Zikrullah

Buat Insan yang Amat Ku Sayang

Sunday, March 31, 2013

Kebahagiaan dalam Pencarian


"Suhana, kau pernah minat pada seorang lelaki tak?" tanya kawan saya ketika kami sedang duduk berehat.
"Pernah lah," jawab saya. Agak segan kerana soalan sensitif yang dilontar oleh kawan.
"Kalau kau suka, kau akan buat apa?"
"Aku akan berdoa dalam hati, Allah, aku suka akan dia, jika dia adalah jodohku, maka dekatkanlah dia untukku, jika bukan maka berikanlah yang lebih baik dari itu," jawab saya.
"Oh..." terdiam seketika kawan saya itu.
Benar, setiap orang pasti pernah jatuh cinta. Namun bagi yang menjaga iman dan diri, pasti dipendamkan dahulu, cuba berusaha dengan cara yang betul untuk meraih cinta tersebut. Berusaha untuk tidak mencemari diri dari melakukan perkara-perkara yang mampu mencalarkan maruah diri dan sebagainya.
Jangan jadi manusia terhegeh-hegeh dan terlalu menguja.
Wanita fitrahnya adalah seperti daun semalu, yang berduri dan bila disentuh tertutup malu. Seperti bunga mawar yang indah namun penuh berduri tajam. Jangan dihilangkan fitrah itu, kerana cinta anda sanggup mengejar sesuatu yang pasti bukan kepunyaan anda.
Seringkali kerisauan mengenai jodoh menjadi pendorong kepada berlakunya ikatan kemanusiaan jantina yang berbeza yang tiada nilai di sisi agama - bercouple tanpa sah!
Atas alasan takut diri tidak laku, maka jika sesiapa lelaki yang menghulur cinta maka terus diterima tanpa berfikir dengan akal yang waras. Maka ketetapan Allah mengenai jodoh tidak dipeduli kerana kerisauan yang sering menghantui diri.
Sudah dibilang pelihara diri anda, maka peliharalah kerana itu bukan sesuatu yang merugikan. Namun, jika diri sudah terperangkap dengan mainan emosi kerisauan ini, segeralah bermuhasabah.
Ya, benar.. saya akui, jodoh tidak akan bergolek, ia perlu dicari. Namun, pencarian anda itu bagaimana caranya? Adakah mengikut syariat atau tidak? Adakah anda yakin pacar anda sekarang pasti meminang anda atau tidak?
Dan akhirnya pasti kalian menjawab, "terserah pada Allah, moga inilah jodohku.."
Nah, akhirnya anda sendiri akur untuk berserah juga akhirnya, tetapi berserah setelah mengikut pencarian yang salah, anda sendiri mampu menafsir apa yang berlaku seterusnya.
Saya tidak menafikan juga bahawa kebahagiaan itu tidak mampu dinilai. Tapi sedarlah wahai sekalian sahabatku, kita sering bermimpi indah selepas perkahwinan, punya anak-anak yang soleh dan sebagainya, tapi hakikatnya kita masih kabur dalam menilai erti perkahwinan itu sendiri.
Seharusnya perkahwinan ini mampu menghasilkan generasi Islam yang lebih mantap, bukan pewaris kepada dosa-dosa yang kalian sudah lakukan sebelumnya.
Tuntasnya, saya mahu mengingat kepada diri serta sahabat sekalian bahawa carilah jodoh anda dengan cara yang paling diredhai oleh Allah.
Berpacaran bukanlah jalan terbaik untuk mengatasi masalah kerisauan anda tentang jodoh. Jika indah akhlak kalian, menjaga peribadi anda, jodoh itu sendiri datang kepada kalian tanpa disedari.
Mahu pasangan yang soleh dan solehah? Andalah yang perlu menjadi soleh atau solehah dulu...
Mintalah kepada-Nya, kerana hanya Dia  yang Maha Mengetahui jodoh terbaik untuk kalian.
Apa yang perlu kalian lakukan sekarang bukanlah menjalin hubungan mesra dengan pacaran tetapi jalinlah hubungan mesra dengan Yang Maha Memiliki!
Jangan sekadar mohon jodoh, namun mohonlah juga keturunan yang baik kerana itu bisa menjadi penyejuk mata dan hatimu.
Ikutlah jalan Islam, pasti bahagia selamanya... insyaAllah! <3 p="">


Hanya Kau dan Aku...


