Zikrullah

Buat Insan yang Amat Ku Sayang

Tuesday, March 5, 2013

-Sesungguhnya sakit itu kaffarah.-



Assalamualaikum w.b.t,
Lewat petang tadi, aku mendapat panggilan dari abang keduaku. Sememangnya dialah yang sering bertanya khabar, berkongsi cerita bersama. Seperti biasa, dia memulakan perbualan semesra selalu bertukar khabar dan seterusnya melewati bicara-bicara rutin hariannya. Aku tersentuh tatkala keperihalan berfokus tentang ibuku. Walaupun aku telah sedia maklum akan keadaan ibu yang tidak begitu mengizinkannya sihat, aku sangat terkesan pabila abang memulakan ceritanya hinggalah perbualan ditamatkan sesudah azan maghrib lewat senja td. Selesai menyempurnakan wudhu’, aku meluahkankan aduku padaNya. Menuntun diri yang resah dan gelisah menuju ketenangan yang ku kutip dengan anugerahNya. Allah… aku perlukan pertolonganMu. Allah …terasa terlalu lemah dan tak berdaya dibuatnya. Allah ….hamba ini menghadapi  resah yang amat dalam ya tuhan. Tanganku angkat, doaku memberat, aduku semakin sarat.

Ya Allah, aku tahu sakit itu kaffarah namun Kau ringankanlah sakit ibuku, Kau hilangkanlah bebannya, Kau permudahkanlah urusannya. Aku tahu sakit itu kaffarah namun janganlah Engkau bebankan ibuku lebih dari apa yang tidak termampu olehnya. Kerna ku tahu dia hanya insan biasa tubuhnya  semakin tua lemah lagi tak berdaya. Jika sakit itu perlu untuk menghapuskan dosa –dosa yang lalu maka Kau sucikanlah dirinya dari sebuah noda yang menghitam itu. Jika sakit itu perlu untuk tarbiyah baginya maka Kau sempurnakanlah IMANnya.
Sesekali terimbas peristiwa semalaman di hospital Taiping. Di saat itulah bertapa tulusnya kasih ibu menjaga menemani serta memperuntukkan sepenuh perhatian hanya untukku.  Sewaktu aku lemah menanggung peritnya erti sakit, setianya seorang ibu mendengar setiap keluhan yang keluar dari mulut anaknya. Tapi hari ini, tubuhnya yang sakit tiada siapa yang dapat mendengar keluhannya. Jauh di sudut hatinya aku tahu dia tak ingin menyulitkan sesiapa pun namun hati ini terhiris jua atas kepentingan diri yang lebih di utamakan berbanding ibu. Ampunkan aku duhai ibu.



0 comments:

Post a Comment

Hindarilah kami dari dosa besar ini Ya Allah,bantulah diri kami untuk menguatkan iman kami,sesungguhnya...."lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"....ku harap kita sentiasa dlm redha-Nya..Ameen..