Zikrullah

Buat Insan yang Amat Ku Sayang

Thursday, September 29, 2011

Eidul Fitry







Monday, September 19, 2011

4 de second time memory EVER!!


4 de second time…
Setelah setlekan tandatangan kehadiran untuk kelas minor lewat petang tadi,aku terus capai beg menuju ke luar kelas menunggu kawan-kawan laen selesai. Kami berlima sekelas petang ni. Dorang bertiga dah maju ke depan gara-gara kejar bas nk balik kolej. Tinggallah aku n maiza di belakang. Kami xrisau sangat sebab tak perlu amek bas balik umah. Tak sangka ramai pulak manusia yang tertunggu-tunggu bas petang ni. Dengan gaya penuh relax nyer menyambung langkah nak menyeberang jalan. Laju pulak sebuah bas dari KUO neh. Tak berape confident lak nak lintas. Sasaran menuju ke arah garaj KZ KAB. Laju jer kaki ni menapak ke kiri laluan. Memang tak sangka yang bas tu nak undur ke belakang semula adjust parking. Aduh! Habesla aku kali neh. Tepat-tepat depan aku bas tu paking, ape lagi segerombolan lanun pun terkam pintu sasaran. GPRS aku pn dah ‘blank’..arghhhh aku tak besalah!!! lanun2 tu himpit aku dah macam cekodok taw! Seksanya Tuhan jer yg tahu..umpama nak terkeluar limpa ngan pankreas aku neh.. mula-mula boley cool lagi..tapi setelah diasak dengan lanun yang makin ramai…aku pn dah xtahaaaaan..adooi mak tolong! Dalam aku terkapai-kapai memohon petunjuk, ade sorang siswi pmpuan cina kat belakang aku yang perasan kekalutan yang aku hadapi. Dia sempat lagi terkekehkan aku, sampai haty betulla. Punye la suke dia ketawakan aku yang kne himpit neh, sampai tak ingat nak tolong tarik aku keluar. Ketawa xsedar diri pulak tu. Lalu aku pun maniskan muka yang dah xbrapa nak manis neh, terus hulur tangan suruh dia tarik aku keluar jauh dari lanun-lanun tu sume. Huh! Akhernya, panjang lagi umur aku neh…ingatkan dah terpakse korbankan pankreas ngn limpa kat ctu jer…kenangan pertama mase berebut bas kat KZ dulu pn tak hadam lagi. Yang maiza tak tau la jalan mane yang bleh dia lolos.. last2 aku yg terpenyet…aduhai la..ney la kali kedua kenangan aku terpenyet dek berebut bas! Mintak simpangla pas ney..aku sayangkan pankreas aku lagi. Wuawuawuaaaa.

Sunday, September 18, 2011

dja melawat KEDAH









panjat-memanjat


Saturday, September 17, 2011

zinny dah pandai shopping...


Hurmm, jangan terkejut..anak dara sorang ney dah pandai shopping tau.Baek je perangai dia mase dalam shopping complex.Kalo kat rumah, mengalahkan ultraman. sekejap kekiri sekejap kekanan. Naek pening mak2 sdare dia, dahla tak pakai GPRS. Mase makan lagilaa seksanya. Nak masuk semulut pun susah tapi nasib baekla ibu dia ney penyabar orangnyer. Ujung minggu kalo abah zinny balik mesti bawak zinny kuar jalan-jalan. masuk tesco, pacific.Sebab tu zinny suke kalo abah dia balik ujung minggu hehehe. Yang beznyer, zinny akan tersenyum ikhlas bila dengar nenek menyapa "assalamualaikum cucu tok", suke dia dengar ungkapan tu. Suke dengan keletah budak nakal neh akhir-akhir ney. Maklumla dah panjang akal sekarang. Anyway, adeq..m.caq windu la muke seposen adeq..hak3

Thursday, September 15, 2011

Airmata tak selamanya abadi..



Senyum. Bahagia. Tenang.
Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi.
Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu.
Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali.
Namun, tanda perhatian dan kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya.
Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian 'anggota' manusia, ketidaksempurnaan pula ada 'nama timangan' mereka.
Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering aku kisahkan cerita ini pada mereka yang dirundum kesedihan.
Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah.
Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu 'Semangat Yang Hilang' untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.
Rama-rama bagiku cukup simbolik. Ia lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang.
Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas.
Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi.
Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.
Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik.
Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya.
Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri.
Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu.
Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.
Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain.
Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut.
Rama-rama ini berhasil 'di'keluarkan dengan mudahnya.
Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini?
Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup.
Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang?
Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.
Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.
Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata–kata ini sering kita dengar di mana-mana, "setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya".
Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?
Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap yang berlaku.

Hindarilah kami dari dosa besar ini Ya Allah,bantulah diri kami untuk menguatkan iman kami,sesungguhnya...."lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"....ku harap kita sentiasa dlm redha-Nya..Ameen..