Zikrullah

Buat Insan yang Amat Ku Sayang

Saturday, August 21, 2010

sekadar mainan tidur...

Sabtu

4.13 p.m

Terasa untuk berkongsi satu pengalaman segar di ruangan ini. Hanya sekadar satu perkongsian biasa yang seringkali insan laen lalui…

Selesai menyempurnakan kelas kokurikulum sepanjang pagi tadi, destinasi di minda jelas tergambar. Keletihan dan kelesuan sangat membelenggu. Lalu ku cepatkan langkah kaki terus menerus ke target di minda. Sekembalinya di rumah, azan zohor beralun syahdu. Aku mengemas diri lebih kurang dan berhajat merehatkan diri sebentar. Sebelum terlelap, sempat ku capai novel di penjuru katil sebagai santapan sampingan. Sejam kemudian, aku melayang jauh, mengembara ke alam yang sangat asing juga kelam di kotak minda. Sebaiknya rentetan peristiwa itu tidak harus aku ceritakan namun ia benar-benar meruntuhkan semangatku. Satu-satunya perkara yang amat aku takutkan jelas tergambar dalam plot-plot yang terpasang. Sejurus setelah itu, aku bingkas bangun. Tak sanggup lagi menghayati plot seterusnya yang nyata mencemarkan minda. Aku menggigil sendirian… saat itu aku amat memerlukan seorang insan yang bisa memulihkannya kembali. Ketenanganku kala itu dipagut resah yang menggila, hinggakan aku gagal mengawal emosi sendiri. Air hangat berjuraian di pipi gagal di seka sedangkan hati dilanda satu kerisauan yang sukar untuk ditafsirkan. Aku menyepi seketika….seiras wajah yang menikam pandangan seketika tadi hadir bersilih ganti. Kegerunanku jelas terpamer dengan getaran tangan yang sukar dibendung. Satu situasi yang amat mencemaskan fizikal dan mental. Sukar untuk aku gambarkan, sejernih tampanan wajah dia berubah kejam dan tiada sekelumit peri kemanusiaan. Dia sekeras-kerasnya bertukar iblis bertopengkan manusia. Lebih menyedihkan, dia itu antara rakan yang begitu rapat denganku ketika sama-sama menuntut sekian ilmu ukhrawi namun tidak mustahil untuk perkara sedemikian terjadi kerna dunia kini bertuankan nafsu. Biarpun pengakhiran kisahnya menjadi tanda tanya namun sudah cukup bagiku untuk mengiktirafkannya sebagai satu langkah berjaga-jaga agar aku lebih bersedia dengan sebarang kemungkinan yang tiba. Sekalipun mimpi itu meruntuhkan semangatku namun terselit satu hikmah disebaliknya yang nyata mengundang senyum dibibir. Sekali lagi ditegaskan mimpi adalah mainan tidur.

hasbunaAllah wa hua ni’mal wakil…

Friday, August 20, 2010

SIFAT-SIFAT ISTERI YANG SOLEHAH = )



"Yang taat jika suami memerintahnya, yang menyenangkan jika suami memandangnya, yang menjaga kehormatan diri suami dan hartanya." (Riwayat an-Nasa'i, Ahmad dan al-Baihaqi)

Di antara sifat-sifat isteri yang solehah ialah:

1. Tidak melihat dan mencari aib wanita lain, tidak menceritakan keadaan tubuh wanita lain kepada suaminya, khuatir jika suaminya tertarik dan ini akan menimbulkan kerosakan. Al-Bukhari berkata: "Rasulullali s.a.w. melarang seorang Wanita berada dalam satu selimut dengan wanita lain, agar dia tidak menceritakan kepada suaminya."

2. Memakai hijab di hadapan lelaki yang bukan muhramnya, termasuk lelaki buta. Rasulullah s.a.w, memerintahkan para wanita berhijab di hadapan orang yang buta dengan bersabda: "Pakailah hijab di hadapannya." Mereka berkata: "Wahai Rasulullah, bukankah dia buta?" Baginda bersabda: "Apakah kedua mata kamu buta. Bukankah kamu melihatnya?" (Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi dan Ahmad. Menurut at-Tirmizi, hadis ini Hasan)

3. Berhias, bersolek dan memakai minyak wangi di dalam rumah untuk suaminya. Ini dilakukan agar suaminya gembira dan mencegahnya melakukan perkara yang haram. Isteri yang solehah tidak boleh keluar rumah dalam keadaan bersolek dan membuat sesuatu yang menarik perhatian lelaki lain. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Allah melaknat lelaki yang seperti wanita (waria) dan wanita seperti lelaki. Usirlah mereka dari rumah kamu." (Riwayat al-Bukhari, at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Abu Daud).

