Zikrullah

Buat Insan yang Amat Ku Sayang

Thursday, September 29, 2011

Eidul Fitry







Monday, September 19, 2011

4 de second time memory EVER!!


4 de second time…
Setelah setlekan tandatangan kehadiran untuk kelas minor lewat petang tadi,aku terus capai beg menuju ke luar kelas menunggu kawan-kawan laen selesai. Kami berlima sekelas petang ni. Dorang bertiga dah maju ke depan gara-gara kejar bas nk balik kolej. Tinggallah aku n maiza di belakang. Kami xrisau sangat sebab tak perlu amek bas balik umah. Tak sangka ramai pulak manusia yang tertunggu-tunggu bas petang ni. Dengan gaya penuh relax nyer menyambung langkah nak menyeberang jalan. Laju pulak sebuah bas dari KUO neh. Tak berape confident lak nak lintas. Sasaran menuju ke arah garaj KZ KAB. Laju jer kaki ni menapak ke kiri laluan. Memang tak sangka yang bas tu nak undur ke belakang semula adjust parking. Aduh! Habesla aku kali neh. Tepat-tepat depan aku bas tu paking, ape lagi segerombolan lanun pun terkam pintu sasaran. GPRS aku pn dah ‘blank’..arghhhh aku tak besalah!!! lanun2 tu himpit aku dah macam cekodok taw! Seksanya Tuhan jer yg tahu..umpama nak terkeluar limpa ngan pankreas aku neh.. mula-mula boley cool lagi..tapi setelah diasak dengan lanun yang makin ramai…aku pn dah xtahaaaaan..adooi mak tolong! Dalam aku terkapai-kapai memohon petunjuk, ade sorang siswi pmpuan cina kat belakang aku yang perasan kekalutan yang aku hadapi. Dia sempat lagi terkekehkan aku, sampai haty betulla. Punye la suke dia ketawakan aku yang kne himpit neh, sampai tak ingat nak tolong tarik aku keluar. Ketawa xsedar diri pulak tu. Lalu aku pun maniskan muka yang dah xbrapa nak manis neh, terus hulur tangan suruh dia tarik aku keluar jauh dari lanun-lanun tu sume. Huh! Akhernya, panjang lagi umur aku neh…ingatkan dah terpakse korbankan pankreas ngn limpa kat ctu jer…kenangan pertama mase berebut bas kat KZ dulu pn tak hadam lagi. Yang maiza tak tau la jalan mane yang bleh dia lolos.. last2 aku yg terpenyet…aduhai la..ney la kali kedua kenangan aku terpenyet dek berebut bas! Mintak simpangla pas ney..aku sayangkan pankreas aku lagi. Wuawuawuaaaa.

Sunday, September 18, 2011

dja melawat KEDAH









panjat-memanjat


Saturday, September 17, 2011

zinny dah pandai shopping...


Hurmm, jangan terkejut..anak dara sorang ney dah pandai shopping tau.Baek je perangai dia mase dalam shopping complex.Kalo kat rumah, mengalahkan ultraman. sekejap kekiri sekejap kekanan. Naek pening mak2 sdare dia, dahla tak pakai GPRS. Mase makan lagilaa seksanya. Nak masuk semulut pun susah tapi nasib baekla ibu dia ney penyabar orangnyer. Ujung minggu kalo abah zinny balik mesti bawak zinny kuar jalan-jalan. masuk tesco, pacific.Sebab tu zinny suke kalo abah dia balik ujung minggu hehehe. Yang beznyer, zinny akan tersenyum ikhlas bila dengar nenek menyapa "assalamualaikum cucu tok", suke dia dengar ungkapan tu. Suke dengan keletah budak nakal neh akhir-akhir ney. Maklumla dah panjang akal sekarang. Anyway, adeq..m.caq windu la muke seposen adeq..hak3

Thursday, September 15, 2011

Airmata tak selamanya abadi..



Senyum. Bahagia. Tenang.
Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi.
Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu.
Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali.
Namun, tanda perhatian dan kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya.
Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian 'anggota' manusia, ketidaksempurnaan pula ada 'nama timangan' mereka.
Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering aku kisahkan cerita ini pada mereka yang dirundum kesedihan.
Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah.
Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu 'Semangat Yang Hilang' untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.
Rama-rama bagiku cukup simbolik. Ia lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang.
Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas.
Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi.
Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.
Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik.
Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya.
Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri.
Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu.
Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.
Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain.
Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut.
Rama-rama ini berhasil 'di'keluarkan dengan mudahnya.
Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini?
Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup.
Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang?
Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.
Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.
Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata–kata ini sering kita dengar di mana-mana, "setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya".
Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?
Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap yang berlaku.

