Zikrullah

Buat Insan yang Amat Ku Sayang

Wednesday, July 21, 2010

jom kite kongsi tips pemakanan Rasulullah....(",)



Cara pemakanan Rasulullah..
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
*Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud.
Ahli-ahli sains telah menemu beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam..

Hurmmm…sedikit sebanyak pkongsian ilmu utk kali ney
Selamat mencuba!!

Wednesday, July 14, 2010


Love ur Family


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tips bercinta sampai Syurga~~~(",)




 Dahulukan hak Allah daripada hak pasangan.
 Hadiri majlis agama bersama.
 Sentiasa bekerjasama untuk membuat kebaikan dalam rumah tangga dan masyarakat.
 Sama-sama saling mengingatkan untuk dijauhi kemungkaran.
 Rela berkorban kesenangan sesama pasangan demi bakti sesama manusia.
 Berdoa dan bersedekah sebagai wasilah untuk mengekalkan cinta.
 Membaca Al-Quran di permulaan dan pengakhiran hari.
Peraturan cinta itu apa? Ia adalah syariat-hukum halal(wajib), haram, sunat, makruh, dan harus. Jangan dilanggar yang haram kerana cinta. Jangan diabaikan yang wajib kerana cinta. Manakala yang makruh dan sunat dipulangkan kepada kebijaksanaan dan kewara’kan untuk membuat atau meninggalkannya.
Percayalah kemanisan dengan menempuh yang haram akan berakhir dengan kepahitan. Dan percayalah, kepahitan yang dirasai kerana menjaga yang wajib pasti membuahkan kemanisan yang kekal.
~~~salam mujahadah

Tuesday, July 13, 2010

MUqayyam Tarbawi

Kem pentarbiyyahan rakan penggerak ad-din yang berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di The Wood Resort, Ulu Yam berakhir dengan kemenangan jihad yang besar. Meskipun coretan peristiwa yang berlalu di situ sering ditemani kesulitan dalam berjihad namun ia sekadar mampu mentarbiyyah fizikal muslim agar kekal di medan tanpa mengundur walau setapak. Malah ianya menyemarakkan lagi semangat juang serta melangkah mara memburu kemenangan. Ikuti coretan peristiwa yang mampu diterjemahkan sepanjang program berlangsung…

KHAMIS
8 JULAI 2010
Keberangkatan para ansarallah bermula jam 10.00 pagi menuju ke lokasi kem dan tiba satu jam kemudian setelah memulakan perjalanan. Sepanjang perjalanan moodku agak hambar namun setelah kami menghampiri destinasi aku nyata teruja dengan hamparan panorama indah lagi semulajadi kurniaan illahi. Di kaki gunung yang tersergam indah, dipesisir sungai mengalir damai berputik ukhuwwah terjalin ikatan, kami generasi mutiara yang bertebaran. Taklimat diberikan sebagai gambaran umum mengenai perjalan program. Sesudah mendirikan khemah sebagai penginapan sementara, muslimin dan muslimat menunaikan solat zohor secara berjamaah. Selesai solat makan tengahari dihidangkan bagi membekalkan tenaga yang cukup untuk menempuh medan peperangan.
Seterusnya diikuti Ice breaking yang di sertai seisi medan jihad yang dipimpin oleh ketua angkatan sdra Fakhruddin dan berkesempatan melakukan ta’aruf sesama muslim.

LDK 1-Slot ta’aruf
Ney nak citer cket ney, masa wat taaruf ari tu….kak wani(fasi kump) gne modul jet pjuang dalam slot taaruf. Lepas tulis kriteria diri kat atas A4 tu, ktorg sume kne wat jet dgn A4 td. Mula2 blur jgak sbb xpenah blajo pon wat jet cma pnah tgk org maen je..hu3. tpi tu la hikmahnye join bende ney kita dapat blaja sesuatu yang baru, contohnye pgalaman pertama buat jet…hak3 alhamdulillah setelah hampir asar slot taaruf ditamatkan dengan seribu satu ilmu tentang profile ahli masing-masing.

Riadah-kawad kaki
Petangnya ktorg sume beriadah bersama-sama di tapak parking resort. Berlatih kawad la konon, macamla pandai sangat. Adela sorg tu, Org hentak kaki kanan dy hentak kaki kiri, org ayun tangan kanan ngn kaki kiri,dy ayun tangan kanan ngn kaki kanan…ish3 manusia2…hak3 klaka lak…tapi xpe maen2 je...…bkn sy laa, org laen.
