Sunday, April 26, 2015
Saturday, April 18, 2015
ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita.
Ku kesat lembut, titis mutiara yang mengalir. Lepaskan resah
gelisah hanya kepada Dia. Dia takkan mengecewakan. Alhamdulillah, aku bersyukur
ya Allah kerna di saat ini Engkau sudi memimpin jalanku biarpun adakalanya aku
berpaling namun Kau sedarkan aku dengan setitik ujian untuk aku kembali merasai
manisnya tarbiyah darimu.
Aku akui bahawa Engkau berhak menitip kembali senyuman yang
kau hadiahkan kerna engkau lebih berhak menentukan nikmat untukku. Aku akui kau
berhak untuk menghadiahkan aku ujian ini kerna aku tahu engkaulah penentu
segala kebaikan. Pimpinlah aku menuju syurga…aku rindu akan syurgamu. Syurga
yang terlimpah nikmat berganda bagi insan yang kaya taqwa. Aku ingin capai tangkai taqwaMu agar aku sampai ke
syurga.
Ku biarkan kisahku dan dia berlalu kerna ku yakin hikmahnya
akan berkunjung tiba. Bukan hari ini tetap esok hikmahnya pasti ada. Lepaskan dia
dalam jagaan Allah, moga-moga Dia temukan yang terbaik dari sisi-Nya. Yakinlah janji
Allah.
Di dalam al-Quran,Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t.
berfirman yang bermaksud:
"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."
"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."
ku temui noktahnya di sini.
~aku sayang Allah~
180415
Saturday, March 28, 2015
bersederhana~
Ikuti pengalaman jurugambar
majlis perkahwinan UDD dan Kak Husna . Inilah yang dikatakan Wedding Of The Year

1. Majlis dibuat secara
sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.
2. Husna memakai inai di
pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan
lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai
makhluk.
3. Make up Husna tidak
tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak
mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu
mata palsu.
4. Tiada inai di tiga jari
Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.
5. Selepas ijab qabul nikah
Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat
bersamanya.
6. Sebelum menyarungkan
cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil
menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.
7. Tiada sesi bersanding
atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan
rakan.
8. Kesemua hantaran di
kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan
dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana
pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran
kasut, baju dan lain-lain.
Thursday, March 26, 2015
Sunday, March 1, 2015
Bercinta sampai ke Syurga..
Aku bersama
pendirian yang dulu.
Bismillah wa Alhamdulillah,
Kalam ku mulakan dengan namaMu dan seisi puji-pujian hanya untukMu.
Ya Allah ya Hannan terima kasih kerna menganugerahkan aku cinta lagi. Setelah
berkali-kali aku tersepit dengan permainan cinta manusia namun Engkau tetap
mengizinkan aku untuk menikmati alam cinta yang sebenar. Sejak dulu, aku
menghijab diri untuk tidak mencari cinta kerna Allah pasti datangkan cinta itu
pada masa dan ketikanya. Setiap dari kita miliki percaturan cinta yang berbeza.
Namun apa yang penting kita harus menyedari bahawa hakikat mencintai hanya
SATU. Bersandarkan cinta itulah kita dapat menghambakan diri dengan penuh taat.
Memetik kata-kata yang membarisi madah lelagu:
Jika
engkau mencintai bunga
Sedarlah
engkau bunga itu kan layu
Jika
engkau mencintai harta
Harta itu
nanti kau akan tinggalkan
Jika
engkau cintakan manusia
Sedarlah
suatu hari dia akan pergi
Jika
engkau mencintai illahi
Hanya DIA
yang akan kekal abadi….
Cintailah
Illahi..
Indahnya hidup
berbekalkan nur dari Tuhan. Nikmat dan kesenangan dianggap anugerah susah dan
payah dianggap tarbiyyah. Terulang-ulang cebisan liriknya yang sediakala
terhafal diminda.
Impianku ingin
bahagia jadi aku harus membahagiakan kerna syarat untuk bahagia adalah
memberikan kegembiraan kepada yang lain dan kita akan menerima kegembiraan jua
sebagai hasilnya. Kini aku tertumpu pada perjalanan cinta yang berbeza dari
sebelumnya. Dulu aku tidak berpeluang untuk merasai indahnya gementar saat
disunting, debaran menantikan hari-hari yang kian membahagiakan. Terima kasih
kerna menghadiakan pengalaman yang cukup bermakna itu. In shaaAllah, pastinya
ia akan terkunci rapi dikalbu.
Terkenang saat
pertama kali, hati ini tekad memilihmu. Berbekalkan ilham yang disampaikan
olehNya. Aku sujud memohon diberikan jalan. “ya Allah pada malam yang penuh
keberkatan ini, aku ingin membuat keputusan yang besar tentang pilihan jodohku,
yang bakal menemani kehidupan dan perjuanganku ini, atas ikhtiarku sebagai
hambaMu yang tidak mampu melihat apa yang Engkau sembunyikan, aku menilai
zahirnya, Kau uruskanlah ghaib dan batinnya. Berkatilah pilihanku ini dan
kuatkan azam serta tawakalku kepadaMu. Aku hambaMu, dia jua hambaMu, Engkaulah Tuhan
kami. Jadikanlah segalanya dalam suluhan hidayah dan inayahMu. Allahumma amen…
Bermula dari itu,
aku menanam cita bahawa aku ingin membahagiakan dalam jalan yang Allah redha
bukan persahabatan dan bukan pertunangan malah sebuah alam rumahtangga dengan
ikatan perkahwinan. Aku hanya layak dicintai dan mencintai seorang suami
anugerah hakiki dari illahi. Aku akan cuba berlapang dada dengan setiap apa
yang menjadi kekuranngannya kerna dia adalah insan terpilih untukku. Jadikan
aku yang terbaik untuknya dan dia yang terbaik untukku.
“sebaik-baik kamu adalah kamu yang
terbaik terhadap keluarganya, dan aku adalah yang terbaik untuk keluargaku.”
(Hadith riwayat al-Timizi)
Inilah harga sebuah
rumahtangga, tempat manusia dibentuk untuk membentuk. Titik mula pada sebuah
perkahwinan yang dilayarkan dengan ikrar “Aku terima nikahnya…” adalah
permulaan kepada kembara manusia dan cinta.
Manusia melahirkan
cinta.
Cinta melahirkan
manusia.
Cinta dan kasih
sayang bukan sekadar kurniaan yang sementara. Malah ianya sebagai satu kurniaan
untuk kita bercinta sampai ke syurga.
Aku sayang Allah.
01032015
0838 pm.




















































