Assalamualaikum w.b.t,
Lewat petang tadi, aku mendapat panggilan dari abang
keduaku. Sememangnya dialah yang sering bertanya khabar, berkongsi cerita
bersama. Seperti biasa, dia memulakan perbualan semesra selalu bertukar khabar
dan seterusnya melewati bicara-bicara rutin hariannya. Aku tersentuh tatkala
keperihalan berfokus tentang ibuku. Walaupun aku telah sedia maklum akan
keadaan ibu yang tidak begitu mengizinkannya sihat, aku sangat terkesan pabila
abang memulakan ceritanya hinggalah perbualan ditamatkan sesudah azan maghrib
lewat senja td. Selesai menyempurnakan wudhu’, aku meluahkankan aduku padaNya.
Menuntun diri yang resah dan gelisah menuju ketenangan yang ku kutip dengan
anugerahNya. Allah… aku perlukan pertolonganMu. Allah …terasa terlalu lemah dan
tak berdaya dibuatnya. Allah ….hamba ini menghadapi resah yang amat dalam ya tuhan. Tanganku
angkat, doaku memberat, aduku semakin sarat.
Ya Allah, aku tahu sakit itu kaffarah namun Kau ringankanlah
sakit ibuku, Kau hilangkanlah bebannya, Kau permudahkanlah urusannya. Aku tahu
sakit itu kaffarah namun janganlah Engkau bebankan ibuku lebih dari apa yang
tidak termampu olehnya. Kerna ku tahu dia hanya insan biasa tubuhnya semakin tua lemah lagi tak berdaya. Jika sakit
itu perlu untuk menghapuskan dosa –dosa yang lalu maka Kau sucikanlah dirinya
dari sebuah noda yang menghitam itu. Jika sakit itu perlu untuk tarbiyah
baginya maka Kau sempurnakanlah IMANnya.
Sesekali terimbas peristiwa semalaman di hospital Taiping. Di
saat itulah bertapa tulusnya kasih ibu menjaga menemani serta memperuntukkan
sepenuh perhatian hanya untukku. Sewaktu
aku lemah menanggung peritnya erti sakit, setianya seorang ibu mendengar setiap
keluhan yang keluar dari mulut anaknya. Tapi hari ini, tubuhnya yang sakit
tiada siapa yang dapat mendengar keluhannya. Jauh di sudut hatinya aku tahu dia
tak ingin menyulitkan sesiapa pun namun hati ini terhiris jua atas kepentingan
diri yang lebih di utamakan berbanding ibu. Ampunkan aku duhai ibu.
0 comments:
Post a Comment