Dah penat bkawad, kne la ingat solat maghrib plak. Masing-masing khidmat diri n terus ke surau utk solat bjamaah. Manisnya solat jemaah hanya dirasai insan terpilih sahaja. Selesai solat isya’ berlangsungnya ceramah yang bertajuk “Pemangkin Pendidik Muttaqin” disampaikan oleh Pengerusi Pusat Islam UPSI Ustaz Rosli selama dua jam.

LDK 2-cerita unggun api(perkongsian satu kasih sayang)
Aktiviti masih diteruskan dengan pengisian LDK 2 setelah ceramah selesai. Slot ini mengetengahkan ahli kumpulan tampil bercerita berkenaan pengalaman dalam jalan dakwah masing-masing bertemankan unggun api yang menghangatkan persekitaran yang benar-benar dingin di kala heningnya malam. 15 minit yang pertama dirasakan agak hambar kerana ianya masih di permulaan cerita namun suasana bertukar serius apabila tebaran kisah dilabuhkan satu persatu. Setiap satu daripadanya nyata mengundang paradigma para pejuang Islam untuk menggerakkan dakwah fil Islam. Begitu jua aku, peluang kali ini amat berguna untuk aku berkongsi sulit sukar diri ini berhadapan dengan saat yang begitu menyesakkan fitrah semulajadi insan.

JUMAAT
9 JULAI 2010
Mendamba nusrah illahi. Hari ini, saat ini aku masih lagi berkesempatan untuk tunduk sujud kepadaMU disaat insan lain masih asyik dalam mimpi indah yang dicipta sendiri. Ku angkat takbir nan satu, kuserahkan jiwaku dan seisinya hanya untukMu. Biarpun ku tahu seribu satu khilafku kepadaMu seringkali tegar dalam catatanMU namun tetap aku sedar bahawasanya diri ini terlalu kerdil dihadapanMu…oleh itu Kau nyahkanlah sifat tercela sebegitu dari hati kecilku agar aku kembali mendamba nusrah cahayaMu kerna itulah jaminan kebahagiaan dunia & akhiratku.

Kesinambungan kawad kaki pada hari sebelumya diteruskan dikala pagi menjelma. Semua peserta bertungkus-lumus mengeluarkan peluh yang ada sehinggalah terik mentari menikam mata. Setelah itu, sarapan pagi yang menghidangkan nasi lemak kampong nyata membangkitkan selera para tentera yang sedang kebuluran….hu3.diikuti pengisian ceramah kedua yang disampaikan oleh salah seorang pensyarah di jabatan pengajian Islam merangkap pensyarah sy..he3 Ustaz Anhar Opir dengan tajuk “Kepentingan Tarbiyyah sesame Muslim”

LDK 3- logo beserta panji amanah
LDK kali ini, kami diamanahkan untuk menyediakan panji kumpulan masing-masing sebagai keperluan mara di medan syahid. Masing-masing menyumbangkan idea dan kreativiti untuk diterjemahkan pada panji peperangan.sy Cuma tolong buat lakaran terakhir je…hu3 jadi la…ade gak peranan kan3….(“,)

Riadah-Explorace
Riadah seterusnya menjanjikan ketahanan setiap satu aspek yang melibatkan rohani & jasmani. Berkejar dari selatan ke utara medan semata-mata nak dapat checkpoint…hak3…klaka2.
Setelah comot sumenya kne la khidmat diri dulu, ye x?jap lagi nak solat maghrib n isya plak. Xsabo nak tunggu malam kesenian t….check dis out!!!

Malam kesenian Islam. Haaa, malam ney sume org kne wat pesembahan. Ade sajak, sketsa, pentomen banyak lagi laa…undian diwakili ketua kumpulan bagi menentukan giliran pesembahan namun tidak memperoleh nasib yang baek sbb…….alamak dpt first pfomance. Cam mne ney, I’m not ready yet…(walhal pegang watak sampingan je pon) orang laen steady je aku tengok.hak3…pape pon Mahasiswa Hari Ini dah berlangsung dengan jayanya….(“,)

SABTU
10 JULAI 2010
Solat subuh
Senam pagi n bala tentera membuat pembahagian harta rampasan perang
Sarapan
Jungle tracking
Resolusi
Berangkat pulang.
Camtu ja la yang mampu diterjemahkan..mata dah ngantok besala menaip time ney…
Created by:
A luvly greenrose
3.30 am
~~~~Oooooooooooooooooooooooouuttttttt!!!
Tata………………………………………………………………………………………………..(“,)

Saturday, July 10, 2010

Sharing is caring..