4. Isteri yang solehah tidak menolak ajakan suaminya di tempat tidur. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Jika wanita menjauhi keinginan suaminya di malam hari, maka para malaikat melaknatnya sehingga dia kembali." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

5. Dalam keadaan ini, dia bersekutu dengan syaitan. Sedangkan wanita solehah ialah yang bersama dengan suaminya untuk menghadapi syaitan. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Jika seorang lelaki mengajak isterinya berjimak, maka hendaklah dia memenuinya, sekalipun dia sedang berada berhampiran tungku api." (Riwayat at-Tirmizi dan Ahmad)

6. Wanita solehah ialah yang tidak mengutuk dan mengingkari nikmat yang diterima daripada suaminya, berdasarkan sabda baginda: "Bersedekahlah kamu, kerana kebanyakan di antara kamu akan menjadi kayu bakar Jahanam." Ada seorang wanita yang bertanya: "Wahai Rasulullah, mengapa sedemikian?" "Kerana kamu suka mengutuk dan mengingkari suami." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

7. Wanita solehah ialah yang tidak membocorkan rahsia suaminya. Isteri ialah wadah suami dan orang yang paling rapat dengannya. Membocorkan rahsia seseorang merupakan sifat tercela, lebih-lebih lagi seorang isteri yang membocorkan rahsia suaminya. Perbuatan ini merupakan dosa besar dan merbahaya. Kerana itu tatkala ada seorang isteri Nabi s.a.w. yang membocorkan rahsianya, baginda bersabda: "Sesungguhnya orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat ialah lelaki yang mencampuri isterinya dan wanita yang mencampuri suaminya, kemudian salah seorang di antara keduanya membocorkan rahsia yang lainnya." (Riwayat Muslim).

8. Wanita solehah ialah yang tidak berkhalwat dengan lelaki yang bukan mahramnya, sebagaimana ia juga dilarang kepada suami yang soleh. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Ingatlah, janganlah seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita, kerana yang ketiga ialah syaitan." (Riwayat at-Tirmizi, Ahmad, al-Hakim dan Ibnu Hibban)

9. Wanita solehah ialah yang mengetahui bahawa suaminya merupakan seorang pemimpin, berhak menyuruh dan melarang dalam rumahnya. Sabda baginda yang bermaksud: "Tidak dibenarkan manusia bersujud kepada manusia lain. Andaikan manusia dibenarkan sujud kepada yang lain, maka akan aku perintahkan wanita bersujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami ke atas dirinya." (Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan al-Haithami)

Wednesday, August 11, 2010

kelebihan solat tarawih






1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar


hasbunaAllah
wa hua ni'mal wakil...

p/s: jgn missed solat terawih taw...

Sunday, August 1, 2010

Jom solat...(",)


Bengkel Solat.
1 OGOS 2010.
8.30 am-1.30 pm.
Auditorium Perdana.
UPSI.

Sesi pertama berlangsung seawal jam 8.30 pagi namun..oleh kerana terdapat beberapa komitmen laen sempat jugak masok untuk sesi kedua jam 11 pagi. Topik yang dibincangkan tika itu menjangkau permasalahan sutrah...ikuti nota-nota kontot sy yang sempat di catat sepanjang program berjalan.
SUTRAH- penghadang
Penghadang yang berfungsi menandakan ruangan yang dikhaskan untuk kita menunaikan solat. Sutrah wajib diletakkan bagi memudahkan orang awam arif mengenai ruang lingkup solat kita. Namun, Muthalin bin Abi Wida’ah berpendapat tidak wajib kerana baginda penah menunaikan solat di hadapan Ka’abah tanpa sutrah dengan bertentangan orang yang sedang melakukan tawaf ketika itu. Tetapi menurut pendapat yang rajih adalah wajib bagi kita menandakan ruang lingkup ketika menunaikan solat.Bagi individu yang berhajat untuk melintas ketika seseorang masih dalam solat hendaklah melepasi sutrah berkenaan. Jarak yang sinonim untuk menandakan sutrah adalah kira-kira 3 hasta dan boleh ditandai dengan apa jua objek misalnya botol mineral, jam tangan, pen, tali leher dan sewaktu dengannya. Kalo rase xsayang handphone try la letak...takot2 bangun je sujud handphone dah masok poket orang sebelah...
Alahai penat pulak mata nak bace kalo taip maceni...hurrrmm camni la plak!
Antara perkara-perkara sunat yang disunatkan di dalam solat anda...
 Memindahkan tempat sujud.
Seperti, sebelum atau selepas solat fardhu, ada diantara kita yang melakukan solat sunat rawatib di atas saf yang berlainan.Ini bertujuan untuk memperbanyakan tempat sujud kita.