"Lalu ada siapa?"

Mamat tahu langit yang akan ditatapnya esok, tetap akan sama dengan langit yang ditatapnya sekarang. Kalau berbeza sekalipun, mungkin larik-larik awan. Entah mengapa angin hari ini kuat. Mungkin angin kuat itu juga yang menjadi berus langit, mewarnanya dengan awan. Ah, itu logik Mamat. Logik orang kampung.
"Kalau hanya aku? Mengapa?"

Murni tidak pernah berasa seperti ini. Tangannya sesekali berasa sejuk, seperti kurang darah. Digosok-gosok tapak tangannya, semoga darah kembali ke situ. Tidak tahu Murni atas sebab apa dia buat begitu, cuma biasanya di filem-filem barat yang ada salji memang itulah cara mereka, mengosok-gosok tapak tangan. Tetapi Murni tetap berasa tangannya sejuk.

"Kalau hanya ada kau, itu hal besar. Kau tahu, aku perempuan dan kau lelaki. Memanglah ilmu agama aku tidak tinggi, tapi aku tahu tinggi mana nafsu orang seperti kita, yang kurang ibadahnya."

Mamat cuba tersenyum, tetapi tertahan entah di mana. Sekejap terasa tertahan di dada, sekejap terasa tertahan di kerongkong. Susahnya juga mahu senyum pada sesuatu yang bernama kebenaran. Mungkin sahaja kerana kebenaran itu tidak memihak kepada dia.
"Kalau begitu, kita pulang sahaja."

Murni berpaling memandang jalan raya tar yang belum diberi garis. Rumput-rumput di tepi jalan sudah meninggi. Tidak ada yang mahu memotongnya kerana upah yang ketua kampung beri, adalah upah tahun 70-an. Rendah dan menghina. Fikiran Murni larut pada rumput-rumput yang meninggi itu, dia tersenyum.

"Itulah yang seeloknya."

Mamat ke barat dengan langkah yang seperti punya mata, memandang ke langit, melihat awan yang dia tahu ada namanya, tetapi dia tidak peduli. Kerja memberi nama kepada alam ini adalah kerja orang putih. Itulah fikirnya. Namun sesekali dia tetap yakin, langit itu akan tetap sama, hari ini, esok, lusa dan sehingga dia mati. Langkahnya pun menjauh.

"Saya balik dulu."

Murni ke timur. Ke arah rumput yang meninggi. Tangannya sudah mula terasa darahnya, panas. Aneh rasanya. Kuasa apa yang membuat tangannya sejuk tadi? Biarlah kuasa apapun. Yang penting, dia tahu dia semakin jauh, dan fikirannya terus kepada soalan, mengapa jalan tar itu belum diberi garis?
----
Ingat hadis Nabi s.a.w. :
"Maka jangan sekali-kali seorang lelaki bersendirian dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya kerana yang ketiga ialah syaitan." (Riwayat Al-Imam At-Tirmidzi)

Monday, March 18, 2013

my new sis..

Assalamualaikum warahmatullah..