FAEDAH SELAWAT
Di dalam kitab Ibnu Farhun Al-Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam mengandungi sepuluh macam faedah dan mendatangkan kemuliaan, iaitu:
• Memperolehi selawat dari Tuhan Penguasa Alam.
• Memperolehi syafaat dari Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam.
• Mendapat pimpinan dari malaikat yang baik-baik.
• Menghapuskan dosa.
• Mendapat pertolongan dan tercapai keperluan hidup.
• Mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir.
• Memperolehi nur lahir dan batin.
• Mendapat keselamatan dari azab neraka.
• Membolehkan memasuki syurga.
• Memperolehi ucap selamat dari Allah.
Menurut para ulamak yang berdasarkan keterangan-keterangan hadis, bahawa membaca selawat kepada Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam akan memperolehi berbagai-bagai faedah yang amat besar, diantaranya:
1. Memperolehi limpah rahmat dari Allah.
2. Ditulis sepuluh kebajikan.
3. Dihapuskan sepuluh kesalahan.
4. Diangkat sepuluh darjat.
5. Memperolehi kesempurnaan iman.
6. Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.
7. Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.
8. Mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
9. Memperolehi syafaat Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam.
10. Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam.
11. Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.
12. Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
13. Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
14. Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.
15. Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah.
16. Terhindar dari kefakiran.
17. Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam.
18. Memperolehi keberkahan dalam hidup.
19. Terhindar dari orang-orang yang bakhil.
20. Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
21. Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.
22. Menjadi zakat dan pembersih diri.
23. Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat.
24. Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.
25. Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah.
26. Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
27. Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam.
28. Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
29. Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Shiratul Mustaqim di akhirat.
30. Terkabul segala hajat dan cita-cita.

Monday, July 5, 2010

wanita...


Perempuan begitu penting dalam kehidupan seorang lelaki.
Jika tidak ,Allah swt tidak akan menjadikan Siti Hawa a.s dari tulang rusuk Nabi Adam a.s sendiri untuk memenuhi rasa sunyinya yang keseorang didalam syurga.

Perempuan begitu bererti bagi seorang lelaki, kerana tanpa perempuan:

1. hidup seorang lelaki tidak akan sempurna.
2. tidak akan bertambah zuriat di muka bumi.
3. tidak akan bergelar seorang suami.
4. tidak akan menjadi pemimpin dalam rumahtangga.
5. tidak teman untuk bergurau senda.

Kejadian perempuan adalah lemah kerana dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok.
Ini menyebabkan ada kalanya ia sukar dibentuk kecuali dengan hikmah dan kebijaksanaan yang tinggi oleh lelaki yang dapat membimbingnya ke arah kebaikan.

Dua per tiga daripada perempuan menjadi penghuni neraka.

. Keadilan Allah kepada perempuan :
1. kelonggaran dalam soal-soal ibadah kerana kedatangan haid dan nifas.
2. tidak perlu berjemaah di masjid atau di surau.
3. tidak wajib menunaikan solat Jumaat.
4. tidak disentuh api neraka,jika ikhlas berkhidmat untuk suami dan keluarganya serta memelihara kehormatan diri dan suaminya.

KEDUDUKAN DAN KEMULIAAN PEREMPUAN

Allah telah menetapkan kedudukan perempuan adalah di belakang lelaki sebagaimana firmanNya dalam surah an-Nisaa ' , ayat 34 yang bermaksud:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.

Sebab itu wanita solehah ialah yang taat kepada Allah dan memelihara diri ketika ketiadaan suami sebagaimana yang Allah tetapkan."

Namun tidak bermakna perempuan hanya menjadi pak turut tanpa ada kuasa menyatakan pendirian, pegangan, pendapat atau lain-lain.

Jauh tersembunyi, perempuan sebenarnya dianugerahkan dengan kuasa pengaruh
yang jika digunakan dengan tepat, lelaki bersedia menurut kehendaknya dan memberi segala haknya.
Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam firmannya, surah Aali-Imran, ayat 14 yang bermaksud :

"Dihiasi dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan kepada
perempuan".

