Zikrullah

Buat Insan yang Amat Ku Sayang

Tuesday, July 27, 2010

SYA'ABAN bulanKU, RAMADHAN bulan ummatKU...



Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).
Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.

Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

Persediaan Di Ambang Ramadhan
Setiap bulan dalam sepanjang tahun mengikut kiraan taqwim Hijriyyah mempunyai kelebihan tertentu dan keistimewaan beribadat di dalamnya. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta‘ala menciptakan hari atau bulan itu ada yang baik dan ada yang lebih baik. Sebagaimana yang disebutkan oleh hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai kelebihan bulan Muharram, Rejab, Sya‘ban, Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah sebagai bulan-bulan yang istimewa. Begitu juga dengan hari-hari tertentu seperti Juma‘at, Khamis dan Isnin mempunyai pelbagai fadhilat.
Bulan Sya‘ban Dan Galakkan Beribadat Di Dalamnya
Sekarang kita berada di bulan Sya‘ban. Bulan Sya‘ban juga mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam. Keadaan ini samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang mempunyai fadhilat tersendiri, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang ahli ibadat sebagai masa mengaut pahala.
Bulan Sya‘ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam di mana Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Pernah diriwayatkan bahawa Baginda tidak pernah berpuasa sunat dalam sebulan, lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya‘ban.
Dalam makna yang lain Baginda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam memperbanyakkan puasa sunat di bulan Sya‘ban dibandingkan bulan-bulan yang lain. Oleh kerana itu amatlah dituntut bagi umat Islam mencontohi apa yang dilakukan oleh Baginda itu kerana selain memperbanyak amal kebajikan di bulan ini, ia juga merupakan suatu latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan.
Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban
Keistimewaan bulan ini bahawa amalan seluruh manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Maka antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:
1. Memperbanyak puasa sunat.
Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
2. Bertaubat dan beristiqhfar
Taubat ialah pembersihan rohani kerana taubat itu menjadi tuntutan dalam agama supaya setiap diri individu yang sememangnya tidak ma‘shum ini melakukan taubat pada setiap masa dan ketika. Tegasnya hukum taubat itu adalah wajib dari segi syara‘. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah yang dikatakan taubat nasuha.
Taubat nasuha tidak akan tercapai tanpa mendatangkan terlebih dahulu syarat-syarat yang ditentukan. Umpamanya jika dosa itu antara hamba dengan Tuhan:
1. Hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu.
2. Hendaklah dia benar-benar menyesali dan merasa dukacita atas perbuatan maksiatnya itu.
3. Hendaklah dia berjanji dan berazam untuk tidak akan kembali mengulangi melakukannya.
Manakala jika dosa itu bersangkut paut dengan hak orang lain, maka selain syarat-syarat sebagaimana yang disebutkan di atas, ditambah lagi satu syarat iaitu hendaklah membersihkan dirinya daripada hak orang itu atau orang yang melakukan dosa itu memohon maaf kepada orang berkenaan.
Selain daripada itu, peranan taubat itu sendiri tidak terhenti setakat membersihkan diri daripada segala dosa dan maksiat. Lebih daripada itu ia juga merupakan suatu cara untuk kita sentiasa berlindung diri kepada Allah subhanahu wa Ta‘ala memohon keberkatan ketika kita memulakan dan membuat sesuatu pekerjaan yang berfaedah dan mengharapkan kurnia, taufiq serta diselamatkan daripada ditimpa musibah, kesusahan, kesulitan dan sebagainya.
Adapun istighfar itu pula ialah pernyataan memohon ampun kepada Allah daripada semua dosa. Lafaz istighfar itu di antaranya ialah bererti: “Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung”.
3. Memperbanyak zikir dan berdoa
Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang mempersucikan Allah dan membersihkanNya dari sifat-sifat yang tidak layak untukNya.
Terdapat banyak ayat al-Qur'an dan hadis yang memerintahkan agar manusia mengambil berat tentang zikir. Banyak faedah yang diperolehi hasil daripada berzikir. Antaranya ialah:
i. Menenangkan hati:
Ini bersesuaian dengan janji Allah Subhanahu wa Ta‘ala bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.
ii. Kawalan Diri dan Perlindungan Malaikat:
Seseorang itu merasa terkawal kerana Allah sentiasa menyertainya di mana sahaja dia berada. Akibatnya paling minima dia takut hendak berbuat maksiat dan bersedia pula untuk melakukan ketaatan.
Bahkan dia juga mendapat kawalan sepenuhnya daripada malaikat. Bagi orang yang sekadar duduk di majlis zikir sekalipun tidak bersama berzikir akan mendapat juga rahmat Allah dan kawalan malaikat.
iii. Terpelihara Daripada Godaan dan Pujukan Syaitan.
iv. Meningkatkan Rasa Kecintaan Kepada Allah:
Untuk meningkatkan kecintaan kepada Allah, mestilah memahami dan menghayati bacaan tasbih, doa dan istighfar yang diucapkan itu.