Tahniah saya ucapkan kepada abang Saiful Iman yang telah selamat mendirikan rumahtangga bersama pilihan hatinya kak Zaleha. Barakallahu Fik...Untuk akak, selamat datang ke dalam keluarga kami. Seronok saya dapat kakak ipar baru. Makin bertambah keluarga yang sedia ramai ni. Alhamdulillah syukur. Sebenarnya walimahnya dah sebulan lebih berlangsung tapi saya tek sempat nak post sebab memang terlalu sibuk lepas tu. Penat nak menguruskan majlis tu tak payah citer la kan. but overall i am enjoy it! ade kisah sebenarnya di sebalik persiapan malam kenduri...hehe. nape saya ketawa? ish xpatot betol la...hehe. eh terketawa lagik...hehe siyes lawak. sehari sebelum majlis sebelah pihak perempuan abang saya admitted kes cirit-birit yang agak serius. pepagi tu saya tengok dy steady lagi tapi dah layu matanya kesan 4kali ulang ke tandas. then saya ingat dy dah ok pas tengahari tu sebab abg bilal dah belikan pil chi kit teck aun untuk dy. memang dy dah tak larat sangat. sadis jugakla tengok dy tertidur dalam keadaan duduk kat sebelah saya. yang tak tahan nye dah lencun lapik kusyen tu dengan air liur abg saya...eeeeuuuwww! hilang terus ilham saya nak siapkan hantaran dy. tapi apa nak buat redha jela. nak kejutkan kesian pulak. petangnya saya keluar ke pekan dengan makcik beli barang keperluan hiasan bilik pengantin. Sayalah mastermind nyer..tiapkali nak kenduri jer saye laa decorater nya. takpe nanti turn saya, diorang pulak kena buat. ekeke berangan sekejap. dah siap shopping, balik umah.sampai kat umah abg bilal bagitau abg pon kkena tahan wad tambah air. first saya terkejut then saya nak ketawa...hahahahaha. ok enjoy da capture. sy nk smbg ktawa. bye!

Thursday, March 14, 2013

Assalamuaikum...



hai greeny...
dah banyak hari nak buat new post tapi asik tertangguh dengan kerja laen. maaflah yer. post kali ni saya nak perihalkan sambutan hari lahir kawan baik saya, Nur Farihah namanya. tarikh lahir dia 8 mac tapi oleh kerana saya terpaksa balik jenguk mak saya kat kampung terpaksa kami tangguhkan plan untuk surprise kan dia. sebenarnya banyak yang nak saya ceritakan kat awak-awak sume tapi tak terluah plk kat blog kesayangan saya ney. untuk kali ni, ini aje yang terlintas. tapi tak mengapa, kita punya banyak masa lagi. rite? okay, firstly...kitorang plan nak celebrate farihah punya birthday kat KFC, plan B pulak nak buat kat tasek proton...last-last beli set bucket makan kat rumah jer...ekekekeke.biasela last minute planning camtula.tapi takpe kitorang still enjoy da celebration as well. saya tak pandai nak karang panjang-panjang simpan ayat untuk buat thesis hehehe...

Tuesday, March 5, 2013

-Sesungguhnya sakit itu kaffarah.-



Assalamualaikum w.b.t,
Lewat petang tadi, aku mendapat panggilan dari abang keduaku. Sememangnya dialah yang sering bertanya khabar, berkongsi cerita bersama. Seperti biasa, dia memulakan perbualan semesra selalu bertukar khabar dan seterusnya melewati bicara-bicara rutin hariannya. Aku tersentuh tatkala keperihalan berfokus tentang ibuku. Walaupun aku telah sedia maklum akan keadaan ibu yang tidak begitu mengizinkannya sihat, aku sangat terkesan pabila abang memulakan ceritanya hinggalah perbualan ditamatkan sesudah azan maghrib lewat senja td. Selesai menyempurnakan wudhu’, aku meluahkankan aduku padaNya. Menuntun diri yang resah dan gelisah menuju ketenangan yang ku kutip dengan anugerahNya. Allah… aku perlukan pertolonganMu. Allah …terasa terlalu lemah dan tak berdaya dibuatnya. Allah ….hamba ini menghadapi  resah yang amat dalam ya tuhan. Tanganku angkat, doaku memberat, aduku semakin sarat.