Sabda Rasulullah saw tentang besarnya peranan perempuan ini ialah :

"Perempuan itu tiang negara, jika baik perempuan di sesuatu negara
itu, maka baiklah negara itu, begitulah sebaliknya."

Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :

1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.

KUASA TAKWA PEREMPUAN

Ketakwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah.
Orang yang paling bertakwa adalah orang yang paling dikasihi Allah.
Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

Kuasa takwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

Kekuasaan takwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian menatih, mendidik,memelihara dari kecil hingga dewasa.

Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan
kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis
Rasulullah saw :

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung diudara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya
dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."

Friday, May 28, 2010




Tuba Trip....(",)



Tuba island trip..
Plan nk g langkawi dah lama tp skrg bwu dapat peluang nk pegi jelajah tempat2 kat sna. Seingat aku, tempat yang aku pegi dulu telaga tujuh ngan makam mahsuri jer. Tu pon mase umo aku 12 taon. Kali ney aku nk masok pulau. Mula2 xtercadang nk pegi lagkawi pon tp dah org pelawa tu ikot ja la. Ari khamis malam bwu dorg bgtaw plan nk g langkawi walhal esok pagi dh nk btolak, xdela tkejut sgt tp tkezut la jgk. Dah tu paking yg mne yg sempat ja la. Alaa lgpon trip 3 ari 2 mlm jer. Paling2 4psg jer nk gne pon.

21 mei 2010.
Esoknya, ingtkan boleh tumpang nana tp xsgka plak ayah dy kje. Huh tpakse mtk abh antakan. Masalahnya abh lom blk umah lg, skrg dh pkul 9.45 nk kne kjar bot pkul 10. Cube bygkan.. camne tuh? Call yg dr td satu pon xangkat. Ntah kat mne laa abh ney…hurmmmm. Dengan aty yg pasrah aku gtawla ngn kwn2, kalo aku xsempat smpy korg jela yg pegi. Tup2 abg pon, abg aku yg ke-4(name dy saiful tp PON yang lekat) offer nak antakan, sian plak dy tgk aku…pkul 10 ktorg dr umah, aku smpat tanye ngn abg
“sempat ke bang? Feri kul 11 ney”.
“Sempat punye, naekla dulu!”.
Akhirnya sampy jgk jeti kola kedah ney, abg aku diam seribu bahasa. Dia agak rse bsalah sebab ktorg sampai kat ctu pkul 11.30. Aku senyum jer ngn dy, aku tau dy takot aku sensorg kat tas feri t..
“it’s okay la bg pon, lgpon asiah boley amek feri kul 12 nanti. P la mkn dulu, td blom sempat jamah kan?”.
“abang ok ja, jap lg abg mkn la. Asiah tu kwn2 mna?”.
“dorg on the way lg, jap lg sampai la kot”.
“kalo gitu, abg jalan dulu lah”.
“okay! Tata titi tutu”.

Tak lame pastu, dorg pon sampai. Ktorg terus beli tiket n masok dalam feri cari seat, maka bermulalah pengembaraan ke pulau Tuba. Sampai kat jeti Kuah kne amek satu lg bot bwu boleh sampai pulau Tuba. Lebih kurang 15 minit aku dapat jugak jejak kaki kat pulau Tuba. Sesampai kat jeti pulau Tuba kwn aku atiqah dtg jemput nk bawak balik umah dy. Petang tu, terus dy bawak ktorg jalan2 keliling kampong. Pakai moto lak tuh, uih bez giler. Walaupon polis kat sblh umah, kwn aku ckp wat xtau jer, lgpon dlm kmpg. Hak3..bez giler, jalan ney aku yg punya!!. Puas meronda ari tu sampaikan tercatat satu kenangan pait yang xmungkin aku lupa. Hanya aku ngn partner rempit aku jer yg tauu…hik3 biarlah rahsia. Mlm tu ktorg rehat jerk at umah smbil maen2 ngn ank sdare kwn aku, nisa’ nme dy. Pintar budaknya, tergelak kitorang ngn keletah dy.

Hari kedua.
22 mei 2010.
Kitorg juz jalan2 kat karnival yang blangsung kat pulau Tuba tu. Ade pameran mcm2, ptandingan maen futsal pon ade. Tp aku xbeminat plak nk pegi tgk. Kitorg sempat jugak tengok batik painting dgn demonstrasi padam api oleh pasukan bomba. Pas makan aiskrim, kitorg pon balik umah, dah xtau nk buat ape. Asik tingat kat pantai jer. Mmg kitorg plan nk g picnic ptg ney…ho3 beznya. Nak mandi air laut puas2.

