Zikrullah

Buat Insan yang Amat Ku Sayang

Thursday, March 26, 2015

Aku dikhitbah Dia...20.03.15

























Pulau Manukan in memories...












Sunday, March 1, 2015

Bercinta sampai ke Syurga..


Aku bersama pendirian yang dulu.
Bismillah wa Alhamdulillah,
Kalam ku mulakan dengan namaMu dan seisi puji-pujian hanya untukMu. Ya Allah ya Hannan terima kasih kerna menganugerahkan aku cinta lagi. Setelah berkali-kali aku tersepit dengan permainan cinta manusia namun Engkau tetap mengizinkan aku untuk menikmati alam cinta yang sebenar. Sejak dulu, aku menghijab diri untuk tidak mencari cinta kerna Allah pasti datangkan cinta itu pada masa dan ketikanya. Setiap dari kita miliki percaturan cinta yang berbeza. Namun apa yang penting kita harus menyedari bahawa hakikat mencintai hanya SATU. Bersandarkan cinta itulah kita dapat menghambakan diri dengan penuh taat. Memetik kata-kata yang membarisi madah lelagu:

Jika engkau mencintai bunga
Sedarlah engkau bunga itu kan layu
Jika engkau mencintai harta
Harta itu nanti kau akan tinggalkan
Jika engkau cintakan manusia
Sedarlah suatu hari dia akan pergi
Jika engkau mencintai illahi
Hanya DIA yang akan kekal abadi….
Cintailah Illahi..

Indahnya hidup berbekalkan nur dari Tuhan. Nikmat dan kesenangan dianggap anugerah susah dan payah dianggap tarbiyyah. Terulang-ulang cebisan liriknya yang sediakala terhafal diminda.

Impianku ingin bahagia jadi aku harus membahagiakan kerna syarat untuk bahagia adalah memberikan kegembiraan kepada yang lain dan kita akan menerima kegembiraan jua sebagai hasilnya. Kini aku tertumpu pada perjalanan cinta yang berbeza dari sebelumnya. Dulu aku tidak berpeluang untuk merasai indahnya gementar saat disunting, debaran menantikan hari-hari yang kian membahagiakan. Terima kasih kerna menghadiakan pengalaman yang cukup bermakna itu. In shaaAllah, pastinya ia akan terkunci rapi dikalbu.

Terkenang saat pertama kali, hati ini tekad memilihmu. Berbekalkan ilham yang disampaikan olehNya. Aku sujud memohon diberikan jalan. “ya Allah pada malam yang penuh keberkatan ini, aku ingin membuat keputusan yang besar tentang pilihan jodohku, yang bakal menemani kehidupan dan perjuanganku ini, atas ikhtiarku sebagai hambaMu yang tidak mampu melihat apa yang Engkau sembunyikan, aku menilai zahirnya, Kau uruskanlah ghaib dan batinnya. Berkatilah pilihanku ini dan kuatkan azam serta tawakalku kepadaMu. Aku hambaMu, dia jua hambaMu, Engkaulah Tuhan kami. Jadikanlah segalanya dalam suluhan hidayah dan inayahMu. Allahumma amen…
Bermula dari itu, aku menanam cita bahawa aku ingin membahagiakan dalam jalan yang Allah redha bukan persahabatan dan bukan pertunangan malah sebuah alam rumahtangga dengan ikatan perkahwinan. Aku hanya layak dicintai dan mencintai seorang suami anugerah hakiki dari illahi. Aku akan cuba berlapang dada dengan setiap apa yang menjadi kekuranngannya kerna dia adalah insan terpilih untukku. Jadikan aku yang terbaik untuknya dan dia yang terbaik untukku.

“sebaik-baik kamu adalah kamu yang terbaik terhadap keluarganya, dan aku adalah yang terbaik untuk keluargaku.”
(Hadith riwayat al-Timizi)

Inilah harga sebuah rumahtangga, tempat manusia dibentuk untuk membentuk. Titik mula pada sebuah perkahwinan yang dilayarkan dengan ikrar “Aku terima nikahnya…” adalah permulaan kepada kembara manusia dan cinta.
Manusia melahirkan cinta.
Cinta melahirkan manusia.
Cinta dan kasih sayang bukan sekadar kurniaan yang sementara. Malah ianya sebagai satu kurniaan untuk kita bercinta sampai ke syurga.

Aku sayang Allah.
01032015

0838 pm.