stakat ini pkongsian ilmu kali ini..
Ramadhan kan menjelang xlma lg..
oleh e2 persiapkanlaH
renung2kan dan selamat beramal...(",)

Monday, July 26, 2010

CentELLa aSIAtiCa...(",)





Khasiat Daun Pegaga
Pokok Pegaga atau juga dikenali sebagai pokok antanan (bahasa Inggeris: pennywort) adalah sejenis pokok ulam yang terdapat Malaysia serta di negara-negara ASEAN. Nama botaninya Centella asiatica.
Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti:
1. Pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil,
2. Pokok Pegaga Daun Lebar,
3. Pegaga Embun - Hydrocotyle sibthorpiodes
4. Pokok Pegaga Kelantan,
5. Pokok Pegaga Renek
6. Pokok Pegaga Salad
7. Pokok Pegaga Gajah
8. Pokok Pegaga Brunei
Pegaga tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata di padang rumput, kebun, ladang, tepi jalan dan sebagainya. Di Indonesia, jenis-jenis pegaga yang ada adalah daun kaki kuda, tikusan, pani gowang, pegagan.
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.
Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.
Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.
Antara khasiat lain pegaga adalah:
• penawar alahan
• anti kanser
• melawaskan air kencing
• penawar batu karang
• penawar kencing berdarah
• penawar ulser
• merangsang peredaran darah
• merawat cirit birit
• menurunkan tekanan darah

Bagi yang mahukan wajah sentiasa dalam keadaan muda, fikiran sentiasa tenang dan meningkatkan daya ingatan anda tidak perlu bersusah payah mencari ramuan dan herba lain yang mungkin ada antaranya mengandungi bahan kimia.

Di sebalik bentuknya yang kecil tersimpan rahsia besar membuktikan pegaga sungguhpun kecil namun tumbuhan ini banyak khasiatnya.Rahsia dan khasiatnya terbukti sejak berkurun untuk dijadikan penawar pelbagai penyakit.Pun begitu rahsia inilah yang membuka minat mendalam kepada pengamal herba untuk menjadikan pegaga sebagai tanaman pilihan bukan sahaja untuk amalan memakannya sebagai ulam istimewa malah penawar dan mencegah penyakit.

Pegaga atau nama saintifiknya, Centella asiatica berasal dari kawasan Asia iaitu India, Sri Lanka dan Madagascar dan juga Afrika Timur.

Juga dikenali sebagai daun kaki kuda dari keluarga Umbelliferae di kalangan masyarakat tempatan tanaman ini begitu popular kepada tiga kaum utama di negara ini.

Bagi kaum Melayu ia dimakan secara segar sebagai ulam dan juga sering dijadikan kerabu dengan campuran dengan daun herba lain.

Bagi kaum Cina pegaga dijadikan minuman penyejuk badan manakala untuk kaum India digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.

Masyarakat India juga menjadikan pegaga sebagai sumber perubatan untuk penawar racun, anti kanser,,ubat cirit birit dan dijadikan tonik mengubati penyakit kulit dan saraf.

Di Thailand pegaga di kenali Buabok telah menjadi satu produk yang dibotolkan secara jus diminum sejuk menjadikan minuman pegaga asli begitu popular di negara gajah putih itu.

Sejarah perubatan Ayur Veda menunjukkan pegaga sebagai sumber paling baik dan menyegarkan untuk sel-sel otak dan otot manusia.

Daun pegaga berbentuk otak atau ginjal dengan lebar antara tiga hingga lima sentimeter (sm) dan panjang tangkai boleh mencapai sehingga 15 sentimeter mengikut kultivar, kesuburan dan kepadatan tanaman.

Bunganya dalam jambak antara tiga hingga empat kuntum dengan kelopak berwarna putih atau merah jambu.