Hari ketiga.
23 mei 2010.
Ari ney kitorg plan nk balik. Dah byk beras makcik kitorg habiskan. Laenkali ade rezki kitorg datng lg. makcik cam berat jer nak lepaskan kitorg balik. Sebelom balik makcik nk bawak kitorg pegi batu hampaq dlu, alang2 dah datang cney kite pegi la sna kjap. Dua jam lebih jugakla kitorang kat ctu, maen ketam, maen air laut, maen ikan sampaila batu pon kitorang maen. Bape minit pas tu dah btolak balik. Sampai umah ciap nak ke jeti plak, paking balik sume barang n salam peluk cium ngn sume org. Sedey plak asenye. However it was so wonderful trip. Pulau Tuba dlm ingatan =)

Beria-ria langkah plau, perjalanan pulang dari pulau tuba nk ke pekan kuah. Sesampai kat jeti kuah tue, terasa nk pusing2 cari barang kjap smbl jamu mata, window shopping la katannya. Memandangkan beg di tangan berat dengan siput pantai, kitorg tumpangkan kejap beg tu dalam surau dekat2 ctu.Lepas satu kedai satu kedai kami masuk. Bukannya nk beli pon saje jamu mata.
Waktu jalan-jalan kat dataran lang ari tu, setelah puas posing mcm 2posisi ktorang buat. Perut tersa bkeroncong la plak. Almaklomla dah cukup time. Destinasi sterusnya of cozla food court yang bhampiran. Tekak terasa nk makan nasi goreng kmpg. So 3pinggan nasi goreng kampong siap di order dan dilahap dgn lahapnya. Abis je mkn, kitorg plan nk g solat plak sbb dh pkul 5 lebih masa tu. Sambil jalan2 dapat satu call, katanya drpd pejabat zakat……
“hello, Assalamualaikum”.
“Wa’laikumslm, sy dr pjabat zakat….”.
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrghhhhh!! Malas nk citer buat sakit aty jer. Citer dipendekkan, org pjbt zakat tu siap amek no. ic ngn name pnuh aku. Dy agk heran bile dgr aku ckp ala2 KL cket so dy tanye aku asal dr mne. Aku asal org kedah tp dah terbiase slength KL. Dah tu sempat lg dy promote kat aku suh paki wifi kat umah..aku pulak yang heran, ape kes org pjbt zakat nk berbisnes psl wifi lak ney. Aku tadah jer telinga aku dgr dy cakap. Lame2 aku dh rse laen ngn mamat ney. Xtaula nape. Memandangkan aku blom solat lagi, aku mtk diri nk g solat sbb dah pkul 6 lebih dok melayan dy ja td. Xsempat nk masok taman lagenda td, jd extend lg sehari kat langkawi ney. Fizah offer tdo kat umah dy mlm ney. Bla lagi nk merasa dok kat umah fizah..jom3.