Saturday, February 28, 2015

Ar-rijaal qauwamu na alan nisa'

Carilah Lelaki yang Mampu Jadi Imam

“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.
*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.
PERKAHWINAN

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?
MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.
MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.
ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.
“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA..


~bercinta sampai ke syurga~

Friday, February 27, 2015

all about them.... (n_n)v
























Tuesday, February 17, 2015

Dimana dirimu yang dulu?


Hati manusia terlalu mudah berubah. Adakalanya sedingin salju melayan bahagia namun adakalanya dihiris bisanya menahan rasa. Kenapa kini kau makin berubah duhai hati. Adakah kerna hidupmu yang kian berliku atau cintamu yang memaku padu?


Dulunya, hati itu terlalu menyanyangi, malah teguh melindungi. Tiada unsur memaksa malah permintaannya mudah untuk diterima. Dulunya bicara hati itu diselangi nasihat keprihatinanya namun semuanya luntur tidak bersisa. Kini hati itu menebal dengan egois manusia, hati itu semakin sakit dengan racun dunia, ikhlasnya pudar tanpa sisa malah dendam kian bermaharaja.

Kenapa dengan hati itu?

Ya Allah amankan semula hati yang panas itu. Agar ianya tidak sakit dengan perit. Agar ianya mendingin dengan cinta. Subur dengan bahagia.


Hatilah raja manusia, sebaiknya hati itu dijaga dengan sempurna. Dicukupkan keperluannya dan dibekalkan semangatnya. Kerna dihati kecil itulah bertakhtanya sebuah cinta. Lemahnya hati maka lemahlah segalanya. Lumpuhnya hati maka lumpuhlah inspirasi cinta.
Apa yang termampu diri ini hanya mempu merayu pada pemilikNya agar hati itu dilembutkan selalu dibajai dengan keikhlasan dan dipimpin dalam panduan. Suburkan semula dengan keajaiban cintaNYa. Allahumma ya muqallibal quluub! Sabbit qulubana, wa usratina wa muallimuna ala diinik, wa ala rahmatik wa ala da’watik wa ala ibadatik. Allahumma aaamin.

Yaya masih mengharap berkuntumlah cinta yang dulu.
17022015
0830am

~laman ilhamku~

Monday, August 25, 2014

Kahwin Muda?