 Menjarakkan 2 kaki (posisi ketika qiam) dengan kadar bilangan
4 jari ditengah-tengahnya mengikut imam Hanafi
Sejengkal menurut iman Syafi’e
Kaki yang berbentuk ‘V’ ketika qiam adalah tidak digalakkan .

 Memakai pakaian yang kosong.
Adalah sangat digalakkan untuk mengenakan pakaian yang tidak terlalu mencuri perhatian orang awam kerana ia akan menjejaskan kekhusyukan orang laen. Sepertimana berlaku di zaman Rasulullah ketika mana baginda ingin menunaikan solat tetapi solat baginda sedikit terjejas disebabkan corak yang terdapat pada pakaian saidatina Aisyah yang berada di hadapan Rasulullah. Jangan pulak tak pakai baju, takot orang lebih khusyuk kira fanau nanti...hak3

 Solat dalam keadaan yang terang.
Makruh sekiranya kita bersolat dalam keadaan gelap atau menutup mata. Ini kerana, makmum tidak dapat membaca pergerakan imam ketika berkeadaan demikian. Dibimbangi terdapat najis pada tempat solat yang tidak disedari oleh individu tersebut dan menyukarkan kita mengimbangi tubuh contohnya ketika melakukan solat yang lama (solat sunat tasbih)

Namun begitu, ada pendapat yang membolehkannya kerana hal ini dapat menghadirkan khusyu’. Terpulang kepada keselesaan individu.

 Melihat tempat sujud

 Sunat meng-amin-kan beserta imam.
Dosa-dosa lalu akan diampunkan jika makmum mengaminkan beserta imam dan bertepatan pula dengan dengan amin para malaikat. Faham tak? Gune ayat paria cket..hak3

 Melihat isyarat jari ketika tasyahud
Sunnah baginda sekiranya kita melihat pada isyarat jari yang dinaikkan ketika tasyahud serta membengkokkan sedikit struktur jari telunjuk itu tanda tawadhu’.

 Memanjangkan lafzul jalalah (الله) ketika takbiratul ihram.
Lafaz ini boleh dipanjangkan sehingga 20 harakat.

 Berhenti sekejap setelah selesai Al-fatihah.

Antara input laennya...

Harus sekiranya imam yang melihat mashaf(Al-quran) ketika mengimamkan solat. Misalnya ketika solat tarawih, kebiasaannya imam akan menggunakan mashaf untuk mengalunkan surah yang panjang tetapi syaratnya mestilah tidak melebihi 3 pergerakan yang berturut-turut. Jika 3 pergerakan kemudian diselangi dengan berhenti seketika ia tidak dikira pergerakan yang membatalkan solat. Gitulah cite nya.....

Mengenai persoalan niat, ulama’ bersepakat memutuskan bahawa lafaz niat tidak diwajibkan bahkan sah solatnya sekiranya individu tersebut hanya berniat didalam hatinya sahaja. Lafaz yang disertakan lintasan hati(niat) semestinya sah tetapi lafaz yang tidak disertakan dengan niat akan menjejaskan rukun sebenar solat.

أقول قولي هذا...
Dah penat menaip..cukup sekadar ini...laenkali kita konsi lagi..
Deal rite??
Hindarilah kami dari dosa besar ini Ya Allah,bantulah diri kami untuk menguatkan iman kami,sesungguhnya...."lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"....ku harap kita sentiasa dlm redha-Nya..Ameen..