Saturday, April 30, 2011

home sweet HOME B306



Home sweet home B 306

Assalamualaikum warahmatullah…

Menemui penghuni B306 dan seisinya, Alhamdulillah dan sekian ucapan syukur di atas pertemuan serta detik perpisahan yang di aturNya. Meskipun terasa diri ini sangat berdukacita kerana tak lagi berpeluang bersama kalian namun diri ini masih mampu mengecap syukur di atas sebuah pertemuan yang telah tercipta bersama. Tanpa izinNya kita takkan pernah mengenal erti sebuah pertemuan yang sangat indah biarpun pahitnya perpisahan yang bakal kita tempuh. Jujurnya aku terasa sangat bertuah dengan terjalinnya ikatan antara kita, benar-benar merasai ukhwah itu indah. Sedetik bersama seabad terasa.

Buat kekandaku yang teristimewa,

Nur Hazlin Kamaruddin,

Di mana-mana pun dugaan itu pasti, Cuma aku sangat mengharapkan doa di setiap pengakhiran solatmu buatku. Agar diri ini lebih kental dengan liku-liku hidup yang benar-benar menguji. Aku akui dirimu sangat perhatian akan adik-adikmu ini, oleh sebab itu aku kan senantiasa merindui pekik letermu, gurau senda jua riang tawamu….di saat diri ini baru mengenal cinta, jiwa yang rapuh ini kian tegar untuk menghadapi saat yang paling sukar itu. Berkat untaian madah serta nasihatmu yang membina nurani, aku kini lebih bersedia untuk bersemuka reality percintaan yang sangat teruji.

Kak lin, asiah nk mtk maap, sory SORRY sory SORRY sory SORRY sooooorry sangat sebab wat kak lin camtu, seyes nyesal giler kot. Kalo laa asiah tau k.lin nak majok sampy cenggini, asiah rela xmakan sampy esok petang. Oleh sebab, pening yg mnyerang dan takut melarat asiah terus decide nak g makan. Asiah ingat ok jer if asiah turun dulu then temankan kak lin makan pastu..Ampunkan saye yer tuan permaisuri… actually, ade ole-ole dari kedah untuk kak lin. Disebabkan asiah takut nak kasi face 2 face so asiah letak jer kat dalam kotak barang-barang kak lin. Ade 2, satu bookmark kaler pink tertulis Alor star and satu agi keychain KEDAH ade love kaler pink ugak..huhu. tapi bukan asiah yang beli….ce teka? Hehe… asiah harap kak lin manfaatkanlah pemberian tu sebaiknya walaupun ia tak lah seberapa nilainya tapi sekadar pemberian ikhlas buat penghilang rindu…uwawawawaaa. And 1 more, mekaseh sangat di atas kesudian kak lin mengizinkan asiah jamah Oat kak lin yang sungguh mengenyangkan lagi berkhasiat tue…huhu.

Buat kakak-kakak tiri ku yang nakal,

Sri Nadiah Abd Rahman,

Helfazatul Heizni Zakaria.

Kakak tiri? Huhu sajer jer nak kasi bunyi kejam sket. Tapi ketahuilah kalianlah antara yang paling membahagiakan diri ini. Raut kedua-duanya senantiasa mengingatkan aku suka duka bahkan pahit manis bersama seringkali mengimbau sebuah kenangan bersama sejak aku memulakan langkah pertama di sini. Tautan ukhwah sebermulanya perkenalan di B 405 jua tersimpan kukuh dalam lipatan hayatku.

Di kesempatan ni jugak asiah nak memohon jutaan kemaafan buat kak riri jua kak fafa. Yelah muke neyla yg salu pinjam meminjam barang-barang korang since 1st semester kot..huhu. dulu suke jer amek uncang teh kak riri wat bekpes jahat x? sambal kering akak yg diimport khas dari johor pon muke ney jugak yang balun…huk3 and de most impoten ting iz TAPAI..emm pas ney dh susah nak pat tapai tuh…wuwuwuuaaaaaaa, xpela t wedding kite, kite nak suh kak riri sponser lah..bley? wuah3 pastu suke jer minjam payung kak fafa bila ari ujan..teruk kan? Nak beli malas, bukan xmampu tp saje suke jer nak gune orang punyer. Tau nape? Sebab barang sniri tak bape nak sayang kalo barang orang tau pulak jage, yela orang punyer kan. Ingat agi tak mase kite dapat kad aye? Alaaa yg Lee Ting kasi tuu…huhu teharu plak kan? Ingat gak dorg ngn kiter….ade 1 lagi pengakuan berani mati neh, emmm takot arr nak cakap…sblm tu nak mtk maap agi skali kat kak riri ek….jangan marah tau, nanti kne jual, sbenanyer asiah yang patahkan cakuk sepit kaen cumel akak tu…alaaa yang jemur adik kakak kak riri tu..seyes tak sengaja huhuhu..ampon yer tuanku, sembah patik harap di ampun. Xpe2 nanti asiah dapat gaji, kite ganti yang baru yer…hahha~~~(n_n)V

Buat jiran senegaraku,

Fatma Anira Mohd Anapi,

Wan Hasnora Wan Ibrahim.