Istimewanya tumbuhan menghijau ini turut dijadikan penawar dalam menurunkan tekanan darah, melawaskan kencing, penyembuhan luka, ulser, masalah kulit dan penawar alahan.

Tumbuhan ini kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi dan vitamin A dan C.

Dalam bidang kecantikan khasiat daun pegaga terbukti mampu menjadi bahan tambahan kepada anti selulit dan anti kedutan untuk mata, muka dan menambah ketegangan kulit dan akhirnya membentuk kulit baru.

Pegaga oh pegaga....
Centella asiahtika ehh silap2...
Centella asiatica...hak3

Wednesday, July 21, 2010

70 DOSA BESAR




70 Dosa Besar


1. Syirik
2. Membunuh Manusia
3. Sihir
4. Tinggal Sembahyang (yang selalu di lakukan)
5. Tidak Mengeluarkan Zakat
6. Tidak Berpuasa (yang selalu di lakukan)
7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
8. Derhaka Kepada Ibu Bapa (yang selalu di lakukan)
9. Memutuskan Silatulraham
10.Berzina
11.Homosex
12.Memakan Riba
13.Memakan Harta Anak Yatim
14.Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul
15.Lari dari Medan Perang
16.Sombong (yang selalu di lakukan)
17.Saksi Palsu
18.Meminum Arak
19.Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
20.Berjudi (yang selalu di lakukan-secara tak sengaja)
21.Menuduh orang baik melakukan Zina
22.Menipu harta rampasan Perang
23.Mencuri
24.Merompak
25.Sumpah Palsu
26.Berlaku Zalim
27.Pemungut cukai yang Zalim
28.Makan dari kekayaan yang Haram (skim2)
29.Bunuh Diri
30.Berbohong (yang selalu di lakukan)
31.Hakim yang Tidak adil (HOT)
32.Rasuah (HOT)
33.Wanita yang menyerupai Lelaki (dah banyak)
34. Tidak Cemburu
35. Cina Buta
36.Tidak Suci Hadas kecil
37.RIAK Mempamerkan Diri (yang selalu di lakukan)
38.Ulamak Dunia (jahat)
39.Khianat (yang selalu di lakukan)
40.Mengungkit- Ungkit Pemberian (yang selalu di lakukan)
41.Mangingkari Takdir
42.Mencari Kesalahan Orang lain (yang selalu di lakukan)
43.Menabur Fitnah (yang selalu di lakukan)
44.Mengutuk Umat Islam ( HARI-HARI)
45.Mengingkari Janji (individu tertentu)
46.Percaya Kepada Sihir dan Nujum
47.Derhaka kepada Suami (amalan isteri)
48.Gambar pada Baju (hari-hari)
49.Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
50.Menggangu Orang lain (hari-hari)
51.Berbuat Zalim terhadap yg lemah
52.Menggangu Tetangga
53.Menyakiti dan Memaki Orang Islam (HOT)
54.Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik
55.Melabuhkan Pakaian
56.Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
57.Hamba Lari dari Tuan
58.Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T
59.Menjadi Pak Sanggup (HOT)
60.Berdebat dan Bermusuh (HOT kat media)
61.Enggan Memberi Kelebihan Air
62.Mengurangkan Timbangan
63.Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T
64.Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T
65.Meninggalkan Sembahyang Berjemaah (hari-hari)
66.Meninggalkan Sembahyang Jumaat (setengah individu jgn lebih 3 kali dah laa....idea&fatwa bodoh)
67.Menguragi Wasiat
68.Menipu (Hari-hari)
69.Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain
70.Mencela Nabi dan Sahabat
**Sila forward kepada rakan2 muslim yg lain :
semoga mendapat ganjaran pahala hingga ke alam barzakh **
Dicatat oleh MOHD

jom kite kongsi tips pemakanan Rasulullah....(",)



Cara pemakanan Rasulullah..
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
*Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud.
Ahli-ahli sains telah menemu beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam..

Hurmmm…sedikit sebanyak pkongsian ilmu utk kali ney
Selamat mencuba!!

