Zikrullah

Buat Insan yang Amat Ku Sayang

Monday, April 18, 2016

POSISI TIDUR BAGI IBU HAMIL

1. Tempat tidur yang selesa
Sebelum anda mencuba tips yang lain, pastikan tempat tidur anda berada di dalam keadaan yang bersih dan kemas. Tak mungkin kita nak tidur di katil yang bersepah dengan longgakan baju, bukan? Alihkan segala barang elektronik seperti telefon bimbit, televisyen atau jam jauh dari anda. Selain itu, anda juga boleh menyalakan minyak aroma terapi yang menenangkan fikiran. Antara minyak aroma yang sesuai adalah haruman lavendar

2. Mandi atau berendam di dalam air panas sebelum tidur
Seperti yang kita sedia maklum, sewaktu hamil kebanyakan ibu akan mengalami ‘kepanasan’ badan yang luar biasa. Kadang-kadang di dalam bilik yang berhawa dingin pun boleh berpeluh. ini akan menyebabkan ketidakselesaan untuk tidur. Apakata cuba tips ini.Berendam di dalam air panas atau jika tiada tab mandi, boleh juga mandi di bawah pancuran air panas. Mandi air panas dapat membuka liang roma sekaligus mengurangkan sengal dan sakit di bahagian kaki dan badan. Ianya pasti memudahkan anda tidur dengan nyenyak kelak.

3. Tidur dengan posisi mengiring
Posisi mengiring adalah posisi terbaik untuk para ibu hamil lebih-lebih lagi kepada mereka yang mempunyai terlalu banyak air ketuban atau hamil anak kembar. Ibu hamil digalakkan untuk tidur mengiring ke kiri kerana darah akan mengalir ke fetus, uterus dan ginjal anda. Elakkan posisi tidur terlentang kerana ini akan menyebabkan tekanan kepada usus dan vena besar (vena cavar inferior) dan mengganggu peraliran darah kembali ke jantung anda. Sekiranya anda terjaga pada tengah malam dan mendapati anda sedang tidur di dalam posisi terlentang, usah bimbang. Ia tidak membahayakan bayi anda. Anda cuma perlu alih ke posisi mengiring mengikut keselesaan anda.

4. Lebihkan bantal untuk sokongan
Mencari posisi yang sesuai semasa tidur memang menyukarkan bagi para ibu. Namun adakah anda tahu bantal yang baik dapat
meningkatkan kualiti tidur anda? Cuba letakkan bantal di bawah perut ketika baring mengiring dan kepitkan bantal di celah peha
untuk menyokong tulang belakang anda. Selain itu, meletakkan bantal di bahagian belakang juga dapat memberi keselesaan kepada para ibu. Jika anda mahu lebih selesa, anda mungkin boleh cuba tidur dengan bantal kehamilan yang direka khas untuk ibu hamil.

5. Berurut sebelum tidur
Setelah seharian bekerja, ketika inilah waktu yang sesuai untuk bermanja dengan pasangan anda. Minta pasangan anda untuk
mengurut bahagian badan yang sakit seperti bahu, kaki dan tulang belakang. Lakukan urutan ini sekurang-kurangnya 10-15 minit sebelum tidur agar peraliran darah dapat mengalir dengan baik ke seluruh tubuh. Ingat, urutan kasih sayang ini bukan sahaja dapat melegakan pasangan anda malah dapat mempengaruhi emosi wanita hamil.

Tips Persediaan awal sebelum kelahiran bayi anda.

                            

                           Sediakan diri dan keluarga. Anda mungkin perlu banyak membaca berkaitan penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal bersama suami. 

                          Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh membantu jika anda perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berhampiran. 

                        Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda mendapatkan rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.

Tips untuk penyusuan
Semasa Kelahiran

- Sentuhan kulit.
Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika anda melahirkan anak di hospital, jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan sentuhan. Anda perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama. 

- Permulaan awal 
Ketika anda berada bersama - sama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap.

Pada masa ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.



Friday, April 1, 2016

KEM BINA AD DIN 16




















Friday, March 4, 2016

~resepsi part 2~











~RESEPSI PART1~





























Hindarilah kami dari dosa besar ini Ya Allah,bantulah diri kami untuk menguatkan iman kami,sesungguhnya...."lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"....ku harap kita sentiasa dlm redha-Nya..Ameen..