Zikrullah

Buat Insan yang Amat Ku Sayang

Tuesday, March 29, 2011

susah e2 TARBIYYAH, SABAR e2 indah...

Sungguh aku…


Sungguh aku kecewa dengan sikap manusia yang menginginkan kepercayaan namun dia tidak sepenuhnya memberi kepercayaan itu. Pabila kepercayaan diragui tiada yang bisa diterjemahkan selain kekecewaan yang amat dalam..hatiku menangis lagi..

Greenrose..

Pada siapa yg harus ku curahkan kekecewaan ini selain tinta yang telah setia terpahat di hati. Lembaran kenangan yang sering ku coretkan cebis-cebis kehidupan selalu memberikan satu ketenangan yang sukar diluahkan..tenangkanlah aku tika ini.

Aku kini merasakan dunia yang kian tidak adil, dimana kegembiraan bukan lagi menjadi bunga-bunga kehidupan malah hayat ini dipenuhi dengan duka pabila ianya senantiasa dirundung malang. Aku tidak menyalahkan yang lain kerna apa yang berlaku adalah bertitik tolak dari diri yang jahil lagi hina ini. Aku semakin arif dengan liku-liku kehidupan kerna dari pengalaman semalam aku dapat mempelajari sesuatu.

Apa yang ingin ku simpulkan di sini adalah bila kau letih dan hilang smgt..Allah tahu btapa kau tlh cuba sdaya upaya,bla tangisanmu dan hatimu kedukaan..Allah tlh mgira titisan air matamu..bla kau rasa ketinggalan dmasa meninggalknmu..Allah sntiasa dsisimu..bla kau tlh mcuba sgalanya tp msh tidak tahu akn tjuannya,Allah ada jln penyelesaiannya..bla tidak ada yg beerti buatmu, keliru dan kecewa..Allah adlh jwpnnya..sglanya ada hkmah dsebalik sesuatu..

Berilah hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukanmu pemilik terbaik, hamparkan masamu seluasnya hanya tuk Allah , pasti Allah aturkan kehidupanmu dengan baik ..semoga kita sntiasa dalam rahmatNya..

Aku pendamba ros hijau..

Sunday, March 27, 2011

adeq zinny g jalan2..=)

Friday, March 18, 2011

a such memorable






Wednesday, February 16, 2011

PANTUN SILAT CEKAK >>>>(",)

Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan

Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri

Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah

Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya

Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat

Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat

Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka

Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.


Pantun oleh : Almarhum ustaz Hanafi, Pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

Monday, February 14, 2011

giVE me uR Sm!Le (n_n)




Saturday, February 12, 2011

mish u zinny...sob3

Tuesday, January 25, 2011

juZ a PieCe Of mE..



Saturday, January 15, 2011

sempena open day KHAR...



Bengkel Rawatan Islam

Oleh : Sheikh Mohd Faizal bin Omar

Kolej Harun Aminurrashid

14 Januari 2011

Anjuran Jawatankuasa Mahasiswa KHAR

Saya berkesempatan join bengkel ney tadi petang, mula-mula ingat xbest tapi last-last cam nak tambah lagi 3 jam..hehe seronok jugak bila diberi peluang kita mendekati ilmu ghaib ney..trust me it’s really interesting!! U should try to convince yourself in knowing them..so give it a try ok.. kat sini sy nak share la sikit ape yang dapat sepanjang bengkel tadi…=)

Persoalan berkaitan jin dan syaitan termasuklah dalam perkara sam’iyyat (ghaib) yang wajib diimani dan diyakini. Secara umumnya, manusia tidak dapat melihat jin dan syaitan dengan mata kasar. Atas hakikat ini, kita seringkali alpa dan leka dengan kehadirannya, sedangkan Allah s.w.t telah menegaskan bahawa inilah musuh kita yang utama sebagaimana firmanNYA:

“Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kalian, maka jadikanlah ia sebagai musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka”

Surah Al-Fathir : 6

Justeru, bengkel ini mengupas berhubung kaedah dan metodologi yang bersandarkan syariat dalam membentengi diri, kediaman dan keluarga daripada disesatkan. Senario yang berlaku tika ini, terdapat banyak kaedah bagi membentengi kediaman, keluarga dan diri yang melanggar hukum syara’ dengan berasaskan kepada tangkal, azimat, wafak, khadam. Oleh hal demikian, umat manusia kian disesatkan dengan rosaknya aqidah akibat kerja syaitan yang bersekongkol bersama tukang sihir lantas mendekati lembah kehinaan.