Kahwin muda boleh dikategorikan untuk pasangan yang berkahwin pada umur 18-23 atau yang berkahwin ketika masih belajar.Boleh dikatakan majoriti semuanya mahu kawin muda.Siapa yang tak mahu kan?Namun ada juga sebahagian yang tidak suka kahwin di usia muda.Ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan sebelum berfikir untuk mendirikan rumah tangga khususnya di usia muda.Antaranya:
1.Hubungan dengan ibu bapa
Sebelum kita memikirkan untuk memenangi hati pasangan,terlebih dahulu perlu difikirkan untuk memenangi hati kedua ibu bapa.Bagi yang sedang belajar contohnya (terutama yang belajar jauh dari ibu bapa),adakah kita hanya call ibu bapa ketika mahu minta wang belanja sahaja?atau sebulan hanya sekali sahaja?pernahkah kita ucapkan kata-kata istimewa ketika hari lahir kedua ibu bapa kita? pernahkan di rumah tolong ibu basuh pinggan,baju dan sebagainya? pernahkah bantu ayah dalam kerjanya? jika semua itu kita masih belum lakukan maka bersegeralah untuk itu dahulu sebelum kita minta kepada ibu bapa untuk berkahwin.Jika semua yang disebut diatas sudah selesai inshaAllah jalan seterusnya akan lebih mudah.
2.Bersediakah kita?
Andainya kita masih belajar adakah kita sudah bersedia dari pelbagai aspek antaranya kewangan,pelajaran,ilmu dan sebagainya?Jika kita sudah yakin bahawa kita bersedia dengan semua itu maka teruskan usaha untuk pikat hati ibu bapa pula.Tidak lupa juga yang paling utama berdoa kepada Allah s.w.t.
3.Yakinkan ibu bapa
Andainya kita memang sudah ada calon dan dah rasa bersedia untuk kahwin,maka percepatkan cerita kepada ibu bapa.Memang pada mulanya mungkin majoriti ibu bapa tidak mengizinkannya,namun tidak menjadi masalah,teruskan memujuk dari masa ke semasa sambil perlahan-lahan ubah diri kita kepada lebih baik.Andai kata sebelum ni selalu bangun lewat maka usaha untuk bangun awal.Andaikata sebelum ni apabila sudah makan tak pernah basuh pinggan sendiri,maka usaha untuk basuh pinggan sendiri dan lain- lain.
4.Istikharah dan berdoa
Dalam kita sibuk memikirkan soal kahwin,jangan lupa pohon kepada Yang Maha Esa.Titipkan doa setiap kali selepas solat semoga dipermudahkan.Tapi jangan doa minta nak kawin ja,doa untuk kecemerlangan dunia akhirat dan saudara-saudara se islam kita juga.Minta petunjuk dalam solat istikharah.Minta Allah tunjukkan kepada kita jika kahwin itu baik untuk kita,maka permudahkanlah.Solat ini bukan hanya sekali sekali,tetapi perlu istiqamah sehingga kita yakin.
5.Pelajaran
Bagi yang masih belajar,pelajaran juga perlu diutamakan.Ada sesetengah yang berpendapat apabila berkahwin semasa belajar akan mengganggu pelajaran.Pendapat ini tidaklah benar seratus peratus.Jika kita menjadikan kahwin itu sebagai benteng untuk menghalang diri dari melakukan maksiat mata dan sebagainya,maka inshaAllah ia tidak menjadi penghalang untuk berjaya.Malah menjadi pelonjak utama untuk berjaya.Boleh share share ilmu sesama suami isteri
6.Kewangan
Bagi orang melayu,kalau tak dak duit tak boleh kawin.Berbeza dengan apa yang islam bawa iaitu kalau nk kaya maka kahwin lah.Banyak dah contoh kita lihat sahabat-sahabat kita yang kahwin di usia muda dan dilimpahkan rezeki berlipat kali ganda oleh Allah SWT bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.” surah an nur ayat 32
7.Cobaan/Ujian
Setiap orang yang bernama manusia itu pasti akan diuji oleh Allah s.w.t bertepatan dengan firman Allah Ta'ala yang bermaksud : "apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ,"kami telah beriman",dan mereka tidak diuji? (surah al ankabut ayat 2) .Tambah-tambah yang berkahwin di usia muda pasti akan dijui oleh Allah SWT samaada ujian dalam bentuk kewangan,pelajaran,perasaan dan sebagainya.Namun tidak menjadi masalah,setiap masalah perlu diselesaikan dan dibincang sesama suami isteri agar selesai.Tidak lupa juga berdoa kepada Allah setiap kali usai solat lima waktu.
Bagi yang sentiasa berfikiran positif dan sentiasa mengharapkan keredhaan Allah,inshaAllah kahwin muda akan memberikan impak positif dalam hidupnya dunia dan akhirat.Perkara yang baik inshaAllah akan dipermudahkan.Segala kata kata diatas nasihat untuk diri saya sendiri dan isteri juga.Barakallahufiikum
c&p frm: Muhammad Najmi Rohaizad bin Mohd Nazri
04 Ogos 2014
22:17 PM


RENUNGAN " untuk-ku dan untuk-mu "


