Zikrullah

Buat Insan yang Amat Ku Sayang

Saturday, July 11, 2015

Demi kasih ku korbankan sebuah sayang.

Sebermulanya kisah tersebut di penghujung Mac 2014, Rohaya diusik teman baiknya Hanim. Dia menawarkan talian peribadi seseorang untuknya. Namun dia tak mengendahkannya asal masuk telinga kanan keluar pula telinga kiri. Malas melayan kehendak rakannya yang semberono kata orang jawa. Bukan dia tak kenal gerangan jejaka yang ditawarkan, sentiasa dingin dan keras. Apalagi nak dijadikan teman istimewa. Lupakan saja.

Usikan itu akhirnya dipanjangkan hingga ke mulut ibu angkatnya sendiri. Sebelumnya Rohaya dan Hanim menemani ibu angkat mereka meraikan ulangtahun kelahirannya. Dalam senyum ibu angkatnya meluahkan satu harapan. Rohaya digesa supaya belajar mengenali sekeping hati milik teruna kesayangannya Firman. Terlihat dimatanya, ada harapan yang menggunung tinggi. Rohaya panasaran dan serba salah lalu tersungkur dengan permintaanya.

Setelah itu, aku sediakan satu ruang yang kecil jauh di penjuru hati untuk belajar memberi peluang hadirnya insan bernama lelaki. Perlahan-lahan aku persiapkan mentalkusebagai kesediaan menerima setiap yang baik dan buruk darinya. Aku lenyapkan segala ego kewanitaanku semata-mata menerima sekeping hati sejujur mungkin. Dengan langkah pertama aku mulakan demi menggapai hasrat dan harapan yang mula berkaca-kaca indahnya.

Dalam diam aku menanti kehadirannya biarpun terselit debar yang sangat luar biasa bagiku. Aku gementar dengan segala kemungkinan yang tercipta antara kita. Dia bukan dari kalangan yang biasa, kawan mahupun rakan yang terbiasa dengan caraku malah memberikan cabaran yang sangat luar biasa tatkala menimbang-nimbang perwatakannya yang terlalu tipikal dan kurang menyenangkan. Sungguhpun begitu, aku tetap perteguhkan nekadku agar menerima seadanya dirinya biarpun bukan kemahuan hati perempuanku. Ketahuilah Firman aku lakukan segalanya hanya kerna Dia.
Selang beberapa ketika, dirimu muncul jua. Tidakku sangka penantian itu berakhir dengan salam perkenalan darimu. Ku sambut baik niat dan hasrat yang memungkinkan kita bersama-sama mencipta cerita. Maka bermulalah babak pertama kisah bersama.

Hari-hari yang dilalui nyata memberikan seribu satu rasa dan cerita. Saban hari berkongsi pengalaman demi pengalaman yang akhirnya mencetuskan pelbagai salah faham. Aku semakin binggung dan hilang punca, bagaimana untukku tangani egonya sebanding egoku sendiri.  

Boboy tak gaduh pon, sebab tu boboy bye2 dulu. Boboy tak suka cara teguran yaya. Too direct kalo nak berubah kena slow2 xleh straight forward. Boboy pon ada hati juga. Bkn xleh nk tegur, tapi gunakan kelembutan yang yaya ada untuk menegur. Baru boboy boleh berubah dgn senang.

Sesekali ribut itu hadir, adakala ribut itu menghalau kekacauan tapi seringkali ribut itu mengundang keadaan yang lebih parah dan semakin parah. Bila ditanyakan masih adakah kekurangan yang perlu ditambah?

Xpayah ubah. Yaya skrg ni dh cukup perfect bagi boboy. Bergaduh dlm bercinta perkara biasa tetapi cara menangani pergaduhan itu  yang luar biasa. Boboy beruntung sebab yaya sudi bercinta dengan boboy sbb xramai yang sanggup dgn askar. Time upnm dulu banyak yang berkawan sbb boboy ada duit but u is different. Boboy dh terbiasa bg duit sbb tu yaya dpt duit sbb habit berkawan time kat u dlu.(sep 26)

Dikau terlalu sempurna untukku Firman. Bagaimana aku mampu menyerahkan segala kekuranganku sebagai pemberian yang  tak terkalung dalam perkahwinan kita nanti. Biarlah DIA tentukan yang lebih sepadan untuk kita berdua. Agar keduanya mampu bahagia dengan cara masing-masing. Setiap kelebihan yang ada padaku terlalu kecil untuk dibanggakan. Namun aku masih bersyukur kerna dikau amat menyenanginya walaupun hanya sementara.

1.Sebab yaya pegang kuat pada agama. 2 sebab yaya kuat merajok, dari ctu boboy leh tau yang yaya ni manja. Boboy suka orang manja. 3 ni yang paling menarik sekali, boboy suka dengar suara yaya. Dengar je yaya ckp, boboy jadi tenang walaupun yaya cakap marah2 dgn boboy. Itu jer yang buat boboy xnk lepaskan yaya (27 sep)

September berganti penghujung perkenalan. Pengakhiran Mac menyaksikan sebuah ikatan yang menjadi ingatan. Tanggal 22 mac aku dikhitbah dia. Suasana berlangsung sempurna. Berdulang adat dan berbekal syariat dengan rasminya aku diikat erat. Bermulanya fasa yang baru setelah perkenalan yang biasa bertukar luar biasa. Aku semakin kacau, perasaanku berubah haluan. Aku jadi semakin tak menentu pabila ribut sesekali berhembus. Auranya terasa luar biasa. Saban hari foto-fotoku menjadi tuntutan. Aku enggan selesa dengan keadaan itu, lama kelamaan aku semakin bosan. Nawaitu kian terpadam dek ketegangan yang semakin kuat berhembus. Sedikit sebanyak aku mencabar egonya dan akhirya aku mengalah….

Seumur usia tidak pernah sekali pun kata-kata tersebut menjengah ke telingaku. Tapi kali ini, kau hamburkan buatku yang dulunya menjadi kesayangan lahir dan batinmu.  Bagaikan bernanah mata yang membaca bernanah jua hati yang mentafsir. Aku tetap memafkan kerna aku masih mampu telan setiap pahit dan peritnya. Biarpun telah diberi maaf namun aku tak mampu melupakan dua perkataan yang dihadiahkan. Forgive but not forget.

Sehingga saat itu, aku kian longlai untuk pertahankan ikatan yang baru semalam berlangsung. Aku tak mampu lagi. Kasih ibumu terlalu tinggi bakti ayahmu mengikat hati namun dirimu tiada persinggahan dihati ini. Maafkan aku. Biarpun aku tahu akan banyaknya hati yang patah setelah patahnya kepercayaan pada sebuah ikatan ini, namun aku lebih tidak sanggup untuk deritakan  lebih banyak hati sehingga tiba bahtera perkahwinan yang hancur berderai disebabkan aku nanti.

Kerna kasihnya aku mengenalimu,
Kerna kasihnya aku menyambut,
kerna kasihnya aku menerima,
kerna kasihnya aku menggembira,
 kerna kasihnya dia bahagia,
kerna kasihnya dia semakin terluka,
kerna kasihnya dia kian kecewa,
kerna kasihnya aku terpit antara dua,
dan kerna kasihnya ku korbankan sebuah sayang.

Moga Allah redha....









0 comments:

Post a Comment

Hindarilah kami dari dosa besar ini Ya Allah,bantulah diri kami untuk menguatkan iman kami,sesungguhnya...."lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"....ku harap kita sentiasa dlm redha-Nya..Ameen..