Hari keempat.
24 mei 2010.
Kitorang klua dr umah fizah dlm pkul 11 terus ke pantai pasir hitam. Makan2 kat sna then pegi masok galeria perdana kjap terus ke pekan Kuah 4 shopping tp….satu bencana plak btandang..
Subhanaaalah hil azim…
SubhanaAllah wa bihamdihi….
Allah datangkan ujian kerna dia tahu kemampuan hambaNya. Nak dijadikan cerita, sewaktu aku ngn kawan2 sambil tengok2 baju, belek2 brg ade satu call masuk. Nombor xkenal tp xpe angkat dulu tanye sape. “hello, assalamualaikum”
“wa’alaikumslm..ney siti raudohtul asiah ke?”
“ye sy..ney sape ye?”
“owh ney kak ayu, siti ingat lg x, siti ade buat pmbelian kad yang harge RM399 tu?”
Baru aku teringat yang aku penah buat pembelian kad mase jalan2 kat city plaza dulu. Mase tuh aku transit study kat insaniah lagi. Ujung minggu keluar nak cari barang, terjumpe plak ngan geng yang wat promotion kat ruang legar city plaza tuh. Ingat dah malas nk singgah tp memandangkan xde orang pon yang nk dekat ngn dy maka aku pon duduk la kjap dengar ape dy nk cakap. Terpakse tebalkan jugak telinga ney ha. Lepas dengar dy citer tuh aku agak beminatla nak guna kad tue, sebab dy ade banyak advantage, yang aku ingat pemilik kad bkesempatan menikmati lawatan unrah dengan pelbagai potongan selain kemudahan penginapan dan urusan visa. Nanti senangla mak ngan abah nak ke tanah suci. Penggunaan plak unlimited sampai seumur hidup. Daripada RM599 dapat harga promosi RM399 menarik tuh. Setakat tu je la yang sempat aku flashback pon….hu3
Oh ye2 sy ingat, tp sy cume bg deposit RM100 je mase tu..”
“haa yg tu laa,akak nk mintak bayaran lanjut ney. Agak2 hari ney boleh bayar bape? Betol2 pye cakap..”
“hari ney?!, kalo seratus tu bolehla kak”
“ ok xpe, bayar dlu sratus, akak nk siti bank in kan boley?”
“boleh jer tp petang cket la, sbb sekarang sy blom smpai pekan Kuah lg”
“ok xpe, jap lg akak anta no akaun k,bank in kan ari ney jgak tau.time kasih assalamualaikum”
“same2, wa’laikumslm”
Hah ape lagi. Orang dah tuntut utang, kne laa bayo. Terkapai2 jgak cari bank. Dah jumpe bank mesin ATM diselenggara plak…hadoi patotla ade sampai 4 line kat ctu. Urmm cam mne yerk?? Nk pkai borang pon xde buku. Msg2 jd blur kjap. Jalan kehulu kehilir pening plak kepala ney. Aaargggh!!! Tension3…..kebetolan kedai chocolate kat sblh. Jom shoppg coklat dlu, xyah nk tension2. Masok jer kedai ISMAIL GROUP tuh, terus jadi rambg mata. Terhampar ribuan jenis coklat kat depan mata. Ape lg, jom borong! Tp mood tetibe berubah bila dapat sekali lg call dr kak ayu..
“hello siti dah bank in duit tu?”
Aku pon dengan terus terangnya mulakan cerita dr A smpaila Z.
“hmm, maaf sesangat akak, sy blom bank in kan lg sbb mesin ATM kat CIMB td tgh selenggara”
“Nape xtunggu?”
“ade ramai plak org yg tgh tunggu, dekat 14-15 org la jgk, lgpon sy nk kejar bot ney nk balik kuala kedah. Cam mne ye kak, kalo sy settle kan esok kat alor star boleh x?”
“mne boleh dik, akak dah key in nme adik untuk payment ari ney. Xboleh la camtu dik, call ney akak record tuk jadi bukti! Bank in jugak hari ney, xkisah mlm pon xpe dah tu fakskan resit kat akak ye”
“kalo camtu sy cube ye kak, sampai alor star nanti sy bank in kan terus, assalamualaikm kak”
“Wa’laikumslm”
Letak jer call kak ayu. Call laen plak masok. Rse2 cam knal nombor ney. Kalo xsilap nombor drpd pejabat zakat smlm.
“helo assalamualaikum”
“Wa’laikumsalam, ney cik asiah ke?”
“Ye sy, nape ye?”
“ sy org dr pejabat zakat, semalam cik asiah ade dapat pggilan dr pejabat zakat kan?. Sy la org semalam. Nama sy Kamil….
Tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuttt!!!!…
Terus aku end call! Aku dah agak mesti keje mamat ney nk kne kan aku. Patotla smlm bcakap mcm nk tackle aku jerk..huh celaka btol!! Mmg aku xsangka dia nk maenkan aku camtu. Hidup2 dy tipu aku, mntg2la ak xknal suara dy. Mne pnh aku dgr suara dy, sblm ney borak pkai YM je. Kamil tu memang nak kne, kalo la dy kat depan aku skrg ney, nahas aku kje kan. Dah la pass number aku sesuka aty kat kawan dy. Nasib baekla boleh settle cara leklok ngn Hafiz yang ntah dari dunia mne ntah. Tu pon atas keprihatinan insan yang bernama Hafiz jugak. Anyway thankz a lot yer awk =)