Ngan korang pun tak kurang memorinya..onestly suke laa blajo longhat klate ngan u all bdua..hak3. suke sangat ngan ceciter korang. Cerita-cerita korang sangat menghiburkan otak sempitku ini. kenang daku selalu erk…hak3. Wan hasnora, sory taw kalo saye penah tetukar kasut ngan awk…almaklomlaa kite kan sehati sejiwa sampy kasut pn same…ngee~~

Akhir kalam, asiah nak mohon jutaan kemaafan di atas sebilion satu khilaf maupun salah silap asiah selama mna terjalinnya ukhwah ini, halalkanlah tiap apa yang pernah menjadi makan dan minum asiah selama kita tinggal bersama yew! Saaaaaaaaayyyaaaaaang korang..saaaaaaaaaaaayang dunia akhirat…

A bound of lurve fr0m <3 <3 <3

~~ Budak kechik~~~

;ac!aH

***Gift yg asiah cakap tu k.ina yg bagi..k.ina kata khas untuk kak lin


Monday, April 18, 2011

ampat bulaN..(",)



Thursday, April 14, 2011

rajuk yang terpujuk....


Mendengar akan kata-kata berhikmah cikgu zulkifli…hati seolah-olah terpujuk biarpun pada awalnya dirundung emosi duka. Sungguh aku bertuah kerna berpeluang mengutip mutiara ilmu yang gugur dari bibir seorang insan berjiwa besar sepertinya. Alhamdulillah wa syukran lillah, DIA sudi memberi ruang untuk aku mengenali insan hebat ini. Beliau sangat bermotivasi tinggi malah seorang yang benar-benar merendah diri dengan seribu satu kelemahan yang ada. Disebalik madah yang berharga, insan yang berjiwa besar ini mampu membakar paradigma muda, contoh tauladan seisi warga bahkan pembentuk keyakinan yang sempurna. Kesedaran melalui penceritaan susur-galur kehidupan nyata menginsafkan jiwa dan nurani batinku. Rajuk yang dikenang semalam kini beransur pergi. Menyebut tentang peranan seorang anak dalam membela nasib keluarga, wajah muram abah terlayar di ruang minda. Bertapa aku merindui riak ketenangan darinya. Aku yang selama ini diharapkannya meringan pikul beban yang ada hanya membiarkan harapan itu kosong tanpa jaminan yang nyata. Bertapa aku, sombong dengan nikmat dunia!. Aku lupa, bahawasanya akulah pembawa panji perjuangan keluarga…aku lupa bahawasanya akulah penentu maruah keluarga…dan semakin aku lupa, bahawasanya akulah bakal pembentuk generasi berkurun tempohnya.Memetik cebisan kenangan ketika manisnya menghulur bakti yang terakhir buat sanjungan Za,ba tercinta, jerih payah yang dilalui sekadar mainan rutin cuma namun aku nyata puas dan sangat berbangga kerna aku bisa melakukannya. Dari titik itu, aku mula jatuh cinta dengan jalan perjuangan dakwahnya. Duhai lilin yang membakar jadikan aku sebagai penerus jasamu. Agar aku tidak malu pada bangsaku, nusaku jua agamaku. Buat En.Zulkifli…

Aku benar-benar menyanjungimu!….~~(n_n)V~~

(pendamba ros hijaw)

Saturday, April 9, 2011

Dinner blok B





<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-MY X-NONE AR-SA

Jumaat malam lepas, sy dapat jemputan ke makan malam anjuran blok. Rase cam nak enjoy puas2 coz pas ney mesti dah susah nak join. Sem depan dh xdapat kolej so ney la peluang terakhir. Konsep fairy tale n love story yang bertemakan rona merah dan hitam betul2 bagi kelainan, pelbagai gimik acara sangat menambat hati warga yang hadir. Sy sempat saksikan gimik perasmian jer..dengar citer mase majlis pembukaan ade penampilan khas zorro hehehe cam klaka plak..haaa nak citer sal gimik perasmian sbnarnya tadi hehe..lepas selesai je ucapan tuan pengetua, disusuli gimik perasmian.. agak menarikla,,mula-mula lampu dimalapkan disertai perarakan masuk barisan ajk blok dengan memegang lilin sebagai simbolik klasik..turut disertai dayang2 yang membawa hidangan n santapan…mase tue sy ase cam tercampak ke alam satu lagi, memang terimaginasikan satu ceritera berabad lampau.. ade satu performance tu khas untuk kak effa lagu aizat PERGI dengan iringan instrumental gitar…agak touching laa..sampai nanges2 ketua blok sy tu..huhuhu a such memorable

LAYANNNNZ…..=)

Hindarilah kami dari dosa besar ini Ya Allah,bantulah diri kami untuk menguatkan iman kami,sesungguhnya...."lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"....ku harap kita sentiasa dlm redha-Nya..Ameen..