Makhluk halus menurut Al-Quran dan As-Sunnah.

· Jin

· Iblis

· Syaitan

· Ifrit

Faktor-faktor gangguan jin.

· Berpunca daripada jin

1. Jin yg jatuh cinta kpd manusia dan ingin bsahabat

2. Jin yg sengaja ingin menzalimi manusia

3. Balas dendam krn kematian keturunannya samada sengaja @ tidak sengaja spt: membunuh ular dan binatang jelmaan jin

4. Benci pada manusia yang taat dan yang mempelajari agama

5. Jin juga mengamalkan sihir dan pakar ttg sihir

· Berpunca daripada manusia

1. Kecuaian manusia spt: menyiram air panas kedlm lubang kecil, mangkuk tandas dan mengganggu kediaman mereka walaupun tidak sengaja.

2. Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah

3. Perempuan yg mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta

4. Tidak beradab semasa didlm hutan dan tempat-tempat sunyi.

5. Tukang sihir bekerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang hasad dengki.

6. Sikap manusia yang takabbur dan melampau

7. Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk:

* Terlalu marah

* Terlalu takut

* Nafsu syahawat yg tinggi

* Manusia yg lalai

* jahil

Symptom gangguan jin dan syaitan

· Semasa tidur

1. Sukar tidur malam

2. Mimpi melihat binatang spt: anjing, ular, kerbau….

3. Bermimpi bayi @ menyusukan bayi

4. Bermimpi ditmpt tinggi @ jatuh dr tmpt tinggi

5. Mimpi mengandung dan bersalin

6. Kerap mimpi keturunan yg tlh meninggal dunia

7. Bermimpi seram yg menakutkan @ melihat makhluk yg menakutkan

8. Mimpi dikawasan kubur

9. Mimpi lihat salib @ gereja

10. Merintih dan menangis ketika tidur

11. Terjaga ditgh mlm dalam keadaan takut , cemas, terkejut

12. Selalu ditindih ketika tidur

13. Bunyi geseran gigi ketika tidur

· Semasa jaga

1. Sakit kepala@dada slps asar ke atas

2. Badan terasa berat dan malas

3. Sakit ketika menziarah orang meninggal

4. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit

5. Bayi kerap menangis

6. Bunyi guli jatuh dr atas siling

7. Sayang melampau pd org yg baru dikenali

8. Darah haid turun lbh dr 15 hari

9. Batuk yg berpanjangan

10. Kerap mendengar sesuatu bisikan

11. Migraine

12. Sakit tulang belakang/belikat

Sihir mempunya banyak jenis antaranya:

· Sihir pemisah

· Ilmu guna-guna

· Sihir hinopsis (berkaitan silap mata)

· Sihir yang membuatkan gila

· Sihir membuat orang tidak bermaya

· Sihir mendengar panggilan

· Sihir membuat penyakit

· Sihir pendarahan

· Sihir menahan pernikahan.

Cara-cara untuk melakukan penganiayaan.

· Menanam barang-barang hikmat

· Memuja gambar

· Tuju melalui angin dan makanan

· Memuja patung sebagai pengganti orang yang dianiaya.

Banyak lagi nak share sbona nyer tapi dah xlarat nak mnaip..huhu yg selebihnya boleh lawati blog sheikh faizal…

http://darunnuraniyyah.wordpress.com/

yg pnat mnaip,

ros hijaw (n_n)

Tuesday, January 4, 2011

umpama dlahirkan semula


happy besday to me...hepi bornday to me..hepy besday,,happy bornday happy besday to me...huhuhu nak adiah
Hindarilah kami dari dosa besar ini Ya Allah,bantulah diri kami untuk menguatkan iman kami,sesungguhnya...."lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"....ku harap kita sentiasa dlm redha-Nya..Ameen..