Pastu dy call lg pkai number td. Sumpah aku xangkat. Mmg nk kne dy ney. Nset yang tgh menyanyi tu, aku biarkan saja. Lantak engko la.geram aku dah sampai spinal cord ney. Mmg xpatot dy wat aku camtu.hadooiii!!!! btambah balik tensen aku… sakit aty apatah lg…wawawawawaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa mak cek nk balik!!
Kes utang lom selesai kes wakenabeb plak yang check in. emosi btol2 terganggu. Dah mood shopping aku dh down. Drpd 4 bungkus coklat yang aku pgang td dah tggal 2 bungkus jer kat tangan. Ntah bila aku campakkan balik dr bakul. Skrg ney, ingat nk balik jer. Haty dah resah gelisah ngan org kejar utang dgn sakit aty kat org yang perangai xmcm org!! huh sabo je la asiah…sampai pekan Kuah pkul 3.58, terus beli n dapat feri kul 4. Bergegas terus masok feri pas peluk cium ngn fizah member aku yg kat lgkwi tuh.lepas tu aku dah xpeduli ngn nset kat dlm beg tuh…lepas call abah bgtaw datang jemput kat jeti kola kedah, aku mmg xhiraukan lgsung kat nset tue. Haty aku makin resah bila pikir psl utang, aduh terasa lambat nya feri ney bgerak. Cpatla…cepatla…cepatlaaa sampai, resah aku dah xtertanggung ney haa.kalo psl utang mmg aku xleh nk control.nak cpt2 settle bwu boleh tenteram.
Dalam kalut2 pikir, aku xsdar plak bila aku terlelap kat dlm feri tue…setengah jam aku tlelap kejar feri pya pasal. Jam kat tangan dah pukul 5 lg setengah jam nk sampai darat. Toleh sebelah, kawan aku yang sorg tue masih dengan kembara mayanya. Kesian plak tengok dy. Hasrat dy nk jelajah taman lagenda xdapat aku tunaikan. Sumenya gara2 aku dikejar utang.kalo x aku mmg nk temankan dy masok taman lagenda sebelum amek feri pkul 6 nanti. Tp ternyata plan brubah, tpaksa amek feri kul 4 takot xsempat nk bank in kan duit. Sory to say dear friend…
Sedang aku ngelamun kan nasib, resahku diam seketika.. 2-3 minit pas tu, tanah besar pon kelihatan. Resahku btandang smula. Dalam kepala cma nmpak pkataan ‘bank in’ aje. Turun aje feri mata aku terus meliar cari abah. Mne la abahku yang tersayang ney. Toleh kiri toleh kanan..hah jumpe! Jom kita balik.salam abah mak dulu kalo ye pon excited nk balik. Kereta pon bgerak dr jeti nk ke pekan besar. Dalam pjalanan abah bsuara..
“asiah ngn kawan dah solat asar?”
“belom lg bah, td naek feri blom msok asar ..”
“kalo gitu kita singgah solat la dulu, abah pon blom solat lg..”
Xpe2 solat kan menenangkan…so kita solat dulu. Kuangkat takbir nan satu, kualunkan al-Insyirah sesempurna al-fatihah. Moga2 urusanku ditunjukkan jalan yang sukar kian mudah yang berat beransur ringan dan yang rumit bertukar lapang.
Dah selesai solat, targetku satu…CIMB bank! Dalam masa yang sama, abah menyuarakan hasratnya nk g makan laksa Telok Kechai. Maka berkecailah hasratku nk terus pegi bank. Hurrmmm xpe la, lgpon dh lame xmakan laksa ngn abah. Walaupun aku agk moody tp laksa kat dalam pinggan tu habis jgak aku hadap. Dah abis mkn barulah nk cari CIMB bank. Menurut kawan aku yang kat sebelah ni, ada satu CIMB bank dekat2 Mergong satu jalanla nk anta dy balik umah skali. Bank tu kat depan taman dy je.kereta terus bgerak, roda terus meluncur sampaila aku kat depan CIMB bank ney. Huh! Akhirnya, sampai jgak aku. Cepat, cepat duet ney dah xsabo nk masok mesin…selesai jer bank in aku rse lega sangat, Cuma tinggal nk fakskan resit ney jer. My mum dah pelik smacam, ney pon masalah jgak, my mum xtau pape psl utang ney. Yang aku pulak tak tercerita kat my mum. Bila dh jdi cam ney mula la aku gelabah.pape pon aku kne faks dulu resit ney barula tidur aku aman. Cari punya cari xjumpe. Banyak cyber cafĂ© dh tutup. Aduh mne nk cari ney. Abah ikut sama gelisah bila tengok aku makin resah. Usaha mencari tetap diteruskan sampaila ke pekan pokok sena. Ade satu cc yang belom tutup, terus aku mintak tolong dy faks kan untuk aku.
Alhamdulillah selesai jagak akhirnya..saat tue aku rase cam nk terus tdo n xnk bagun dah. Masok ja dlm keta aku terlelap sampaila keta benti kat depan umah. Solat Isya’ n terus smbung tdo. Cam tu la citer yang nk aku ceritakan. Walau apepon aku tetap bersyukur atas ape yang terjadi. Sumenya menguji mental dan fizikal aku apatah lagi tauhid nan satu. Moga2 aku lebih bersedia untuk cabaran di hari muka.
La ila ha illa anta
Subhanaka inni kuntu minazzolimin.
Created by: greenrose