Ya Allah, aku tahu sakit itu kaffarah namun Kau ringankanlah sakit ibuku, Kau hilangkanlah bebannya, Kau permudahkanlah urusannya. Aku tahu sakit itu kaffarah namun janganlah Engkau bebankan ibuku lebih dari apa yang tidak termampu olehnya. Kerna ku tahu dia hanya insan biasa tubuhnya  semakin tua lemah lagi tak berdaya. Jika sakit itu perlu untuk menghapuskan dosa –dosa yang lalu maka Kau sucikanlah dirinya dari sebuah noda yang menghitam itu. Jika sakit itu perlu untuk tarbiyah baginya maka Kau sempurnakanlah IMANnya.
Sesekali terimbas peristiwa semalaman di hospital Taiping. Di saat itulah bertapa tulusnya kasih ibu menjaga menemani serta memperuntukkan sepenuh perhatian hanya untukku.  Sewaktu aku lemah menanggung peritnya erti sakit, setianya seorang ibu mendengar setiap keluhan yang keluar dari mulut anaknya. Tapi hari ini, tubuhnya yang sakit tiada siapa yang dapat mendengar keluhannya. Jauh di sudut hatinya aku tahu dia tak ingin menyulitkan sesiapa pun namun hati ini terhiris jua atas kepentingan diri yang lebih di utamakan berbanding ibu. Ampunkan aku duhai ibu.



Friday, March 1, 2013

one big family...

selamat datang sayang... moga mjadi seorang pejuang yang berani duhai Ibnul Qayyim.

Thursday, February 28, 2013

sapday to you...




Pabila terkenangkan sambutan hari lahir hati selalu dilanda sayu tetiba. namun dalam kesayuan itu tetap ade manisnya. dulu mase kechik-kechik selalu jer dapat adiah dari abang yaser. dia selalu ingat sebab tarikh lahir kitorang sama!note yang kat atas tu dialah yang tulis. kalo tak salah saya, mase tu umo saya baru form 3 kot..huhu.
haaa...cantik x kek saya?
special handmade neh....hehe
yang muffin tu tggal seketol jer, lagi 3 entah kemane.
starting nyer gini....di suatu pagi yang hening, saya bangun nak solat subuh. tetibe ade something atas sejadah yang terlipat tas katil. lame jugak saya teliti ntah ape mendenyer. punye lah kreatif hasil kraftangan adik saya neh. ade kombinasi straw ngan hanger plak tuh. tersengih-sengih saya bila dah dapat gambaran jelas objek tersebut. its look very nice noting HAPPY BIRTHDAY...sweet kan.hehe. lalu saya pun berbesar hati nak buat kek untuk meraikan ulangtahun yang ke 15 saya ney.(bukan umo sebenar...hehe) dan akhirnya berjaya jugak saya hidangkan untuk jamuan hari lahir yang xseberapa. seronok sangat dapat jamu mak abah n famly dengan air tangan sendiri. walaupun xsesedap kek buatan kedai tapi rasa bahagia mengatasi ketidaklazatan kek tersebut..haha. asalnyer kek pandan tu..tapi oleh kerana kek tersebut agak overcooked cket so saya cover dengan limpahan coklat cair yang melimpah-ruah supaya xla burok sangat kek saya. but overall stil nice rite? nak try? rase lah...hahaha

nak ikot....







pada suatu petang, mak ajak saya temankan dia pegi ke umah bakal besan kitorang. ada pulak yang sibok nak ikot..aduhai..nampak jer saya siap dengan tudung lagi kelam kabut dia cari tudung nak pakai...ish betuah betol budak kecik neh. lalu berlakulah aksi2 berikut...hehe zinniey...zinniey.

Wednesday, March 7, 2012

Kisah Sebuah Persahabatan..