Wednesday, July 14, 2010


Love ur Family


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tips bercinta sampai Syurga~~~(",)




 Dahulukan hak Allah daripada hak pasangan.
 Hadiri majlis agama bersama.
 Sentiasa bekerjasama untuk membuat kebaikan dalam rumah tangga dan masyarakat.
 Sama-sama saling mengingatkan untuk dijauhi kemungkaran.
 Rela berkorban kesenangan sesama pasangan demi bakti sesama manusia.
 Berdoa dan bersedekah sebagai wasilah untuk mengekalkan cinta.
 Membaca Al-Quran di permulaan dan pengakhiran hari.
Peraturan cinta itu apa? Ia adalah syariat-hukum halal(wajib), haram, sunat, makruh, dan harus. Jangan dilanggar yang haram kerana cinta. Jangan diabaikan yang wajib kerana cinta. Manakala yang makruh dan sunat dipulangkan kepada kebijaksanaan dan kewara’kan untuk membuat atau meninggalkannya.
Percayalah kemanisan dengan menempuh yang haram akan berakhir dengan kepahitan. Dan percayalah, kepahitan yang dirasai kerana menjaga yang wajib pasti membuahkan kemanisan yang kekal.
~~~salam mujahadah

Tuesday, July 13, 2010

MUqayyam Tarbawi

Kem pentarbiyyahan rakan penggerak ad-din yang berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di The Wood Resort, Ulu Yam berakhir dengan kemenangan jihad yang besar. Meskipun coretan peristiwa yang berlalu di situ sering ditemani kesulitan dalam berjihad namun ia sekadar mampu mentarbiyyah fizikal muslim agar kekal di medan tanpa mengundur walau setapak. Malah ianya menyemarakkan lagi semangat juang serta melangkah mara memburu kemenangan. Ikuti coretan peristiwa yang mampu diterjemahkan sepanjang program berlangsung…

KHAMIS
8 JULAI 2010
Keberangkatan para ansarallah bermula jam 10.00 pagi menuju ke lokasi kem dan tiba satu jam kemudian setelah memulakan perjalanan. Sepanjang perjalanan moodku agak hambar namun setelah kami menghampiri destinasi aku nyata teruja dengan hamparan panorama indah lagi semulajadi kurniaan illahi. Di kaki gunung yang tersergam indah, dipesisir sungai mengalir damai berputik ukhuwwah terjalin ikatan, kami generasi mutiara yang bertebaran. Taklimat diberikan sebagai gambaran umum mengenai perjalan program. Sesudah mendirikan khemah sebagai penginapan sementara, muslimin dan muslimat menunaikan solat zohor secara berjamaah. Selesai solat makan tengahari dihidangkan bagi membekalkan tenaga yang cukup untuk menempuh medan peperangan.
Seterusnya diikuti Ice breaking yang di sertai seisi medan jihad yang dipimpin oleh ketua angkatan sdra Fakhruddin dan berkesempatan melakukan ta’aruf sesama muslim.

LDK 1-Slot ta’aruf
Ney nak citer cket ney, masa wat taaruf ari tu….kak wani(fasi kump) gne modul jet pjuang dalam slot taaruf. Lepas tulis kriteria diri kat atas A4 tu, ktorg sume kne wat jet dgn A4 td. Mula2 blur jgak sbb xpenah blajo pon wat jet cma pnah tgk org maen je..hu3. tpi tu la hikmahnye join bende ney kita dapat blaja sesuatu yang baru, contohnye pgalaman pertama buat jet…hak3 alhamdulillah setelah hampir asar slot taaruf ditamatkan dengan seribu satu ilmu tentang profile ahli masing-masing.

Riadah-kawad kaki
Petangnya ktorg sume beriadah bersama-sama di tapak parking resort. Berlatih kawad la konon, macamla pandai sangat. Adela sorg tu, Org hentak kaki kanan dy hentak kaki kiri, org ayun tangan kanan ngn kaki kiri,dy ayun tangan kanan ngn kaki kanan…ish3 manusia2…hak3 klaka lak…tapi xpe maen2 je...…bkn sy laa, org laen.