Saturday, May 1, 2010

Ujian e2 tarbiyyah...

Dalam derita ada bahagia,
Dalam gembira mungkin terselit duka,
tak siapa tahu..
Tak siapa pinta ujian bertamu...

Pabila hati dilamun cinta dunia, manusia seringkali keliru dengan pilihan. Begitu jua aku,kalau dulu pendirianku kebal untuk menolak sejauh-jauhnya soal cinta namun sekarang hati ini kian lembut dipujuk rayu. Apalah kudratku menepis fitrah yang sedia tersirat kukuh dalam diri manusia. Sememangnya diri ini ingin disayangi tetapi perlukah pada yang tidak halal? kenapa tidak aku manfaatkan kepada yang benar-benar berhak? Aduhai satu persoalan yang aku sendiri gagal menafsirkan apakah jawapan sebenar..

Dalam coretan takdirku, aku diberi peluang mengenali dia. Kehadirannya benar-benar menguji istiqamahku. Semakin aku mengenali dia, aku terasa terpukul dengan tindakan sendiri.Meskipun aku tahu, hubungan diluar syariat tidak akan diredhai tetapi aku masih inginkan rasa itu membuai perasaan hambamu ini. Adakalanya aku terfikir mestikah aku melibatkan hati aku dalam persoalan ini. Entahlah, hidup ini semakin merumitkan.

Kalaupun aku sekeras-kerasnya inginkan dia, tetapi tercatat kemas di Luh mahfuz itu bukan dia orangnya tetap aku bukan untuknya.Diwaktu itu, aku hanya mampu pasrah dengan perjalanan takdirku sendiri. Aku tahu dia memiliki ciri-ciri kesempurnaan sepertimana yang lainnya namun semuanya dibawah perancangan Allah. DIA lebih mengetahui keperluan hambanya. Kerna itulah DIA bekalkan kita dari setiap apa yang kita perlu bukan dari apa yang kita mahu.

Nafsu itu bukan saja terletak pada kerakusan manusia atas kehendak seksnya tapi nafsu itu cukup sekadar kita melayan bisikan sumbang dari makhluk itu. Tugasnya beransur mudah pabila kita semakin alpa dengan setiap apa yang diaturkannya.Walaupun masing-masing tidak menzahirkan pergaulan seperti keluar beiringan berpinpin tangan, apakah terjamin hati kita teguh melaksanakan perintahNya? tanpa hati yang ikhlas kesan diracuni tulisan bahasa yang indah itu (bermesej).

Aku sedar akan kekhilafanku yang lalu. Sudah terlambat untuk aku melepaskan diri tapi masih belum terlambat untuk aku membetulkannya. Aku tidak boleh menyalahkan dia sebaliknya aku yang patut dipersalahkan kerna aku membenarkan segalanya berlarutan. Sedarlah wahai adam, kita telah lama mengikut landasan yang salah. Masih belum terlambat untuk kita perbaiki haluan kita. Aku yakin setiap usaha kearah kebaikan itu akan dipermudahkan olehNya.Ayuh kita bebaskan hati kita dari perangkap nafsu yang sedang menunggu untuk menjerat mangsanya. Sesungguhnya SUSAH e2 tarbiyyah SABAR e2 indah...i need my freedom back, let me sink in this ocean of Loving You..

LAA ILAA HA ILLAA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZOLIMIN.
Hindarilah kami dari dosa besar ini Ya Allah,bantulah diri kami untuk menguatkan iman kami,sesungguhnya...."lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"....ku harap kita sentiasa dlm redha-Nya..Ameen..