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Muhammad ibnu Jaafar berkata, Ali ibnu Daud ar-Riqqi mensenandungkan bait-bait syair di hadapan kami.
Setiap orang yang berkawan denganmu bukan kerana Allah,
Maka jangan kau teruskan jalinan persahabatanmu dengannya,
Sebaik-baik kawan, ialah yang berteman denganmu kerana Allah,
Ia akan tulus mewajahkan persahabtan dan jernih menyikapimu.
Al-Auzaiy berkata, Bilal ibnu Saad berkata,
Kawan sejati bagimu ialah orang yang setiap kali bersua denganmu, selalu menasihati dirimu kerana Allah s.w.t, serta mengingatkan nasib dirimu di hadapan Allah s..a.wt. Kawan seperti itu, jauh lebih baik bagimu daripada kawan yang setiap kali bertemu denganmu, dia meletakkan dinar di telapak tanganmu.
[Bilal ibnu Saad ad Damasqiy, adalah salah seorang bijak bestari yang sangat sejuk nasihat-nasihatnya. Ceramahnya meneduhkan hati siapa saja yang mendengarnya. DIa sangat mahir menyuguhkan kisah-kisah hikmah. DIa meninggal pada era Khalifah Hisyam. Kisahnya banyak ditulis para alim, antara lain Imam Nasai dalam at-Taqrib (1/110)]
"Tiada ukhwah di dalam internet. Semua itu hanyalah perbualan kosong sahaja!"
"Tidak, adik akan buktikan yang kata-kata itu tidak benar" Dan dia berusaha untuk datang bertemu, dan sesungguhnya, itulah yang saya inginkan dia faham maksud ukhwah yang saya katakan, iaitu pertemuan dan perpisahan kerana Allah.
"Akak, adik dah pun tunaikan janji adik"
Pertemuan dan perpisahan kerana Allah dijanjikan olehNYA dengan ganjaran syurga. Maha Suci Allah. Ketika zaman sedang diulit dengan kelekaan dunia internet, masih ada lagi yang berusaha, berusaha dan mengusahakan sebuah pertemuan. Maha Suci Allah, DIA yang Maha Melihat, sentiasa memberikan ganjaran kepada hamba-hambaNYA yang berusaha untuk sebuah pertemuan.
Maimun ibnu Siyah berkata, Anas ibnu Malik berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
Tiada seorang muslim yang mendatangi saudaranya, semata-mata berkunjung kerana Allah s.w.t, melainkan ada suara yang berseru dari langit: "Kau telah berbuat kebaikan. Dan kau akan memperoleh syurga terbaik." Allah s.aw.t berkata kepada orang tersebut: "Kau telah berbuat baik. Semua jejak langkahmu menzahirkan kebaikan. Aku siapkan tempat untukmu di syurga"
[Hadis ini dikeluarkan Abu Naim dalam Khilah alAuliya' (3/107). Lihat dalam al Jarah wa Ta'dil (8/239)]
Saya nukilkan sedikit dari sebahagian besar kisah sekalian sahabat saya yang berusaha dan terus berusaha untuk sebuah pertemuan. Dan semoga pertemuan ini juga adalah semata-mata kerana Allah.
"Walau apa pun yang terjadi, tak boleh putuskan persahabatan dengan akak"
Kata-kata Saidina Ali mengenai persahabatan
"Manusia yang paling lemah adalah yang tidak mampu mencari teman. Dan, yang lebih lemah lagi adalah yang menyias-nyiakan temannya"
Saidina Ali berpesan
"Jangan sampai teman anda lebih senang memutuskan hubungan dengan anda daripada menyambungnya. Jangan pula kejahatan lebih mendominasi daripada kebaikan anda"
Maha Suci Allah, siapakah sahabat yang terbaik? Siapakah yang mampu memiliki sahabat yang baik. Subhanallah.
Perhatikanlah diri kita, yang acap kali mengandaikan ukhwah itu hanyalah sebatas menaip di papan kekunci komputer riba atau telefon mudah alih. Renungkan usaha apakah yang telah kita lakukan untuk sebuah ukhwah yang diredhai oleh Allah, persaudaraan yang mendapat naungan Allah.
Janganlah kita berukhwah atas maksud yang lain melainkan hanya kerana Allah. Bila kita maksudkan kerana Allah, maka, jagalah sahabat-sahabat kita dari mereka terjatuh menjadi bahan api neraka, satu persatu. Nauzubillah min dzhalik.
"Apa maksud ukhwah kerana Allah, kak?"
