Zikrullah

Buat Insan yang Amat Ku Sayang

Sunday, June 23, 2013

Kisah Sahabat untuk Sahabat.


Kisah Sahabat untuk Sahabat.
Pintu dikuak perlahan, Ana melangkah masuk menuju ke meja studi mendapatkan gumpalan kunci. Terlihat sebatang tubuh yang masih di pembaringan dengan mata yang baru terjaga. Ana menyapa lembut “Asiah,  dah bangun..? saya nak ke blok sebelah ni”. Aku sekadar menyahut dengan sepatah jawapan. Mata terasa ingin tertutup kembali. Beberapa minit kemudian, aku bingkas bangun tatkala teringatkan Dja. Langkah dilebarkan kesegenap ruang rumah. Tiada siapa yang wujud selain aku dan Miza bersebelahan bilik. Melihatkan Miza yang khusyuk melayan game, aku bertanyakan tentang isi rumah yang lain. “mane yang lain?” soalku. Miza berpaling bertentang mata dan menjawab, “diorang ade kat rumah kak Yah asenya”. Timbul persoalan baru di benakku, “abes Dja pegi masjid dengan sape?”. “Ntahlaa”. Miza gagal pastikan jawapan soalan terakhirku. Aku berlalu semula ke bilikku dengan menanam yakin bahawa Dja bersama Ekien di masjid. Terdetik rasa bersalah padanya tatkala Dja mengajak menemaninya ke masjid bagi menyambut malam nisfu Sya’aban bersama para Jemaah. “Asiah, bangunlah teman Dja. Kita pegi masjid malam ni.. ade qasidah, ceramah…jomla”. Aku memisat mata yang memberat. Lensaku terfokus pada wajahnya yang tampak mengharap. “alaa, Dja pegi ngan diorang jela eh, Asiah ngantok ni”. Beberapa ketika kemudian suasana sunyi dan kembali menyepi. Rupa-rupanya aku kembali ke alam mimpi semula.
Aku terjaga tatkala telefon berdering nyaring. Terpamer nama pemanggil di skrin namun tak terdaya menyambung bicara kerana masih dalam sedar tak sedar. Akhirnya deringan terhenti dan mataku kian segar disergah suasana rumah yang sangat menyepi. Menyedari bahawa aku tertidur sewaktu menonton drama korea sejak lewat asar tadi, masa yang di ambil agak lama untuk memproses maklumat sedia ada yang terawang-awang di ruang fikiran. Komputer riba ditukarkan mode sekadar menjimatkan tenaga elektrik lalu aku masih di tempat yang sama sehinggalah pintu dikuak Ana.
Setelah mendapat mesej ringkas Fareha: bangun siap, jap lg kita pegi bergambar. Beberapa minit kemudian dengan menaiki kereta Ekien kami berkumpul di depan pintu gerbang untuk berfotografi bersama tanda kenang-kenangan. Tidak lama kemudian, telefonku menjerit nyaring. Terpapar nama Dja sebagai pemanggil. “hello, yer Dja.. dah selesai ker? Tunggu skjp asiah datang amek”. Moto dipandu laju, tergesa-gesa untuk mendapatkan Dja. Terasa janggal bila satu dari kami tercicir untuk memenuhi ruang kamera malam ini. Jujur, keterujaanku berkurang setelah mendapati Dja tiada dalam kalangan kami. Fareha menjelaskan pada awalnya, Dja masih berada di masjid melanjutkan tadarus bersama Jemaah lain. Namun tetap juga hati ini terasa ada sesuatu yang tertinggal. Mungkin hati dan mungkin jua rasa yang memberi petanda buruk akan berlaku.
Brek di tekan perlahan setelah aku menghampiri seorang gadis berkaca mata yang kelihatan monyok dan tidak beriak apa pun. “Dja ok x ni?”. Jawapan disahut, “Dja ok jer…mane kunci Dja nak naik rehat, korang pergilah bergambar”. “ jom cepat, kawan-kawan dah tunggu Dja kat sane”, jawabku. Dalam terpaksa Dja yang masih bertelekung membonceng di belakang tanpa banyak dalih. Perlahan-lahan moto ditukar gear dan bergerak membelah malam. Seiring pergerakan roda, Dja mula bersuara, "Dja tak kisah pun korang nak buat ape tapi kenapa ade jer alasan bila Dja ajak korang pegi masjid untuk ubat rohani kita, Dja faham korang nak manfaatkan saat-saat terakhir  same-same tapi korang kena ingat kita kat sini bukan untuk belajar saje tapi kita kena cukupkan dengan pengisian rohani juga. Bila Dja ajak pegi pengajian ke, dengar ceramah ke, masing-masing tak nak dan beralasan. Dja sedar siapa lah Dja nak tegur-tegur korang. Masing-masing dah besar dan tahu fikir sendiri. dja tak kisah pun korang nak bergambar ke? Nak tengok drama ke movie ke tapi perlu ker paksa-paksa Dja balik bergambar sedangkan Dja tengah bertadarus di masjid tu? Ajakan Dja untuk bagi manfaat pada kita korang tak pernah peduli tapi Dja dipaksa untuk memenuhi permintaan korang sedangkan permintaan Dja ditolak tepi. Dja tak kisah pun sume tu tapi tolonglah jangan manfaatkan detik-detik terakhir ni hanya dengan bergambar saje”. Aku terkelu malah terkaku tatkala terdengar suaranya kian sebak dan hampir menangis. Perasaan menjadi kalut seketika. Tersandar kami di bahu jalan, terasa ingin mendengar segenap luahan Dja yang membuku sejak tadi. Kata-katanya “ Dja tak kisah pun kalo..” sangat di ulang-ulang namun ternyata luahan pedih Dja membuktikan hatinya sakit. Dalam diam hatinya terluka…..
Buat seketika mindaku tercari-cari ayat penenang buatnya. Aku sebolehnya mahu Dja faham kedua-dua situasi yang dialami kini.keterujaan bergambar dan sikap tidak endah ajakannya. Tapi dalam waktu yang sama, aku tidak dapat menepis kelemahan yang aku tunjukkan buatnya. Aku akui, ajakannya pernah ditolak bersebab tetapi bukan bermaksud aku menafikannya Cuma waktu dan keadaan tidak mengizinkan pada ketika itu. Aku ingin Dja mengerti yang aku bukanlah sengaja membiarkan dia terasing tetapi aku miliki musabab sendiri untuk menolak.
Sayu hatiku pabila terdengar luluh suaranya melempar duka namun aku hanya mampu menenangkannya buat seketika. Harapnya Dja tidak simpan di dalam hati. Sebelum meneruskan perjalanan, Dja berpesan agar cerita tersebut tidak dipanjang-panjangkan, cukup hanya di pertengahan jalan tadi. Lalu aku tinggalkan kisah itu berlalu biarpun aku tahu hatinya masih berbekas luka.

Islah Heart <3 arraudhah="" br="" islamy="">
~cinta sahabat untuk sahabat~

0 comments:

Post a Comment

Hindarilah kami dari dosa besar ini Ya Allah,bantulah diri kami untuk menguatkan iman kami,sesungguhnya...."lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"....ku harap kita sentiasa dlm redha-Nya..Ameen..