Dah penat bkawad, kne la ingat solat maghrib plak. Masing-masing khidmat diri n terus ke surau utk solat bjamaah. Manisnya solat jemaah hanya dirasai insan terpilih sahaja. Selesai solat isya’ berlangsungnya ceramah yang bertajuk “Pemangkin Pendidik Muttaqin” disampaikan oleh Pengerusi Pusat Islam UPSI Ustaz Rosli selama dua jam.

LDK 2-cerita unggun api(perkongsian satu kasih sayang)
Aktiviti masih diteruskan dengan pengisian LDK 2 setelah ceramah selesai. Slot ini mengetengahkan ahli kumpulan tampil bercerita berkenaan pengalaman dalam jalan dakwah masing-masing bertemankan unggun api yang menghangatkan persekitaran yang benar-benar dingin di kala heningnya malam. 15 minit yang pertama dirasakan agak hambar kerana ianya masih di permulaan cerita namun suasana bertukar serius apabila tebaran kisah dilabuhkan satu persatu. Setiap satu daripadanya nyata mengundang paradigma para pejuang Islam untuk menggerakkan dakwah fil Islam. Begitu jua aku, peluang kali ini amat berguna untuk aku berkongsi sulit sukar diri ini berhadapan dengan saat yang begitu menyesakkan fitrah semulajadi insan.

JUMAAT
9 JULAI 2010
Mendamba nusrah illahi. Hari ini, saat ini aku masih lagi berkesempatan untuk tunduk sujud kepadaMU disaat insan lain masih asyik dalam mimpi indah yang dicipta sendiri. Ku angkat takbir nan satu, kuserahkan jiwaku dan seisinya hanya untukMu. Biarpun ku tahu seribu satu khilafku kepadaMu seringkali tegar dalam catatanMU namun tetap aku sedar bahawasanya diri ini terlalu kerdil dihadapanMu…oleh itu Kau nyahkanlah sifat tercela sebegitu dari hati kecilku agar aku kembali mendamba nusrah cahayaMu kerna itulah jaminan kebahagiaan dunia & akhiratku.

Kesinambungan kawad kaki pada hari sebelumya diteruskan dikala pagi menjelma. Semua peserta bertungkus-lumus mengeluarkan peluh yang ada sehinggalah terik mentari menikam mata. Setelah itu, sarapan pagi yang menghidangkan nasi lemak kampong nyata membangkitkan selera para tentera yang sedang kebuluran….hu3.diikuti pengisian ceramah kedua yang disampaikan oleh salah seorang pensyarah di jabatan pengajian Islam merangkap pensyarah sy..he3 Ustaz Anhar Opir dengan tajuk “Kepentingan Tarbiyyah sesame Muslim”

LDK 3- logo beserta panji amanah
LDK kali ini, kami diamanahkan untuk menyediakan panji kumpulan masing-masing sebagai keperluan mara di medan syahid. Masing-masing menyumbangkan idea dan kreativiti untuk diterjemahkan pada panji peperangan.sy Cuma tolong buat lakaran terakhir je…hu3 jadi la…ade gak peranan kan3….(“,)

Riadah-Explorace
Riadah seterusnya menjanjikan ketahanan setiap satu aspek yang melibatkan rohani & jasmani. Berkejar dari selatan ke utara medan semata-mata nak dapat checkpoint…hak3…klaka2.
Setelah comot sumenya kne la khidmat diri dulu, ye x?jap lagi nak solat maghrib n isya plak. Xsabo nak tunggu malam kesenian t….check dis out!!!

Malam kesenian Islam. Haaa, malam ney sume org kne wat pesembahan. Ade sajak, sketsa, pentomen banyak lagi laa…undian diwakili ketua kumpulan bagi menentukan giliran pesembahan namun tidak memperoleh nasib yang baek sbb…….alamak dpt first pfomance. Cam mne ney, I’m not ready yet…(walhal pegang watak sampingan je pon) orang laen steady je aku tengok.hak3…pape pon Mahasiswa Hari Ini dah berlangsung dengan jayanya….(“,)

SABTU
10 JULAI 2010
Solat subuh
Senam pagi n bala tentera membuat pembahagian harta rampasan perang
Sarapan
Jungle tracking
Resolusi
Berangkat pulang.
Camtu ja la yang mampu diterjemahkan..mata dah ngantok besala menaip time ney…
Created by:
A luvly greenrose
3.30 am
~~~~Oooooooooooooooooooooooouuttttttt!!!
Tata………………………………………………………………………………………………..(“,)