Ukhwah kerana Allah, adalah seperti analogi perasaan kita yang mempunyai adik beradik, dan kita selalu mendengar rungutan ayah dan ibu mengenai kesilapan abang yang itu, kakak yang sana, adik yang ini. Hati kita runtun mendengarnya kerana segala sungutan itu tidak disampaikan secara langsung kepada adik beradik semua. Lalu, kita hampiri abang yang itu, kakak yang sana, dan adik yang ini, dan berkata dengan lembut, "Janganlah kalian memperlakukan sedemikian, kerana ianya mengguris hati ibu dan ayah kita"
Begitulah wahai saudara-saudariku sekalian, berukhwah kerana Allah, ianya adalah analogi yang mudah kita lihat di sekeliling kita untuk kita benar-benar fahami. Al-Quran dan sunnah, adalah dianalogikan seperti sungutan ayah dan ibu kita. Sekalian saudara kita, adalah seperti adik beradik kita. Dan bencana yang menimpa diturunkan olehNYA adalah seperti rasa tergurisnya hati ayah dan ibu kita.
Berukhwahlah, dan bersaudaralah keranaNYA. Kerana DIA telah menciptakan saudara-saudara kita sekalian untuk menunjukkan jalan lurus menuju kepada cahaya Ilahi. Maha Suci Allah, Segala Puji dan Puja hanya untukNYA, maka, peliharalah persaudaraan kerana Islam.
Janganlah kita berkasih sayang, berukhwah atas maksud tertentu. Bersaudaralah kerana persaudaraan islam dan keranaNYA kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa persaudaraan yang diredhai Allah adalah persaudaraan islam.
"Iman nak tahu, masa sebelum ni, kita hanya berbual-bual biasa di dalam internet, akak belum dapat rasa lagi kasihnya terhadap saudara seislam keranaNYA pada Iman, tapi, apabila kita dah bertemu, Masya Allah, akak jatuh kasih dan sayang Iman kerana Allah. Sesungguhnya akak menyayangi Iman kerana Allah"
"Wah, kak, samalah dengan iman. Iman pun sayang dengan akak"
Tersenyum. "Bukan begitu jawabnya, dik. Jawablah dengan doa yang Nabi telah ajarkan, semoga Allah menyayangi anda seperti mana anda menyayangi saya"
Suatu hari, diceritakan, seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w, dan berkata, "Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menyayangi lelaki itu" seraya ketika itu ditunjukkan ke arah seorang lelaki yang berjalan.
Rasulullah tersenyum, dan berkata, "Ucapkanlah kepadanya dan engkau akan mendapati jawapan darinya"
Lalu lelaki itu berkata kepada lelaki yang ditunjukkan, "Sesungguhnya aku menyayangimu kerana Allah"
Tersenyum lelaki itu lalu diucapkan, "Semoga Allah menyayangi anda seperti mana anda menyayangi saya"
Masya Allah, wahai saudara-saudari sekalian, apakah nikmat yang paling kita harapkan, yang lebih besar lagi dari rahmat dan kasih sayang Allah. Masya Allah, inilah satu doa yang diajarkan agar membuah rasa kasih dan sayang kita kepada saudara sekalian keranaNYA. Janganlah kita menyia-nyiakan apa yang telah Allah sediakan untuk kita kerana belum tentu lagi di sana, kita dapat berada di dalam naungan Allah jika tidak adanya pertemuan dan perpisahan keranaNYA.
Daripada Abu Hurairah Radiaallahu’anhu, dari Nabi Sollallahu’alaihiwasallam;
“Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di kampung lain. Maka Allah Taala menghantar malaikat untuk mengintip perjalanannya. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggui oleh malaikat itu, malaikat itu bertanya; Ke mana kamu ingin pergi? Dia berkata: Aku ingin pergi bertemu saudaraku di kampung ini. Malaikat bertanya; Adakah bagi kamu ada apa-apa tujuan daripada nikmat yang akan kamu perolehi darinya? Lelaki itu menjawab: Tidak, melainkan kerana aku menyayanginya kerana Allah Taala. Lalu malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu keranaNya”
(Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Birr, Bab pada menyatakan kelebihan cinta kerana Allah)
Semoga sedikit nukilan, dan sekecil-kecil perkongsian ini dapat mengatur kembali langkah kita dalam mencari sahabat demi menujuNYA, bersama-sama untuk berjuang mencari jalan kebenaran dan mencari keredhaanNYA.
Wallau'alam

