Zikrullah

Buat Insan yang Amat Ku Sayang

Monday, July 5, 2010

wanita...


Perempuan begitu penting dalam kehidupan seorang lelaki.
Jika tidak ,Allah swt tidak akan menjadikan Siti Hawa a.s dari tulang rusuk Nabi Adam a.s sendiri untuk memenuhi rasa sunyinya yang keseorang didalam syurga.

Perempuan begitu bererti bagi seorang lelaki, kerana tanpa perempuan:

1. hidup seorang lelaki tidak akan sempurna.
2. tidak akan bertambah zuriat di muka bumi.
3. tidak akan bergelar seorang suami.
4. tidak akan menjadi pemimpin dalam rumahtangga.
5. tidak teman untuk bergurau senda.

Kejadian perempuan adalah lemah kerana dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok.
Ini menyebabkan ada kalanya ia sukar dibentuk kecuali dengan hikmah dan kebijaksanaan yang tinggi oleh lelaki yang dapat membimbingnya ke arah kebaikan.

Dua per tiga daripada perempuan menjadi penghuni neraka.

. Keadilan Allah kepada perempuan :
1. kelonggaran dalam soal-soal ibadah kerana kedatangan haid dan nifas.
2. tidak perlu berjemaah di masjid atau di surau.
3. tidak wajib menunaikan solat Jumaat.
4. tidak disentuh api neraka,jika ikhlas berkhidmat untuk suami dan keluarganya serta memelihara kehormatan diri dan suaminya.

KEDUDUKAN DAN KEMULIAAN PEREMPUAN

Allah telah menetapkan kedudukan perempuan adalah di belakang lelaki sebagaimana firmanNya dalam surah an-Nisaa ' , ayat 34 yang bermaksud:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.

Sebab itu wanita solehah ialah yang taat kepada Allah dan memelihara diri ketika ketiadaan suami sebagaimana yang Allah tetapkan."

Namun tidak bermakna perempuan hanya menjadi pak turut tanpa ada kuasa menyatakan pendirian, pegangan, pendapat atau lain-lain.

Jauh tersembunyi, perempuan sebenarnya dianugerahkan dengan kuasa pengaruh
yang jika digunakan dengan tepat, lelaki bersedia menurut kehendaknya dan memberi segala haknya.
Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam firmannya, surah Aali-Imran, ayat 14 yang bermaksud :

"Dihiasi dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan kepada
perempuan".

Sabda Rasulullah saw tentang besarnya peranan perempuan ini ialah :

"Perempuan itu tiang negara, jika baik perempuan di sesuatu negara
itu, maka baiklah negara itu, begitulah sebaliknya."

Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :

1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.

KUASA TAKWA PEREMPUAN

Ketakwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah.
Orang yang paling bertakwa adalah orang yang paling dikasihi Allah.
Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

Kuasa takwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

Kekuasaan takwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian menatih, mendidik,memelihara dari kecil hingga dewasa.

Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan
kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis
Rasulullah saw :

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung diudara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya
dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."

0 comments:

Post a Comment

Hindarilah kami dari dosa besar ini Ya Allah,bantulah diri kami untuk menguatkan iman kami,sesungguhnya...."lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"....ku harap kita sentiasa dlm redha-Nya..Ameen..