Saturday, July 10, 2010

Sharing is caring..

FAEDAH SELAWAT
Di dalam kitab Ibnu Farhun Al-Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam mengandungi sepuluh macam faedah dan mendatangkan kemuliaan, iaitu:
• Memperolehi selawat dari Tuhan Penguasa Alam.
• Memperolehi syafaat dari Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam.
• Mendapat pimpinan dari malaikat yang baik-baik.
• Menghapuskan dosa.
• Mendapat pertolongan dan tercapai keperluan hidup.
• Mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir.
• Memperolehi nur lahir dan batin.
• Mendapat keselamatan dari azab neraka.
• Membolehkan memasuki syurga.
• Memperolehi ucap selamat dari Allah.
Menurut para ulamak yang berdasarkan keterangan-keterangan hadis, bahawa membaca selawat kepada Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam akan memperolehi berbagai-bagai faedah yang amat besar, diantaranya:
1. Memperolehi limpah rahmat dari Allah.
2. Ditulis sepuluh kebajikan.
3. Dihapuskan sepuluh kesalahan.
4. Diangkat sepuluh darjat.
5. Memperolehi kesempurnaan iman.
6. Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.
7. Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.
8. Mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
9. Memperolehi syafaat Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam.
10. Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam.
11. Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.
12. Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
13. Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
14. Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.
15. Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah.
16. Terhindar dari kefakiran.
17. Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam.
18. Memperolehi keberkahan dalam hidup.
19. Terhindar dari orang-orang yang bakhil.
20. Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
21. Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.
22. Menjadi zakat dan pembersih diri.
23. Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat.
24. Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.
25. Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah.
26. Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
27. Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam.
28. Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
29. Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Shiratul Mustaqim di akhirat.
30. Terkabul segala hajat dan cita-cita.

Monday, July 5, 2010

wanita...


Perempuan begitu penting dalam kehidupan seorang lelaki.
Jika tidak ,Allah swt tidak akan menjadikan Siti Hawa a.s dari tulang rusuk Nabi Adam a.s sendiri untuk memenuhi rasa sunyinya yang keseorang didalam syurga.

Perempuan begitu bererti bagi seorang lelaki, kerana tanpa perempuan:

1. hidup seorang lelaki tidak akan sempurna.
2. tidak akan bertambah zuriat di muka bumi.
3. tidak akan bergelar seorang suami.
4. tidak akan menjadi pemimpin dalam rumahtangga.
5. tidak teman untuk bergurau senda.

Kejadian perempuan adalah lemah kerana dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok.
Ini menyebabkan ada kalanya ia sukar dibentuk kecuali dengan hikmah dan kebijaksanaan yang tinggi oleh lelaki yang dapat membimbingnya ke arah kebaikan.

Dua per tiga daripada perempuan menjadi penghuni neraka.

. Keadilan Allah kepada perempuan :
1. kelonggaran dalam soal-soal ibadah kerana kedatangan haid dan nifas.
2. tidak perlu berjemaah di masjid atau di surau.
3. tidak wajib menunaikan solat Jumaat.
4. tidak disentuh api neraka,jika ikhlas berkhidmat untuk suami dan keluarganya serta memelihara kehormatan diri dan suaminya.

KEDUDUKAN DAN KEMULIAAN PEREMPUAN

Allah telah menetapkan kedudukan perempuan adalah di belakang lelaki sebagaimana firmanNya dalam surah an-Nisaa ' , ayat 34 yang bermaksud:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.

Sebab itu wanita solehah ialah yang taat kepada Allah dan memelihara diri ketika ketiadaan suami sebagaimana yang Allah tetapkan."

Namun tidak bermakna perempuan hanya menjadi pak turut tanpa ada kuasa menyatakan pendirian, pegangan, pendapat atau lain-lain.

Jauh tersembunyi, perempuan sebenarnya dianugerahkan dengan kuasa pengaruh
yang jika digunakan dengan tepat, lelaki bersedia menurut kehendaknya dan memberi segala haknya.
Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam firmannya, surah Aali-Imran, ayat 14 yang bermaksud :

"Dihiasi dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan kepada
perempuan".

Sabda Rasulullah saw tentang besarnya peranan perempuan ini ialah :

"Perempuan itu tiang negara, jika baik perempuan di sesuatu negara
itu, maka baiklah negara itu, begitulah sebaliknya."

Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :

1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.

KUASA TAKWA PEREMPUAN

Ketakwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah.
Orang yang paling bertakwa adalah orang yang paling dikasihi Allah.
Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

Kuasa takwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

Kekuasaan takwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian menatih, mendidik,memelihara dari kecil hingga dewasa.

Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan
kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis
Rasulullah saw :

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung diudara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya
dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."
Hindarilah kami dari dosa besar ini Ya Allah,bantulah diri kami untuk menguatkan iman kami,sesungguhnya...."lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"....ku harap kita sentiasa dlm redha-Nya..Ameen..