Kisah Sahabat untuk Sahabat.
Pintu dikuak perlahan, Ana melangkah masuk menuju ke meja
studi mendapatkan gumpalan kunci. Terlihat sebatang tubuh yang masih di
pembaringan dengan mata yang baru terjaga. Ana menyapa lembut “Asiah, dah bangun..? saya nak ke blok sebelah ni”. Aku
sekadar menyahut dengan sepatah jawapan. Mata terasa ingin tertutup kembali. Beberapa
minit kemudian, aku bingkas bangun tatkala teringatkan Dja. Langkah dilebarkan
kesegenap ruang rumah. Tiada siapa yang wujud selain aku dan Miza bersebelahan
bilik. Melihatkan Miza yang khusyuk melayan game, aku bertanyakan tentang isi
rumah yang lain. “mane yang lain?” soalku. Miza berpaling bertentang mata dan
menjawab, “diorang ade kat rumah kak Yah asenya”. Timbul persoalan baru di
benakku, “abes Dja pegi masjid dengan sape?”. “Ntahlaa”. Miza gagal pastikan
jawapan soalan terakhirku. Aku berlalu semula ke bilikku dengan menanam yakin
bahawa Dja bersama Ekien di masjid. Terdetik rasa bersalah padanya tatkala Dja
mengajak menemaninya ke masjid bagi menyambut malam nisfu Sya’aban bersama para
Jemaah. “Asiah, bangunlah teman Dja. Kita pegi masjid malam ni.. ade qasidah,
ceramah…jomla”. Aku memisat mata yang memberat. Lensaku terfokus pada wajahnya
yang tampak mengharap. “alaa, Dja pegi ngan diorang jela eh, Asiah ngantok ni”.
Beberapa ketika kemudian suasana sunyi dan kembali menyepi. Rupa-rupanya aku
kembali ke alam mimpi semula.
Aku terjaga tatkala telefon berdering nyaring. Terpamer nama
pemanggil di skrin namun tak terdaya menyambung bicara kerana masih dalam sedar
tak sedar. Akhirnya deringan terhenti dan mataku kian segar disergah suasana
rumah yang sangat menyepi. Menyedari bahawa aku tertidur sewaktu menonton drama
korea sejak lewat asar tadi, masa yang di ambil agak lama untuk memproses
maklumat sedia ada yang terawang-awang di ruang fikiran. Komputer riba ditukarkan
mode sekadar menjimatkan tenaga elektrik lalu aku masih di tempat yang sama
sehinggalah pintu dikuak Ana.
Setelah mendapat mesej ringkas Fareha: bangun siap, jap lg kita pegi bergambar. Beberapa
minit kemudian dengan menaiki kereta Ekien kami berkumpul di depan pintu
gerbang untuk berfotografi bersama tanda kenang-kenangan. Tidak lama kemudian,
telefonku menjerit nyaring. Terpapar nama Dja sebagai pemanggil. “hello, yer
Dja.. dah selesai ker? Tunggu skjp asiah datang amek”. Moto dipandu laju,
tergesa-gesa untuk mendapatkan Dja. Terasa janggal bila satu dari kami tercicir
untuk memenuhi ruang kamera malam ini. Jujur, keterujaanku berkurang setelah
mendapati Dja tiada dalam kalangan kami. Fareha menjelaskan pada awalnya, Dja
masih berada di masjid melanjutkan tadarus bersama Jemaah lain. Namun tetap
juga hati ini terasa ada sesuatu yang tertinggal. Mungkin hati dan mungkin jua
rasa yang memberi petanda buruk akan berlaku.
Brek di tekan perlahan setelah aku menghampiri seorang gadis
berkaca mata yang kelihatan monyok dan tidak beriak apa pun. “Dja ok x ni?”. Jawapan
disahut, “Dja ok jer…mane kunci Dja nak naik rehat, korang pergilah bergambar”.
“ jom cepat, kawan-kawan dah tunggu Dja kat sane”, jawabku. Dalam terpaksa Dja yang
masih bertelekung membonceng di belakang tanpa banyak dalih. Perlahan-lahan
moto ditukar gear dan bergerak membelah malam. Seiring pergerakan roda, Dja
mula bersuara, "Dja tak kisah pun korang nak buat ape tapi kenapa ade jer alasan
bila Dja ajak korang pegi masjid untuk ubat rohani kita, Dja faham korang nak
manfaatkan saat-saat terakhir same-same
tapi korang kena ingat kita kat sini bukan untuk belajar saje tapi kita kena
cukupkan dengan pengisian rohani juga. Bila Dja ajak pegi pengajian ke, dengar
ceramah ke, masing-masing tak nak dan beralasan. Dja sedar siapa lah Dja nak
tegur-tegur korang. Masing-masing dah besar dan tahu fikir sendiri. dja tak
kisah pun korang nak bergambar ke? Nak tengok drama ke movie ke tapi perlu ker
paksa-paksa Dja balik bergambar sedangkan Dja tengah bertadarus di masjid tu? Ajakan
Dja untuk bagi manfaat pada kita korang tak pernah peduli tapi Dja dipaksa
untuk memenuhi permintaan korang sedangkan permintaan Dja ditolak tepi. Dja tak
kisah pun sume tu tapi tolonglah jangan manfaatkan detik-detik terakhir ni
hanya dengan bergambar saje”. Aku terkelu malah terkaku tatkala terdengar
suaranya kian sebak dan hampir menangis. Perasaan menjadi kalut seketika. Tersandar
kami di bahu jalan, terasa ingin mendengar segenap luahan Dja yang membuku
sejak tadi. Kata-katanya “ Dja tak kisah pun kalo..” sangat di ulang-ulang
namun ternyata luahan pedih Dja membuktikan hatinya sakit. Dalam diam hatinya
terluka…..
Buat seketika mindaku tercari-cari ayat penenang buatnya. Aku
sebolehnya mahu Dja faham kedua-dua situasi yang dialami kini.keterujaan
bergambar dan sikap tidak endah ajakannya. Tapi dalam waktu yang sama, aku
tidak dapat menepis kelemahan yang aku tunjukkan buatnya. Aku akui, ajakannya
pernah ditolak bersebab tetapi bukan bermaksud aku menafikannya Cuma waktu dan
keadaan tidak mengizinkan pada ketika itu. Aku ingin Dja mengerti yang aku
bukanlah sengaja membiarkan dia terasing tetapi aku miliki musabab sendiri
untuk menolak.
Sayu hatiku pabila terdengar luluh suaranya melempar duka
namun aku hanya mampu menenangkannya buat seketika. Harapnya Dja tidak simpan
di dalam hati. Sebelum meneruskan perjalanan, Dja berpesan agar cerita tersebut
tidak dipanjang-panjangkan, cukup hanya di pertengahan jalan tadi. Lalu aku
tinggalkan kisah itu berlalu biarpun aku tahu hatinya masih berbekas luka.
Islah Heart <3 arraudhah="" br="" islamy="">3>
~cinta sahabat untuk sahabat~