Sebermulanya kisah tersebut di penghujung Mac 2014, Rohaya
diusik teman baiknya Hanim. Dia menawarkan talian peribadi seseorang untuknya.
Namun dia tak mengendahkannya asal masuk telinga kanan keluar pula telinga kiri.
Malas melayan kehendak rakannya yang semberono kata orang jawa. Bukan dia tak
kenal gerangan jejaka yang ditawarkan, sentiasa dingin dan keras. Apalagi nak
dijadikan teman istimewa. Lupakan saja.
Usikan itu akhirnya dipanjangkan hingga ke mulut ibu angkatnya
sendiri. Sebelumnya Rohaya dan Hanim menemani ibu angkat mereka meraikan
ulangtahun kelahirannya. Dalam senyum ibu angkatnya meluahkan satu harapan.
Rohaya digesa supaya belajar mengenali sekeping hati milik teruna kesayangannya
Firman. Terlihat dimatanya, ada harapan yang menggunung tinggi. Rohaya
panasaran dan serba salah lalu tersungkur dengan permintaanya.
Setelah itu, aku sediakan satu ruang yang kecil jauh di
penjuru hati untuk belajar memberi peluang hadirnya insan bernama lelaki.
Perlahan-lahan aku persiapkan mentalkusebagai kesediaan menerima setiap yang
baik dan buruk darinya. Aku lenyapkan segala ego kewanitaanku semata-mata
menerima sekeping hati sejujur mungkin. Dengan langkah pertama aku mulakan demi
menggapai hasrat dan harapan yang mula berkaca-kaca indahnya.
Dalam diam aku menanti kehadirannya biarpun terselit debar
yang sangat luar biasa bagiku. Aku gementar dengan segala kemungkinan yang
tercipta antara kita. Dia bukan dari kalangan yang biasa, kawan mahupun rakan
yang terbiasa dengan caraku malah memberikan cabaran yang sangat luar biasa
tatkala menimbang-nimbang perwatakannya yang terlalu tipikal dan kurang
menyenangkan. Sungguhpun begitu, aku tetap perteguhkan nekadku agar menerima
seadanya dirinya biarpun bukan kemahuan hati perempuanku. Ketahuilah Firman aku
lakukan segalanya hanya kerna Dia.
Selang beberapa ketika, dirimu muncul jua. Tidakku sangka
penantian itu berakhir dengan salam perkenalan darimu. Ku sambut baik niat dan
hasrat yang memungkinkan kita bersama-sama mencipta cerita. Maka bermulalah
babak pertama kisah bersama.
Hari-hari yang dilalui nyata memberikan seribu satu rasa dan
cerita. Saban hari berkongsi pengalaman demi pengalaman yang akhirnya
mencetuskan pelbagai salah faham. Aku semakin binggung dan hilang punca, bagaimana
untukku tangani egonya sebanding egoku sendiri.
Boboy tak gaduh pon, sebab tu boboy bye2 dulu. Boboy tak
suka cara teguran yaya. Too direct kalo nak berubah kena slow2 xleh straight
forward. Boboy pon ada hati juga. Bkn xleh nk tegur, tapi gunakan kelembutan
yang yaya ada untuk menegur. Baru boboy boleh berubah dgn senang.
Sesekali ribut itu hadir, adakala ribut itu menghalau
kekacauan tapi seringkali ribut itu mengundang keadaan yang lebih parah dan
semakin parah. Bila ditanyakan masih adakah kekurangan yang perlu ditambah?
Xpayah ubah. Yaya skrg ni dh cukup perfect bagi boboy.
Bergaduh dlm bercinta perkara biasa tetapi cara menangani pergaduhan itu yang luar biasa. Boboy beruntung sebab yaya
sudi bercinta dengan boboy sbb xramai yang sanggup dgn askar. Time upnm dulu
banyak yang berkawan sbb boboy ada duit but u is different. Boboy dh terbiasa
bg duit sbb tu yaya dpt duit sbb habit berkawan time kat u dlu.(sep 26)
Dikau terlalu sempurna untukku Firman. Bagaimana aku mampu
menyerahkan segala kekuranganku sebagai pemberian yang tak terkalung dalam perkahwinan kita nanti. Biarlah
DIA tentukan yang lebih sepadan untuk kita berdua. Agar keduanya mampu bahagia
dengan cara masing-masing. Setiap kelebihan yang ada padaku terlalu kecil untuk
dibanggakan. Namun aku masih bersyukur kerna dikau amat menyenanginya walaupun
hanya sementara.
1.Sebab yaya pegang kuat pada agama. 2 sebab yaya kuat
merajok, dari ctu boboy leh tau yang yaya ni manja. Boboy suka orang manja. 3
ni yang paling menarik sekali, boboy suka dengar suara yaya. Dengar je yaya
ckp, boboy jadi tenang walaupun yaya cakap marah2 dgn boboy. Itu jer yang buat
boboy xnk lepaskan yaya (27 sep)
September berganti penghujung perkenalan. Pengakhiran Mac
menyaksikan sebuah ikatan yang menjadi ingatan. Tanggal 22 mac aku dikhitbah
dia. Suasana berlangsung sempurna. Berdulang adat dan berbekal syariat dengan
rasminya aku diikat erat. Bermulanya fasa yang baru setelah perkenalan yang
biasa bertukar luar biasa. Aku semakin kacau, perasaanku berubah haluan. Aku jadi
semakin tak menentu pabila ribut sesekali berhembus. Auranya terasa luar biasa.
Saban hari foto-fotoku menjadi tuntutan. Aku enggan selesa dengan keadaan itu,
lama kelamaan aku semakin bosan. Nawaitu kian terpadam dek ketegangan yang
semakin kuat berhembus. Sedikit sebanyak aku mencabar egonya dan akhirya aku
mengalah….
Seumur usia tidak pernah sekali pun kata-kata tersebut
menjengah ke telingaku. Tapi kali ini, kau hamburkan buatku yang dulunya
menjadi kesayangan lahir dan batinmu. Bagaikan
bernanah mata yang membaca bernanah jua hati yang mentafsir. Aku tetap memafkan
kerna aku masih mampu telan setiap pahit dan peritnya. Biarpun telah diberi
maaf namun aku tak mampu melupakan dua perkataan yang dihadiahkan. Forgive but
not forget.
Sehingga saat itu, aku kian longlai untuk pertahankan ikatan
yang baru semalam berlangsung. Aku tak mampu lagi. Kasih ibumu terlalu tinggi bakti
ayahmu mengikat hati namun dirimu tiada persinggahan dihati ini. Maafkan aku. Biarpun
aku tahu akan banyaknya hati yang patah setelah patahnya kepercayaan pada
sebuah ikatan ini, namun aku lebih tidak sanggup untuk deritakan lebih banyak hati sehingga tiba bahtera
perkahwinan yang hancur berderai disebabkan aku nanti.
Kerna kasihnya aku mengenalimu,
Kerna kasihnya aku menyambut,
kerna kasihnya aku menerima,
kerna kasihnya aku menggembira,
kerna kasihnya
dia bahagia,
kerna kasihnya dia semakin terluka,
kerna kasihnya dia kian kecewa,
kerna kasihnya aku terpit antara dua,
dan kerna kasihnya ku korbankan sebuah sayang.
Moga Allah redha....
0 comments:
Post a Comment