coretan kenangan ukhty Allahyarhamah Nurul hidayah.

Wednesday, February 8, 2012

nice to know (n_n)


Diam itu lebih baik. Itu yang ingin saya kongsikan pada post kali ini. Topik 'cinta' sangat famous dalam kalangan remaja. Jadi, saya mengambil peluang untuk berkongsi serba sedikit tentang cinta dan bagi saya, andai kita mencintai seseorang maka, diamkanlah. Serahkan segala-galanya kepada Allah S.W.T.
Jika dirimu jatuh cinta, maka diamkanlah. Ini kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu. Jika dirinya, bukan untukmu, redhailah kerana Allah S.W.T pasti menyediakan seseorang yang lebih beriman untukmu.
DIAM ITU LEBIH BAIK.
Diamku, bukan kerana membenci kehadirannya tetapi ingin menjaga kesuciannya. Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.
Kita diam bukan bermakna kita membenci sesuatu, tetapi mungkin kita ingin menjadikan ia lebih baik. Pernahkah kita terfikir, jika kita hanyut dalam cinta tanpa ikatan yang sah, ia bakal menjadi satu masalah untuk kita kerana kita sentiasa bergelumang dengan dosa.
Apakah yang akan berlaku pada rumahtangga kita? Anak-anak kita?
Adakah kalian masih ingat tentang kisah cinta antara Saidina Ali & Saiditina Fatimah Az-Zahra?
Kedua-dua mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain, tetapi mereka lebih memilih untuk mendiamkan hal ini dari pengetahuan orang lain. Dengan izin Allah S.W.T, mereka berdua telah di satukan dengan ikatan yang sah.
"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
"Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya."
Ramai yang berkata, jika kita diam, bagaimana si dia hendak tahu tentang perasaan kita?
Ingat, setiap apa yang berlaku di dunia ini, semuanya telah di aturkan oleh Allah S.W.T. Jangan risau jika mereka tidak tahu tentang perasaan kalian, tetapi risaulah andai dirimu tidak berupaya untuk menepis dan mengawal perasaan tersebut terhadap seseorang yang tidak halal bagi dirimu.
Jika benar cinta itu kerana Allah S.W.T, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah S.W.T kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah S.W.T maka ia pun berhilir hanya kepada Allah S.W.T.
Tetapi, ingatlah..Cinta Allah, adalah cinta yang kekal abadi. Kejarlah cinta Allah S.W.T dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai Allah S.W.T dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.
Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara.
Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul-betul sudah bersedia maka kahwinlah.
Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita semua sentiasa di lindungi oleh Allah S.W.T. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tetapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan Allah S.W.T bukan di pandangan manusia.
Untuk Hawa..
Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.
Untuk Adam..
Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah di tetapkan di dalam Islam.
Bisik hatiku:
"Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku."
"Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehahanmu. Janji Allah pastiku pegang dalam misi mencari diri 'Lelaki yang baik untuk wanita yang baik."
Ya Allah...
Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah...
Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah...
Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah...
Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah...
-Artikel iluvislam.com
Hindarilah kami dari dosa besar ini Ya Allah,bantulah diri kami untuk menguatkan iman kami,sesungguhnya...."lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"....ku harap kita sentiasa dlm redha-Nya..Ameen..