita
Kerana cinta kita mendatangiNya
Dan demi cinta juga kita kembali kepadaNya…
Ampunkan aku Tuhan...karamkan aku dalam lautan cintaMu..biarpun hanya cintaMu sahaja....
~~pendamba kuntuman mawar hijaw di SyurGa~~

Sunday, April 11, 2010

Juz want to share about my hERo =)









Ini semua foto-fotonya kaka gue,,kuliahnya di syiria sana..tempatnya jauuuh banget,,gue kangen sekali sama dia..udah sekian lama nggak ketemu,,barusan dia ngirimin gue foto-foto terbarunya..gue senang sekali lihatin dia sehat malah makin ceria disana..kelihatannya gue udah nggak sabar nungguin keberangkatan pulangnya kesini..waduh bila waktunya??.....juz want to say "we miss u so much".Disini gue tunjukkin.....

Friday, April 9, 2010

Renung sejenak...


MAAFKAN AKU
Mengapa sukar untuk memberi maaf apabila hati sudah terguris? Mengapa tidak mahu melupakan disakiti? Mengapa tidak tenang dan sering berdendam apabila disakiti. Andainya kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain bererti kita belum mempunyai hati yang benar-benar bersih, kita belum menjadi seorang yang rendah hati dan pemaaf. Lunakkan hati dengan renungan ini:
Bila sukar memaafkan kesalahan orang lain bermakna kita ada sifat ego dan sombong yang dimurkai oleh Allah. Siapakah kita yang mahu merasakan diri sebagai 'tuan' dan mahu orang lain sentiasa berbuat baik terhadap kita. Bila ada orang membuat kesilapan, siapakah kita untuk marah, berdendam dan berharap dia akan menerima balasan dari perbuatannya.
Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan, termasuk diri kita. Kalau hari ini orang bersalah dengan kita, tidak mustahil suatu hari nanti kita pula tersalah dengan orang. Apakah kita jamin yang kita tidak akan membuat salah dan silap? Kalau kita mahu memaafkan kesalahan kita, pasti orang lain pula mengharapkan kemaafan dari kita.
Ingatlah bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari ALLAH jua. Segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari ALLAH. Dia mahu melihat apakah kita dapat menerimanya dengan sebaik-baiknya. Bila kita tetap marah dan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain pada kita ertinya kita marah pada ALLAH. Kita berkata "ALLAH, tidak patut Kau buat aku begini."
Bila orang bersalah dengan kita selidiklah apakah dosa yang kita lakukan sehingga ALLAH takdirkan begitu terhadap kita. Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama ada terhadap manusia atau kecuaian kita pada ALLAH, nanti akan datang rasa 'memang patut dihukum' dan orang yang melakukan kesilapan terhadap kita hanyalah sebagai perantaraan sahaja.
Bila sedar bahawa segala kejahatan manusia terhadap kita merupakan hukum dari ALLAH, seharusnya kita bersyukur kerana dihukum di dunia. Itu juga tanda ALLAH memberi perhatian kepada kita dan mahu mengampunkan dosa-dosa kita di dunia agar terlepas hukuman yang lebih dahsyat di akhirat. Sepatutnya ini menggembirakan kita sehingga mampu untuk kita memaafkan orang yang bersalah.
Seandainya kita tidak mahu memaafkan kesilapan orang, kita tidak untung apa-apa. Apalagi kalau berdendam atau bertindakbalas dan berkasar terhadapnya; maka kita juga akan terjerumus dalam dosa dan mendapat kebencian dari ALLAH S.W.T.
Memberi kemaafan adalah sukar sekiranya kita belum ada sifat kehambaan, yang melihat segala yang berlaku adalah di bawah pentadbiran ALLAH Yang Maha Mengetahui. Kita akan takut untuk marah dan berdendam dengan manusia hanya dengan ujian yang menimpa, kerana bimbang kalau-kalau ujian itu merupakan petanda ALLAH sedang murka terhadap dosa-dosa kita.
RASULLAH S.A.W BERSABDA:
"SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH ORANG YANG LAMBAT MARAHNYA DAN SEGERA PULA REDA APABILA SUDAH MARAH DAN SEJAHAT-JAHAT MANUSIA ADALAH ORANG YANG LEKAS MARAHNYA DAN LAMBAT PULA REDA MARAHNYA ITU."

Saturday, April 3, 2010

adakah sejarah kan berulang...

hari ini aku berkesempatan lagi untuk merapatkan kembali jalinan yang kian pudar. kesempatan ini aku gunakan sepuasnya dengan bertaut kembali kemesraan aku bersama rakan-rakan sefikrahku. kami bermain, bergurau senda bahkan bergelak ketawa bersama-sama namun aku kini kian lupa bahawa aku terpikul dengan satu amanah yang berat. sewaktu temanku mengajak aku dan rakan-rakan yang lain untuk menyingkap kembali sejarah lampau mengenai kebangkitan semangat juang mujahidah fil Islam, aku terpanggil untuk membuka satu lipatan sejarah mengenai satu nama yang berjasa dalam dakwah mulia ini. Ratu Syahadah yang pertama syahid ditangan suaminya menyemarakkan ingatanku terhadap perjuangan sebenar aku sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. aku sedar akan kegigihan beliau namun apakah aku cukup bersedia untuk memperjuangkannya? sejarah Asiah telah membuktikan iman bukanlah penjara di jiwa yang selamanya bersembunyi tapi kemerdekaan yang hakiki.....sebaris nama yang dulunya menanam obor untukku melangkah tapi kini nama itu kian tenggelam bersama sejarah tanpa penghayatan sirahnya lagi...aku kini semakin lalai dengan bisikan dunia yang semakin menyesatkan. jiwaku berdetak getar tika mana aku aku menghayati sebaris lirik dari lagu yang terpasang sebentar tadi..."Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan beruntung bagi yang mensucikannya, merugi bagi yang mengotorinya...",hidayah hanya datang sekali untuk kita, jadi alangkah ruginya jika kita tidak mengendahkannya, apakah mungkin ada lagi hidayah untuk kita setelah ini??? saat ini, aku ingin nyalakan kembali nyalaan obor perjuangan Asiah untuk mengiringi jalanku.aku jadikan perisai keteguhanku dari keteguhan Asiah mempertahankan aqidahnya dari diragut suami tercinta, adakah mampu untuk aku kembali melakar sejarah itu......?aku kian keliru dengan liku-liku kehidupan yang sedang ku lalui, ya ALLah kurniakan aku ke'IZZAHan para pejuangmu, agar aku redha didalam keredhaanMU..

Friday, April 2, 2010


kenangan program pertama BENGKEL PENDOKUMENTASIAN & INFORMASI melalui unit LENSA PRIMA...yang tgh relax tue pengarah program...hu3
Hindarilah kami dari dosa besar ini Ya Allah,bantulah diri kami untuk menguatkan iman kami,sesungguhnya...."lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"....ku harap kita sentiasa dlm redha-Nya..Ameen..