TANGGUNG JAWAB SUAMI SELEPAS IJAB KABUL ,,SAAT IJAB KABUL TERUCAP...*
” Saya terima nikahnya si.... binti si.... dengan mas kawinnya.....
dibayar tunai....”.
Singkat,padat dan jelas.Tapi tahukan makna “perjanjian atau ikrar” tersebut? Itu tersurat.Tetapi apa pula yang tersirat?
Yang tersirat ialah :
Artinya: ”Maka aku tanggung dosa-dosanya si dia (perempuan yang ia jadikan istri) dari ayah dan ibunya.Dosa apa saja yang telah dia lakukan.Dari tidak menutup aurat hingga ia meninggalkan sholat.Semua yang berhubungan dgn si dia
(perempuan yang ia jadikan istri), aku tanggung dan bukan
lagi orang tuanya yang menanggung.
Serta akan aku tanggung semua dosa calon anak-anakku”.Aku juga sadar,sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab,maka aku fasik,suami
yang dayus dan aku tahu bahwa nerakalah tempatku karena akhirnya isteri dan anak_anakku yg akan menarik aku masuk kedalam Neraka Jahanam....dan Malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku.
Akad nikah ini bukan saja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala ".
Jika aku GAGAL (si Suami)?
”Maka aku adalah suami yang fasik,ingkar dan aku rela masuk neraka.Aku rela malaikat menyiksaku hingga hancur tubuhku''
(HR.Muslim)
Duhai para istri...
Begitu beratnya pengorbanan suamimu terhadapmu.Karena saat Ijab terucap,Arsy-NYA berguncang karena beratnya perjanjian yang dibuat olehnya di depan ALLAH,dengan disaksikan para malaikat dan manusia.Maka andai saja kau menghisap darah dan nanah dari hidung suamimu,maka itupun belum cukup untuk
menebus semua pengorbanan suami terhadapmu...
Semoga jadi untuk pengalaman yg sudah nikah maupun yg
belum...
Subhanallah.. beratnya beban yang di tanggung suami.Bukankah untuk meringankan tanggung jawabnya itu berarti seorang istri harus patuh kepada suami,menjalankan perintah ALLAH dan menjauhi larangan-Nya?
Juga mendidik putra-putri kita nanti agar mengerti tentang agama dan tanggung jawab.Semoga kita semua menjadi orang tua yang dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita kelak dengan agama dan cinta kasih sehingga tercipta keluarga kecil yang sakinah,mawaddah wa rahmah.
Semoga yang sudah berkeluarga mampu membina keluarga yang Sakinah,Mawaddah wa Rahmah dan bagi yang belum,semoga mendapat pendamping yang sh0leh/sholehah.
Aamiin Ya Rabbal'Aalamiin


Saturday, August 23, 2014

Berteduh dalam tangisan hujan.


Assalamualaikum w.b.t,
                    Di laman ini, aku bebas meluahkan rasa kerna terkadang manusia bosan menadah telinga. Memendam bicara kerna dengan hanya coretan pena membarisi ceritera. Sifat baharu manusia tidak setanding kesempurnaan yang Maha Mencipta. Alhamdulillah a’la kully ni’mah di atas kelebihan yang Kau kurniakan ini.
                    
                Terlintas di hati untuk melayarkan sebuah kisah. Kisahnya hanya realiti insan namun berbekas di benak dan juga fikiran. Biarpun ianya kisah semalam namun nyata memberikan aku sebuah kenangan yang amat manis untuk dikenang.

                        Bermula lewat petang, aku mengorak langkah pertama melangkah keluar bersendirian menuju ke medan perkenalan yang baru. Hatiku memcuba berani, biarpun bersendirian aku mampu menghijab diri dari ketakutan duniawi. Perlahan-lahan langkah ku atur menghampiri titik perkenalan itu, aku dibasahi dengan tangisan. Titis-titis bersih itu menyentuh kulitku dengan aman dan mendinginkan. Wajahku kedinginan, jasadku kesejukan namun inilah tangisan rahman Tuhan.

                     Derapan kaki diteruskan biarpun menggigil getar pendirian dicabar perteguh iman. Terlihat seorang muslimah lengkap berhijab menumpang teduh di bawah teduhan pohon yang merimbun basah dalam tangisan hujan. Berhampirannya terletak sebuah pondok yang menempatkan beberapa orang pendatang yang menumpang teduh dari kebasahan rahmat itu. Jujurnya aku ketakutan namun aku kuatkan dada dengan iman.
Aku merelakan diriku basah kerna ianya rahmat Tuhanku dan aku membiarkan diriku basah kena aku bersama pendirianku. Lalu aku alihkan tumpuanku ke hadapan tanpa menghiraukan gelagat-gelagat sumbang yang berdekatan.

                           Lama hujan itu mencurah lembut, pohon setia menjadi payung diriku teguh di kaki jalan. Setelah itu, Allah datangkan seorang hambaNya yang terlalu tulus menghampiriku. Rautnya kelihatan benar-benar memberi harapan. Dan kemudian Allah takdirkan aku dan dia meneruskan perjalanan. Dalam diam aku berbisik syukur”terima ksih Ya Allah kerna datangkan hamba ini untukku”. Maka perkenalan itu aku akhiri dengan segaris senyuman yang paling bermakna buat diriku dan dirinya. Berbaik sangkalah dengan DIA kerna DIAlah yang mengaturkan segala. Alhamdulillah syukur…..


 ~trust in HIM~
240814
28Syawal1435
Hindarilah kami dari dosa besar ini Ya Allah,bantulah diri kami untuk menguatkan iman kami,sesungguhnya...."lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"....ku harap kita sentiasa dlm redha-Nya..Ameen..